Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 23 Mei 2011

Rayuan Tian Chua Ditolak Mahkamah Atas Alasan Teknikal

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya pada Isnin menolak rayuan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua daripada disabitkan kesalahan menyerang seorang anggota polis empat tahun lepas atas alasan teknikal.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara memutuskan bahawa rayuan Tian Chua mempunyai kecacatan kerana ia difailkan melewati tempoh yang disyaratkan oleh undang-undang.

Tian Chua mengemukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun 2010 mengekalkan sabitan kesalahannya, tetapi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 atau dua bulan penjara, kerana menggigit anggota polis berkenaan. Mahkamah itu bagaimanapun mengetepikan hukuman enam bulan penjara yang dikenakan sebelum itu terhadap Anggota Parlimen berkeanaan.

Di Mahkamah Tinggi, kedudukan Tian Chua sebagai Anggota Parlimen menjadi perbahasan hangat dalam kalangan ahli politik dan peguam tentang denda yang dikenakan terhadapnya kerana Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Anggota Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun atau dikenakan denda tidak kurang RM2,000.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah selepas keputusan itu hari ini, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tian Chua berkata Tian Chua kekal sebagai Anggota Parlimen walaupun rayuannya ditolak.

Peguam itu berkata ini kerana dalam penghakimannya, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha berkata denda RM2,000 yang beliau kenakan terhadap Tian Chua, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, 48, tidak bertujuan untuk menghilangkan kelayakannya sebagai Anggota Parlimen dan untuk mengelak pilihan raya kecil perlu diadakan bagi kawasan Parlimen Batu.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua kerana mendapatinya bersalah mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 23, di pintu masuk Bangunan Parlimen pada pukul 10.45 pagi, 11 Dis 2007.

Tian Chua mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Tinggi. Beliau kemudiannya memohon kepada Mahkamah Rayuan membenarkannya mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah Tinggi itu pada 29 Jun tahun lepas atas alasan kesnya bermula di Mahkamah Majistret.

Beliau telah diberi kebenaran untuk memfailkan rayuan pada 30 Ogos tahun lepas.

Hari ini, rayuannya didengar oleh panel tiga hakim. Dua hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Hakim Datuk Balia Yusof Wali.

Apabila prosiding bermula, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria mengemukakan bantahan terhadap rayuan itu dengan berkata Tian Chua memfailkan notis rayuannya pada 6 Okt tahun lepas, iaitu melebihi 22 hari daripada tempoh yang disyaratkan.

Ketika meluluskan permohonannya, Mahkamah Rayuan memberi tempoh 14 hari mulai 30 Ogos tahun lepas kepada Tian Chua untuk mengemukakan rayuan.

Dalam penghakimannya, Hakim Balia berkata bantahan awal pihak pendakwaan itu mempunyai asas.

"Perayu cuba menerangkan bahawa kelewatannya memfailkan notis rayuan, yang kata beliau, adalah berpunca daripada kesilapan mengemukakan rayuan kepada pejabat pendaftar mahkamah yang tidak sepatutnya," kata beliau.

Balia berkata selepas itu peguam yang mewakili Tian Chua memaklumkan kepada pejabat pendaftar mahkamah pada 5 Okt tahun lepas bahawa mereka telah memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar mahkamah yang tidak sepatutnya dan kemudian telah mengambil langkah untuk memfailkan notis rayuan di pejabat pendaftar yang sewajarnya.

"Bagaimanapun, hakim berkenaan berkata Tian Chua gagal mengambil langkah untuk memfailkan notis usul untuk memohon pelanjutan tempoh untuk memfailkan notis rayuannya," kata beliau.

Balia berkata hanya selepas Hanafiah menyuarakan bantahan awal bahawa notis rayuan itu difailkan di luar tempoh yang disyaratkan, barulah Tian Chua berusaha untuk menjadikan rayuannya memenuhi syarat.

Terdahulu, Amer Hamzah memberitahu panel hakim berkenaan bahawa beliau telah menyediakan notis rayuan untuk memohon pelanjutan tempoh dan akan memfailkannya untuk menjadikan rayuan itu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, dalam keputusannya, Balia berkata panel hakim itu berpendapat sudah terlalu lewat bagi Tian Chua untuk memfailkan notis usul untuk memohon perlanjutan tempoh itu.

Mahkamah menolak rayuan terakhir Tian Chua tanpa mengadakan pendengaran meritnya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Ini sekor lagi makhluk yang berbuat sesuka hati macam negara ini mak bapak dia punya. Manusia jenis kurang hajar ini tidak sepatutnya berada di negara ini.

Isu seterusnya ialah adakah Ahli Parlimen Batu ini boleh gugur kedudukannya sebagai ahli perlimen?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog