Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 23 Mei 2011

Tanding Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Umum Esok

NAIB Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengumumkan pendiriannya esok (Selasa) sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.

“Berkenaan dengan pemilihan, saya harap tunggu lah esok. Insya-Allah saya akan keluar kenyataan rasmi sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau tidak,” katanya ketika dihubungi mStar Online di Petaling Jaya, Isnin.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dilaporkan telah menerima menerima 39 pencalonan untuk Timbalan Presiden dan 97 pencalonan untuk Naib Presiden.

Tekanan dikatakan amat kuat ke atas beliau daripada ahli PAS di peringkat kawasan agar bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun sebelum ini telah memaklumkan tidak bersedia bertanding jawatan tersebut.

Menurut sumber, tekanan tersebut semakin memuncak apabila pencalonan yang diterima Tuan Ibrahim tidak banyak berbeza dengan dua lagi calon popular timbalan presiden iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Justeru, sumber itu berkata ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu Timbalan dan Naib Presiden untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan.

Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Sehingga kini, hanya Nasharudin dan Mohamad Sabu mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden manakala Salahudin membayangkan akan hanya mempertahankan jawatannya sekarang iaitu naib presiden.

Kesemua calon-calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding pada 27 Mei ini.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Logiknya, kalau Tuan Ibrahim yang dianggap dari golongan pro-kepimpinan ulama turut bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas, besar kemungkinan Nasaruddin akan tewas.

Apabila puak penyokong pro-kepimpinan ulama terbahagi dua, maka ada kemungkinan Mat Sabu dari puak pro-Anwar atau puak Erdogan yang akan berpeluang menang tipis.

Justeru, golongan pro-kepimpinan ulama seharusnya mengambil tindakan merundingkan keputusan antara Nasaruddin dan Tun Ibrahim demi mengekalkan kepimpinan ulama dalam Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog