Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 25 Mei 2011

Timbalan Presiden: Peluang Mat Sabu semakin cerah... DAP pun ‘restui’ Mat Sabu?


PERTEMBUNGAN tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden Pas pada pemilihan Jun ini semakin menarik apabila Tun Ibrahim Tuan Man turut menawarkan diri.

Ianya jadi lebih menarik lagi apabila Mat Sabu yang mendapat pencalonan paling banyak diamanahkan oleh DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor.

Mat Sabu tidak menjawat apa-apa jawatan dalam DAP dan juga kerajaan Pulau Pinang. Justeru apabila kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mewakilkan sumbangan itu kepada Mat Sabu ianya jadi petanda bahawa Mat Sabu adalah pilihan DAP untuk jawatan Timbalan Presiden Pas.

Sebagaimana kita semua ketahui, DAP adalah dalang utama yang mencatur strategi politik puak pembangkang. Keadaan menjadi lebih ketara apabila Anwar selaku Ketua Umum ‘pakatan haram jadah’ tidak lagi mampu menumpu perhatian kepada pakatannya gara-gara masalah peribadinya yang semakin parah dan meruncing.

Segala strategi politik ‘pakatan haram jadah’ itu kini diambilalih oleh Lim Guan Eng sesuka hati bapak dia. Guan Eng kini secara tersirat telah menggantikan Anwar menerajui pakatan apabila DAP melihat Anwar sedang terhuyung-hayang bagaikan orang mabuk todi kerana masalah yang dihadapinya.

Tindakan DAP itu memungkinkan bertambah cerahnya peluang Mat Sabu untuk menang jawatan nombor dua dalam kepimpinan Pas pada pemilihan kali ini.

Menentukan Mat Sabu menang jawatan Timbalan dakam kepimpinan Pas dianggap penting oleh DAP demi menjamin parti jenama Islam itu terus kekal setia menjadi ‘pak turut’ dan ‘tukang sorak’ dalam ‘pakatan haram jadah’ yang dikuasai DAP.

Sebagai komponen penting pakatan yang terang-terang menentang cita-cita Pas menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, DAP hanya bergantung harap kepada Mat Sabu untuk memesongkan perjuangan asal Pas.

Jikalau Pas dikuasai oleh golongan pro-pimpinan ulama, lambat laun pertembungan dengan DAP pasti akan terjadi suatu hari nanti.

Sehubungan itu diakui atau tidak, kemasukan Tuan Ibrahim untuk turut serta merebut jawatan Timbalan Presiden Pas mencerahkan lagi peluang Mat Sabu untuk menang. Penyokong golongan pro-pimpinan ulama telah pecah dua antara Nasaruddin dan Tuan Ibrahim.

Berpecahkah undi golongan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden Pas? Itulah persoalan yang timbul apabila seorang lagi calon daripada golongan berkenaan mengesahkan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.

Jawapan kepada persoalan itu ialah hanya ‘orang bangang’ sahaja yang mengatakan golongan ulama tidak akan berpecah. Sudah tentulah berpecah....

Justeru, apabila penyokong golongan pro-pimpinan ulama berpecah maka peluang Mat Sabu untuk menang menjadi semakin cerah.

Perlu diingat bahawa kemenangan Nasaruddin Isa pada pemilihan lalu adalah kerana golongan puak Erdogan atau puak pro-Anwar Ibrahim dalam Pas berpecah dua kerana menyokong Husam dan Mat Sabu. Hasilnya, Husam dapat 281 undi, Mat Sabu 261 dan Nasaruddin menang dengan 480 undi.

Kini golongan pro-pimpinan ulama pula diwakili oleh dua calon – Nasaruddin dan Tuan Ibrahim. Apakah tidak mungkin pecahan undi akan jadi serupa, iaitu Mat Sabu akan mengatasi undi Nasaruddin dan Tuan Ibrahim walaupun jumlah yang diperolehi kedua-duanya melebihi jumlah yang diperoleh Mat Sabu nanti?

Yang jadi persoalan sekarang ialah mampukan penyokong golongan pro-pimpinan ulama menyatukan sokongan kepada hanya seorang antara Nasaruddin dan Tuan Ibrahim?

Kalau mampu bagus.... Kalau tak mampu hancurrrrr....

Apapun syabas Mat Sabu, tahniah DAP. Cengkaman kalian untuk melemahkan Pas supaya keluar daripada perjuangan menegakkan negara Islam semakin menampakkan hasil.
- SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog