Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 17 Julai 2011

Bersih berdepan tindakan penjaja....

Mohd. Ridzuan Abdullah menunjukkan risalah Khidmat Guaman Percuma untuk peniaga yang ingin menuntut kerugian akibat perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, semalam.
PIHAK yang terlibat dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berdepan dengan undi protes oleh persatuan penjaja kecil dan pemandu teksi sekiranya mereka mengadakan semula perhimpunan haram itu.

Ingatan itu dikeluarkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Persatuan Penjaja kecil Jalan Masjid India Kuala Lumpur, Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) serta Persatuan Pemandu Teksi Eksekutif Semalaysia pada sidang akhbar di Jalan Masjid India selepas genap seminggu perhimpunan itu berlangsung.

Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan menyeru semua peniaga kecil di negara ini untuk melakukan protes dengan tidak mengundi pihak yang terlibat dalam Bersih pada pilihan raya yang akan datang.

Katanya, peniaga khasnya di sekitar Lembah Klang kesal kerana perniagaan mereka terjejas dengan jumlah tuntutan kerugian sebanyak RM1.5 juta dilaporkan setakat ini.

"Mereka (Bersih) seharusnya mengkaji kesan yang akan dialami peniaga kerana perhimpunan itu telah menjejaskan perniagaan dan periuk nasi penjaja," katanya di Kuala Lumpur, Sabtu.

Mohd. Ridzuan dalam pada itu berkata, Ikhlas bercadang menambah tiga lagi bilik gerakan bagi membantu peniaga dan pemandu teksi yang terjejas akibat perhimpunan haram Bersih untuk mendapatkan khidmat guaman secara percuma.

Katanya, mereka pada masa yang sama akan diberikan panduan untuk membuat laporan polis yang betul bagi membantu memenangi tuntutan kerugian terhadap Bersih.

"Saya akan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada peniaga untuk membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Bersih," katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan membidas tindakan Majlis Peguam yang mempertikaikan keputusan peniaga untuk tidak beroperasi pada Sabtu lepas dan menegaskan bahawa kerosakan premis perniagaan mereka akibat perhimpunan itu tidak boleh dituntut kepada pihak insurans.
- Mingguan Malaysia

SATU MELAYU:
Saman, jangan tak saman.
Sebagaimana kata PM, ‘Masa untuk berlembut telah berlalu....’
Ajar mereka yang jadi pengkhianat negara itu secukupnya.
Jangan biarkan mereka pijak kepala rakyat sesuka hati kerana kepentingan seorang peliwat tegar yang membusukkan nama negra, bangsa Melayu dan agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog