SEORANG penulis Barat, Christopher Badeaux percaya Anwar Ibrahim dan Dominique Strauss-Kahn akan berkongsi nasib yang sama iaitu tersungkur sebelum cita-cita politik mereka tercapai kerana terpalit dengan skandal seks.
Beliau yang juga penulis beraliran kanan mendakwa kedua-dua pemimpin itu turut mempunyai persamaan lain iaitu enggan mengakui bukti hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam skandal masing-masing.
Menurut beliau, walaupun ujian DNA mengesahkan bahawa air mani dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar, tetapi ketua pembangkang itu tetap menafikan perkara tersebut malah menuduh ia konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN).
Drama yang sama jelas Badeaux, turut dilakukan oleh Strauss-Kahn apabila menafikan terdapatnya bukti DNA pada baju pekerja hotel di Manhattan, Amerika Syarikat yang dilaporkan cuba dirogol oleh bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iatu pada 14 Mei lalu.
"Dalam kes Anwar, DNA beliau disahkan sepadan (dengan air mani dalam dubur mangsa) pada April dan ia menjadi sebab utama untuk mahkamah (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan pada peringkat seterusnya (bela diri).
"Tapi Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi kerajaan dengan menuduh DNA beliau diambil secara tidak sah, DNA tersebut palsu, tidak sepadan atau apa sahaja cerita yang diperlukan pada hari itu kelak (perbicaraan).
"Hal yang sama turut dilakukan Strauss Kahn. Dia menggunakan plot cerita yang sama seperti didendang Anwar. Kedua-dua mereka yang didakwa kerana skandal seks menolak hasil DNA," katanya seperti dipetik daripada portal berita, http://newledger.com.
Mengulas lanjut Badeaux berkata, Strauss-Kahn sengaja mengitar semula drama yang dilakonkan oleh Anwar demi kepentingan peribadi kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat politik yang sama.
Bagaimanapun, beliau yakin dengan segala bukti termasuk penemuan DNA, kedua-dua pemimpin itu kini berada di hujung karier masing-masing yang dibina sejak berdekad lalu.
- Utusan
SATU MELAYU:
Walaupun antara Anwar dan Strauss-Khan sama dari segi skandal dan kedegilannya, tapi Strauss-Khan tidak berangan-angan nak jadi Perdana Menteri sebagaimana Anwar Ibrahim yang ‘gila talak’ dengan Putrajaya dan Sri Perdana.
Justeru, Anwar mengajak rakyat menentang kerajaan demi membela salahlaku yang dia sendiri buat, sementara Strauss-Khan tidak. Khan tidak berkempen seluruh dunia meminta bantuan rakyat.
Selain itu Strauss-Khan juga tidak diambil kesempatan oleh mana-mana parti politik untuk dijadikan alat meraih sokongan sebagaimana DAP yang memperalatkan Anwar Ibrahim dalam mencapai cita-cita chauvanis Cina merampas kuasa politik dan pemerintahan negara bernama Malaysia ini.
Maknanya, tindakbalas Anwar terhadap pendedahan salahlaku seksnya lebih teruk berbanding Pengarah Urusan IMF itu.
Tindakan dan cara Anwar boleh meruntuh dan merosakkan sebuah negara bangsa yang terbina dengan baik selama lebih 60 tahun semata-mata kerana dirinya tergila-gila nak jadi PM demi menyelamatkan diri daripada pendedahan salahlaku seks yang jadi Skandal Seks tokoh politik paling hebat dalam sejarah politik Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan