Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 17 Julai 2011

ISU POLITIK: Contohi cara berfikir kaum Cina....

MASYARAKAT Melayu diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mendalami perkara yang cuba dibangkitkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sikap sedemikian bukan hanya merugikan malah akan memperjudikan masa depan kaum itu sendiri.

Mengambil contoh perhimpunan haram pada 9 Julai lalu, beliau berkata, penglibatan sebahagian besar orang Melayu dalam perhimpunan itu jelas menampakkan perpecahan di kalangan mereka sehingga membuatkan sesetengah bangsa lain 'bertepuk tangan'.

"Sebagai orang yang telah lama berjuang dalam politik dan kemasyarakatan, saya tidak mahu melihat ada orang bertepuk tangan melihat Melayu sesama Melayu bergaduh sedangkan perkara itu tidak membawa sebarang keuntungan.

"Sampai mana kita hendak bergelut, bergaduh di politik jalanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Dataran Merdeka atau di stadium? Apa yang kita nak capai? Orang Melayu mesti ingat, berpecah tak beri kebaikan.

"Hayati rangkap lama, 'baju Melayu berbutang suasa, ada juga berbutang tiga, orang Melayu jangan lupa, hilang kuasa hilang semua'. Ini perlu kita faham,'' katanya ketika berucap merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya, dekat Kuala Lumpur pada Sabtu.

Jelas Rais, dalam isu berkaitan politik, orang Melayu perlu mencontohi kaum Cina yang memahami tentang perbezaan peranan mereka dalam kemajuan politik serta pembangunan ekonomi.

"Mereka (kaum Cina) tidak berpecah. Begitu juga orang India. Mereka sudah kembali bersatu,'' tegasnya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, beliau berkata, kementeriannya sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara minggu lalu.

Katanya, kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir, imbuhan yang diterima serta perasaan mereka apabila tidak faham tentang perlunya menghadiri perhimpunan terbabit.

"Itulah, ada juga tak tahu mengapa mereka berada di situ (perhimpunan haram). Bila ditanya apa sebab datang, mereka kata sebab kawan-kawan ramai ikut dan dapat imbuhan. Pendirian inilah yang sebenarnya merugikan mereka.

"Bukan kerajaan tak mengiktiraf hak untuk berkumpul tetapi cuma setiap individu harus tahu apa sebab mereka datang dan membuat sesuatu tindakan sama ada untuk perjuangan atau untuk tujuan tertentu pihak yang tidak bertanggungjawab,'' jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau menyelar sikap sesetengah pihak yang melihat semangat 1Malaysia sebagai satu ancaman politik.

"Ramai yang dengki dan tak mahu melihat gagasan yang mengajak rakyat bersatu padu itu berjaya. Kepada ahli Parlimen (pemimpin masyarakat), kita adalah wakil masyarakat dan mesti memberi bimbingan untuk menyatukan masyarakat Malaysia,'' tambahnya.
- Mingguan Malaysia

SATU MELAYU:
 Orang Cina cerdik dan sentiasa bersatu dalam hal berkaitan kepentingan kaum mereka. Orang Cina bersatu dalam mendapatkan sesuatu, sementara otang Melayu berpecah untuk hilangkan sesuatu.

Melayu yang telah dikembiri kepala hotaknya oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin Pas tidak boleh berfikir secara waras mengenai bangsa, agama dan negaranya.

Mereka jadi bangang dan tesumbat akalnya dengan hasad dengki, fitnah dan kelentong Anwar Ibrahim yang sejak dipecat dari Umno dan Kabinet Tun Dr. Mahathir, telah terserlah sebagai seekor syaitan rakus dan ganas.

Sesungguhnya hasrat dan cita-cita Anwar Ibrahim yang berhasrat jadi PM demi membersihkan kotoran yang terpalit di mukanya menjadi malapetaka kepada kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog