Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 20 Julai 2011

Razali sedia dedahkan 'rahsia’ DAP menindas Melayu....

SELEPAS dipecat daripada parti (DAP), Mohamed Razali Abdul Rahman berhasrat mendedahkan mengenai perancangan DAP yang dianggap menindas serta menganiaya rakyat khususnya orang Melayu.

Menurutnya, sebagai individu yang tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak, beliau bebas untuk memberi kesedaran tentang perjuangan sebenar DAP yang selama ini tidak disedari oleh rakyat.

Mohamed Razali berkata, beliau bercadang mengadakan sesi penerangan secara terbuka di lokasi-lokasi yang dianggap sesuai.

“Buat masa sekarang saya akan bergerak secara bebas untuk memberi penerangan kepada umum khususnya orang Melayu tentang apa yang dilakukan oleh DAP selama ini.

“Pada masa sama saya tidak keberatan kalau ada jemputan daripada mana-mana penganjur,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pulau Pinang, Selasa.
Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Selama ini kita hanya didedahkan dengan pendedahan mengenai penyelewengan dan salahlaku pemimpin Melayu daripada PKR dan PAS sahaja. Sekarang tiba giliran kita dengar apa pula pendedahan bekas ahli DAP mengenai penindasan pemimpin parti berkenaan terhadap orang Melayu.

Bagaimanapun, kepada Encik Razali diingatkan supaya berwaspada dalam melancarkan serangan melalui siri pendedahan yang bakal diadakan. Takut nanti jadi seperti wartawan Sean Hoare.

Sama-sama kita semua tunggukan perkembangan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog