Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 27 Mei 2011

Anwar atur strategi Malaysian Malaysia? PKR 'minta nyawa' pada kaum Cina....

Si Jembalang sedang beraksi dengan pelbagai kelentong dan pembohongan.....
ANWAR Ibrahim (gambar) kini dilihat sedang mengatur strategi yang dilaksanakan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia untuk menarik sokongan kaum Melayu dan Cina kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, melalui strategi itu, Anwar akan menggunakan Pas untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu dan bekerjasama erat dengan DAP untuk sokongan kaum Cina.

"Di Malaysia, parti seperti PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum kurang diterima rakyat. Jadi, Anwar kini cuba mendapatkan sokongan daripada golongan masyarakat yang kurang bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Terdapat masyarakat Cina yang tidak setuju dengan dasar yang dilaksanakan kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka lihat hanya memberi pertolongan kepada orang Melayu untuk menganjak sosioekonomi kaum itu," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Khamis.

Anwar dalam temuramah eksklusif dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini mengakui kemenangan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah atas sokongan kaum Cina.

Beliau mengambil contoh kemenangan calon PKR, See Chee How di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang.

Azeem Fazwan berkata, ramai ahli parti itu sehingga kini masih belum mengetahui apa sebenarnya pendirian PKR kerana Anwar sebagai penasihat begitu sukar untuk digambarkan sikap sebenarnya.

"Apabila beliau (Anwar) berjumpa dengan orang Melayu, dia akan jadi nasionalis Melayu dan apabila jumpa orang Cina, Anwar akan jadi liberal," katanya.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, PKR yang diketuai oleh Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sedikit nyawa iaitu sokongan rakyat terhadap parti itu.

"Anwar tiada pilihan, PKR semakin hilang sokongan. Beliau tahu Pas sudah mempunyai penyokong tersendiri yang pasti akan mengundi parti itu. Begitu juga DAP, jadi Anwar bertindak berbaik-baik dengan kedua-dua parti itu untuk bernyawa kembali.

"Anwar kini nyata ketandusan modal dalam berpolitik. Cara terbaik adalah berbaik-baik dengan DAP dan menggunakan Pas demi karier politiknya," katanya.
- Utusan Malaysia

SATU MELAYU:
Memang benar seperti apa yang dikata bahawa keahlian PKR tidaklah seramai mana. Apa yang diuar-uarkan hanyalah temberang, kelentong dan pembohongan pimpinan parti itu sesuai dengan sikap ‘tuan punya’ PKR yang ‘kaki temberang, pembohong besar dan kaki kelentong negara’.

Menarik seramai mungkin kaum Cina ke dalam PKR menjadi keutamaan Anwar kini. Sokongan kaum Melayu dan India jelas semakin merosot.

Lagipun, dalam menghadapi PRU-13, PKR sudah serik meletakkan calon Melayu dan India kerana ramai antara mereka yang jadi wakil rakyat PKR melalui PRU 2008 telah keluar meninggalkan PKR menjadi ahli bebas.

Nampaknya, apa yang direncanakan Anwar menambah lagi keuntungan kaum Cina di negara ini dari segi kuasa politik setelah mereka menguasai ekonmi. Anwar dan PKRnya kini 'minta nyawa' kepada kaum Cina.

Anwar peduli apa tentang masalah kaum bangsanya. Yang penting pembangkang menang dan dia berjaya diangkat jadi Perdana Menteri di Putrajaya. Ada kuasa atau tidak, itu belakang kira.... Selepas jadi PM, macam-macam 'mungkir janji' boleh dan mampu dilakukannya.

Apa tidaknya, di kawasan majoriti kaum Cina sudah tentu yang bertanding nanti ialah wakil DAP. Sementara di kawasan yang majoriti Melayu agak kacil (bawah 50%) dan selebihnya kaum Cina dan sedikit India, sudah tentu wakil yang akan diletakkan pembangkang ialah dari kaum Cina PKR. Cina lagi....

Mungkin juga Anwar mahu mengimbangi jumlah calon parti miliknya itu kerana DAP telah pun merancang untuk meletakkan calon dari kalangan kaum Melayu di kawasan-kawasan bermajoriti Melayu.

Kalau PKR kurang ahli, besar kemungkinan calon pembangkang pada PRU kali ini akan dimonopoli oleh DAP yang pentadbiran partinya lebih tersusun, teratur dan berstrategi.

Yang mungkin akan bertambah parah ialah Pas.

Kemampuan pemimpin Pas menyanggah kehendak DAP dan PKR menjadi semakin lemah. Jika puak ulama tidak lagi mendominasi kepimpinan Pas selepas muktamar Jun ini, Pas sudah tentu akan jadi ‘pak turut’ dan ‘tukang angguk’ kepada Lim Kit Siang dan Guan Eng serta Anwar Ibrahim.

Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog