Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 24 Mei 2011

Kekal Sebagai Ahli Parlimen Batu: Mahkamah Lindungi Tian Chua?

AHLI Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa bahawa Mahkahmah Tinggi mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili beliau.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau masih lagi Ahli Parlimen Batu walaupun rayuannya berhubung hukuman atas tuduhan menggigit seorang anggota polis empat tahun lalu ditolak.

Mahkamah Rayuan pada Isnin menolak rayuan Tian Chua ekoran bantahan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) atas alasan kelewatan wakil rakyat pembangkang itu memfailkan notis rayuan melebihi tempoh 14 hari.

"DPP tidak pernah memfailkan rayuan saya mengikut tafsiran undang-undang," katanya pada sidang media di Petaling Jaya, sebagaimana dilaporkan mStar.

Biasanya mahkamah menjatuh atau memutuskan sesuatu hukuman berdasarkan kesalahan yang dilakukan, bukannya kerana sebab-sebab lain yang tidak ada kena mengena dengan kes.

Benarkah mahkamah membuat pertimbangan dalam kes Tian Chua ini kerana tidak mahu berlaku satu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu? Adakah pihak mahkamah mempunyai bidang kuasa lain selain daripada pertuduhan yang didakwakan?

Kalau mahkamah memutuskan kerana tidak mahu diadakan pilihan raya kecil, itu bermakna mahkamah telah terkeluar daripada penghakiman sebenar kes. Kesnya ialah kesalahan kerana menggigit telinga seorang anggota polis. Soal pilihan raya kecil tidak sepatutnya menjadi asas penghakiman kes itu.

Siapa Tian Chua yang dengan begitu berani mendakwa bahawa hakim tidak mahu satu pilihan raya kecil untuk kawasan Parlimen Batu? Seolah-olah hakim telah menyelamtkannya daripada terpecat sebagai anggota Parlimen?

Biar betul? Dah lain macam buntinya. Semacam mahkamah membuat keutusan berpilih pula jadinya?

Mengikut Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen terbatal kerana beliau didenda tidak kurang daripada RM2,000.

Tian Chua berkata, rayuannya hanya menyentuh hal berkaitan sabitan dan bukan terhadap hukuman.

"Saya berasa kesal kerana tidak diberi peluang untuk membuktikan diri saya tidak bersalah. Namun keputusan itu tidak akan menjejaskan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen," ujarnya.

Pada Isnin, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari memutuskan sabitan dan hukuman terhadap Tian Chua masih kekal tanpa mendengar merit rayuan selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Wajarkah Tian Chua mendabik dada mengatakan seolah-olah dirinya mendapat pembelaan atau perlindungan oleh mahkamah?

Rakyat yang mengikuti perkembangan kes ini tentu tertunggu mengenai kedudukan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen.
- SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog