Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 23 Mei 2011

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA: Langkah Kerajaan British Menghadapi Pemberontakan PKM (sambungan)...

(Bahagian Ke Enam)

Pembesaran pasukan keselamatan
BAGI menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan British Malaya seterusnya mengambil langkah untuk menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, terutamanya semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah melayu sejak Februari 1952.

Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk mnyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat dan dihantar untuk mengawal tempat-tempat strategic seperti pejabat kerajaan, lombong bijih dan ladang getah.

Pengawal Kampung atau 'Home Guards'
Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung. Bilangan tentera yang ramai dapat digunakan untuk menyerang sarang-sarang persembunyian PKM.
Serangan ke atas PKM dibuat melalui darat dan udara.

Pada masa itu, majoriti anggota pasukan keselamatan terdiri daripada orang Melayu, British dan Gurkha. Semasa Gerald Templer, bantuan ketenteraan juga diperolehi dari negara-negara Komanwel seperti Rhodesia, Britain, India, Australia dan New Zealand.

Kerajaan Tanah Melayu juga telah menandatangani perjanjian dengan Thailand untuk membolehkan pasukan keselamatan melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.

Jawatankuasa Perhubungan Kaum
PESURUHJAYA Tinggi British bagi Asia Tenggara, Malcolm MacDonald telah mencadangkan supaya diambil langkah-langkah bagi mewujudkan hubungan baik antara kaum, terutamanya antara orang Melayu dan Cina. Beliau menegaskan usaha menetang PKM tidak akan berjaya selagi hubungan antara kaum runcing.

Akibat dari saranan tersebut, pada 1949, pemimpin-pemimpin kaum iaitu Dato’ Onn Bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Kerjasama antara kaum lebih terbukti dengan terbentuknya parti perikatan UMNO-MCA (1952) dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC (1954).

Malayan Chinese Association (MCA)
MALCOLM MacDonald juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu pertubuhan sederhana yang anti komunis untuk orang-orang Cina supaya mereka tidak menaganggap PKM sebagai parti orang Cina. Akibatnya, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949 di bawah pimpinan Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama. Orang-orang Cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang Cina yang akan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina.

Tolak ansur
WALAUPUN parti-parti kiri diharamkan, tetapi kerajaan British bertolak ansur dengan membenarkan parti-parti sederhana yang anti komunis seperti UMNO, MCA dan MIC.

British juga bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana tersebut. Buktinya: Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pilihanraya Umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955.

Gerald Templer
Selepas pilihanraya tersebut, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tolak ansur kerajaan British memenuhi tuntutan rakyat Melayu telah menyebabkan orang ramai menyokong kerajaan untuk menentang dan menolak PKM.

Rancangan Gerald Templer
SEMASA Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi, beliau menjalankan rancangan ‘kawasan hitam’ dan ‘kawasan putih’.

Kawasan hitam ialah kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk di kawasan ini dikawal rapi oleh pasukan keselmatan dan dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan.

Kawasan putih ialah kawasan yang tidak terlibat dengan kegiatan PKM dan penduduk kawasan ini diberi kebebasan.

Akibatnya penduduk di kawasan hitam telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menghapuskan kegiatan PKM di kawasan mereka supaya kawasan mereka akan diisytiharkan sebagai kawasan putih di mana penduduknya akan diberi kebebasan.

Templer juga melawat kawasan hitam untuk meyakinkan orang ramai terhapap kemampuan kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan PKM. Orang ramai juga digesa supaya tidak bekerjasama dengan PKM.

Kelonggaran syarat kerakyatan
DALAM usaha untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952.

Akibatnya seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara antara Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957. Tindakan kerajaan menyebabkan orang Cina dan India bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang PKM.

Majlis Perang
MENGIKUT arahan nombor 1 yang dikeluarkan oleh Harold Briggs bertarikh 16 April 1950, Majlis Perang Persekutuan (MPP) dan Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan dalam usaha untuk membanteras pemberontakan PKM.

MPP diketuai oleh Harold Briggs. Anggotanya terdiri daripada Ketua Setiausaha Kerajaan, komander-komander angkatan darat, laut dan udara serta pesuruhjaya Polis.

Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri diketuai oleh Menteri Besar dan di peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah. Anggota-anggotanya terdiri daripada polis, tentera dan pegawai tadbir. Tujuannya ialah untuk mewujudkan koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam usaha menentang PKM.

Tawaran pengampunan
TAWARAN pengampunan telah dikeluarkan sejak 1949. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri dimaafkan dan dibenarkan kembali ke dalam masyarakat. Tawaran hadiah juga dikeluarkan kepada mereka yang dapat menunjukkan sarang PKM atau menangkap anggota PKM.

Pada tahun 1954, tawaran hadiah kepada mereka yang dapat menangkap Chin Peng telah dinaikkan dari $150,000 kepada $250,000 dan ahli Jawatankuasa Pusat PKM sebanyak $100 ribu.

Semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri, tawaran hadiah yang lebih berkesan telah dikeluarkan. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri bukan sahaja dimaafkan dan dibenarkan kembali ke masyarakat, tetapi juga diberi ganjaran berupa tanah dan wang.

Tawaran ini telah menarik perhatian ramai anggota dan pemimpin PKM menyerah diri. Contohnya Hor Lung, pemimpin komunis kawasan selatan telah dibayar sagu hati $247 ribu apabila beliau keluar menyerah diri bersama-sama 160 orang pengikutnya.

Seorang lagi ialah Kim Cheng, pemimpin komunis kawasan Yong Peng telah dibayar $150 ribu bila beliau menyerah diri bersama pengikutnya. Pembayaran sagu hati ini bergantung kepada kedudukan seseorang dalam PKM dan juga anggota yang menyerah diri bersamanya.

Rundingan Baling

DALAM usaha untuk menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955.

Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall manakala PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan dan Tunku Abdul Raham tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah.

Cetusan Sejarah:
Berdasarkan catatan ini jelaslah bahawa pengaruh komunis atau perjuangan Parti Komunis Malaya tidak pernah padam atau dihentikan setelah Rundingan Baling.

Sementara ahli-ahli PKM yang menterah diri kerana sagu hati yang ditawarkan ketika itu, belum tentu mereka dan anak cucu mereka kemudiannya melupakan apa yang pernah diperjuangkan oleh datu-datuk mereka di Tanah Melayu.

Apakah metlamat komunis yang mahu menjadikan Tanah Melayu sebuah republik komunis masih membara bagaikan api dalam sekam seharusnya diambil perhatian oleh peribumi Tanah Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog