Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 28 Mei 2011

Peneroka boleh balik ke kampung asal, jika anggap jadi ‘Hamba Felda’....

PARA peneroka Felda yang bersetuju dengan dakyah politik Pas bahawa mereka selama ini menjadi ‘hamba Felda’ seharusnya segera meninggalkan kawasan Felda yang mereka duduki kini dan kembali ke kampung halaman di mana anda berasal.

Setahu penulis, Felda tidak pernah memaksa sesiapa memohon jadi peneroka sejak ianya mula dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak lebih 40 tahun lalu. Sebaliknya kalian sendirilah yang memohon dan sanggup jadi peneroka kerana kemiskinan hidup di kampung asal sebab tiada tanah dan harta.

Ketika itu tidak terdengar suara seperti Hadi Awang melarang kalian daripada memohon menjadi peneroka.

Kini setelah para peneroka berada di kawasan Felda masing-masing menjangkau tiga keturunan, tiba-tiba timbul pula anggapan daripada pemimpin Pas bahawa para peneroka selama ini adalah ‘hamba Felda’ dan mereka berjanji akan membebaskan belenggu yang dikenakan oleh Felda.

Tak payahlah bersusah payah nak tunggu Pas membela anda semua, sila keluar sahaja daripada mana-mana rancangan Felda yang kalian semua jadi penerokanya dan berhijaralah ke mana-mana rancangan tanah yang telah disediakan oleh puak ‘pakatan haram jadah’, khasnya Pas.

Ada ramai lagi orang lain yang sanggup menggantikan tempat anda. Sedarlah bahawa rakyat yang tidak memiliki tanah lebih ramai di luar sana berbanding para peneroka di seluruh negara.

Jadi tukang cacat memang mudah.....
Setahu penulis, Pas yang telah berpuluh tahun memerintah Kelantan tak pernah pun mengadakan satu rancangan pembangunan tanah seperti Felda, apatah lagi jika mahu diharapkan kepada DAP yang memerintah Pulau Pinang dan PKR yang mentadbir Selangor. Pas di Kedah juga tak mampu menyediakan satu rancangan lebih baik dari Felda.

Ikutlah cakap mereka dan keluarlah dari Felda demi membebaskan diri kalian yang kononnya selama ini telah menjadi ‘hamba Felda’.

Kepada semua para peneroka Felda yang masih ada otak dan tidak taksub dengan politik ‘menjahanamkan bangsa sendiri’ oleh Pas fikirlah sejenak akan kebenaran kata-kata Hadi Awang yang mendakwa “peneroka Felda hari ini berhadapan dengan penindasan sama ada secara disedari atau tidak akibat daripada dasar kerajaan BN yang meniagakan keperluan asas rakyat”.

Abdul Hadi berkata penubuhan Felda pada asalnya bertujuan memberi tanah kepada rakyat yang miskin dan memerlukan kini bertukar kepada Felda yang berniaga dalam semua urusan.

"Kita menjanjikan pembelaan kepada peneroka Felda dengan mengembalikan hak-hak mereka, ketelusan dan pengurusan ladang, bukan hamba kepada pengurusan Felda selama-lamanya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan di dalam Buku Jingga untuk menghapuskan Felda Plantation dan dibahagi-bahagikan tanah kepada anak-anak peneroka dan mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.

Kenyataan Hadi itu jelas membuktikan betapa bangang dan pendek akalnya pemimpin Pas itu yang hanya tahu berfikir untuk sehari dua sahaja. Dia tidak berpandangan jauh dan tidak faham masalah sebenar rakyat.

Kepada pemimpin Pas seperti Hadi, masalah rakyat sebenarnya ialah kerana para peneroka Felda di negara ini tidak mahu lagi menyokong Pas dan juga puak pembangkang. Itu adalah masalah mereka, bukannya masalah para peneroka.

Punyalah bongok, Hadi sedar atau tidak bahawa tanah seluas 10 ekar yang jadi milik peneroka itu akan jadi sedikit apabila diagih-agihkan kepada anak-anak peneroka. Lama kelamaan anak cucu peneroka akan tinggal seorang sejengkal tanah peninggalan nenek moyang mereka.

Itu sebab Felda uruskan pelbagai jenis perniagaan dan memberikan saham kepada anak cucu peneroka supaya ekonomi keluarga akan berterusan kekal meningkat.

Kalau setiap anak peneroka diberikan tanah serupa seperti bapa mereka, apakah rakyat negara ini hanya peneroka Felda sahaja? Orang lain tak payah? Asyik nak beri tanah kepada anak peneroka sahaja? Sampai bila dan tanah mana yang akan diberi apabila keluarga peneroka semakin ramai nanti.

Janganlah jadi bangang kerana memikirkan masalah sehari dua sahaja. Berfikirlah secara jangka panjang. Bayangkan setelah seratus tahun akan datang, berapa luas tanah yang terpaksa diberikan kepada keturunan peneroka?

Bagaimana pula dengan orang lain yang tidak menjadi keturunan peneroka? Mereka tak berpeluang untuk dapat tanah kerana mereka bukan anak peneroka? Mana lebih ramai antara penduduk keturunan peneroka dengan penduduk yang bukan peneroka?

Apapun, siapa yang termakan dakyah politik haram jadah Pas itu silalah keluar dari mana-mana kawasan Felda jika kalian juga merasakan diri kalian selama ini menjadi hamba Felda.

Kalian yang telah sekian lama menjadi peneroka boleh menilai sendiri sama ada kalian selama ini jadi hamba atau bukan.

Bukannya orang seperti Hadi Awang yang hanya datang sesekali untuk meraih sokongan politik cuba menimbulkan pelbagai keresahan para peneroka setelah menyedai para peneroka tidak mahu menyokong pembangkang, khasnya Pas.

Berfikirlah dengan waras dan bijaksana sebelum terjebak dengan dakyah politik pembangkang yang semakin terdesak meraih sokongan kerana segala janji mereka semasa PRU 2008 lalu satu pun tidak mampu ditunaikan.
- YopMan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog