TIMBALAN Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini menyarankan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim menjadikan contoh pemimpin kanan parti pembangkang Turki yang meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks.
Menurut beliau itulah pemimpin yang sebenarnya bertanggungjawab dan tahu apa tindakan yang sepatutnya dilakukan dan bukannya berdolak dalih serta cuba bermain sentimen emosi untuk mengelirukan rakyat .
“Bukankah Anwar sebelum ini sudah pun diarahkan mahkamah untuk membela diri berhubung tuduhan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan dan terbaru dakwaan skandal video seks yang heboh diperkatakan umum.
“Anwar patut malu pada diri sendiri dan dunia kerana beliau sebelum ini dianggap oleh para penyokongnya seorang pemimpin hebat dan pemimpin yang ada karisma dan sebagainya”, katanya kepada UMNO-Online.
Tegas beliau Anwar sepatutnya sudah meletakkan jawatan sejak daripada dulu lagi dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan serahkan kepada Mahkamah menentukan keputusan.
“Itu baru betul pemimpin yang berkarisma dan bertanggungjawab. Ini lain pula tingkah lakunya. Siang malam menjaja fitnah dan membuat pelbagai tuduhan kononnya skandal ke atas beliau merupakan konspirasi.
“Apa yang dilakukan Anwar setakat ini hanya penafian semata-mata. Malah Anwar juga gagal menjawab pelbagai persoalan penting seperti jam Omega, bersumpah laknat dan menyaman individu yang mendedahkan rakaman video seks tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), yang meletakkan jawatan semalam ekoran skandal video peras ugut dan seks.
Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.
Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit.
Strauss-Kahn |
Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan seterusnya berkata Anwar mungkin tidak berani untuk berbuat demikian sepertimana yang telah dilakukan oleh pemimpin kanan parti pembangkang di Turki dan Pengarah Urusan IMF.
“Pelbagai cabaran yang telah dibuat oleh pelbagai pihak sebelum ini pun dipandang sepi, inikan pula melibatkan jawatan dalam parti pembangkang. Cuma saya berharap agar penyokong mereka membuka mata dan melihat bagaimana pemimpin berkarisma yang sebenar.
“Jika Anwar berkarisma sepertimana yang didendangkan oleh juak-juaknya, Ketua Umum PKR itu akan mengambil tindakan yang sama sepertimana oleh pemimpin kanan parti pembangkang Turki itu. Ini tida menyalahkan orang lain dan konspirasi..Tidak habis-habis dengan konspirasi,” katanya.
- MediaUMNO
SATU MELAYU:
Kalau ‘si Jembalang’ itu mahu lakukan sepertimana Pengarah Urusan IMF dan pemimpin- pemimpin pembang-
kang Turki, maka bukanlah Anwar bin Ibrahim namanya.
kang Turki, maka bukanlah Anwar bin Ibrahim namanya.
Mereka yang di Turki dan yang mengetuai IMF itu semuanya manusia waras dan ada maruah diri. Mereka bukannya orang gila atau manusia sakit jiwa yang tergila-gila sangat nak jadi Perdana Menteri walaupun tabiat buruknya tidak mampu dikikis.
Setan yang bertenggek ditengkoknya terlalu banyak. Macam-macam jenis syaitan yang mendampingi Anwar. Justeru, perasaan malu tidak ada lagi dalam jiwa manusia bernama Anwar Ibrahim itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan