KIRA-kira 10 hari selepas perhimpunan haram 9 Julai berlangsung dan mencemarkan imej Malaysia di mata dunia, banyak pihak yang tidak berpuas hati kini mulai mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas ke atas penganjurnya.
Pemerhati politik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan berpendapat tindakan kumpulan pengacau, Bersih, meneruskan demonstrasi haram itu walaupun selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong jelas berupa satu bentuk 'tindakan penderhakaan moden'.
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata penganjur perhimpunan haram itu gagal mematuhi syarat sebagai warganegara Malaysia yang memahami konsep Raja Berperlembagaan.
"Walaupun ketuanya S. Ambiga sudah diberi peluang menghadap Yang di-Pertuan Agong, dia tetap meneruskan perhimpunan haram itu. Malah sebagai pengamal undang-undang, Ambiga telah menunjukkan satu contoh yang buruk, dan hanya mahu memburuk-burukkan kerajaan yang ada," katanya kepada Bernama, Rabu.
Irmohizam berkata titah khas Seri Paduka pada 3 Julai adalah jelas, begitu juga titah oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan rakyat supaya tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan sedemikian, terbukti tidak diendahkan oleh Ambiga.
Beliau berkata sebenarnya perhimpunan haram itu tidak mempunyai sebarang tujuan benar dan murni seperti didakwa oleh Ambiga, malah umum mengetahui bahawa ia hanya untuk mengalihkan perhatian daripada kes mahkamah seorang pemimpin pembangkang.
Katanya, keingkaran kumpulan pengacau yang terus mengadakan perhimpunan haram boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa berdasarkan tiga perkara iaitu lebih 2,000 laporan polis yang dibuat, melalui Ordinan Darurat dan juga menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Perbuatan mereka boleh dikira konsep moden penderhakaan. Mereka memerangi Yang di-Pertuan Agong. Undang-undang yang ada boleh diinterpretasikan sebegini dan ianya boleh digunapakai," katanya.
Beliau juga bimbang sebilangan yang menyertai perhimpunan haram itu adalah golongan belia yang tidak mengetahui asal dan tujuan perhimpunan itu dan telah diperalatkan oleh pihak yang berkepentingan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata Ambiga boleh membuat pilihan untuk melucutkan kerakyatannya sendiri jika masih tidak berpuas hati dengan sistem yang ada di dalam Malaysia pada masa ini.
"Ramai yang berbuat demikian. Kalau masih tidak berpuas hati, tidak percaya dengan apa yang ada di Malaysia, boleh lucut sendiri kerakyatan. Pergilah.
"Beliau juga sebelum ini mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak tapi tuntutan-tuntutan yang dibuat olehnya mahukan SPR mengikut katanya. Bukankah itu sudah bercanggah dan memihak?" soalnya.
Dr Ma'amor berkata kumpulan penganjur itu juga boleh dianggap ‘pengkhianat negara’ kerana tidak menghormati prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara. Bukankah sudah disebut Kesetiaan kepada Raja dan Negara di situ (Rukun Negara)?," tanya beliau.
Pemerhati politik Anuar Shaari pula berkata penderhakaan yang jelas telah ditunjukkan oleh Ambiga apabila sudah diberi peluang menghadap dan dinasihati oleh Seri Paduka tetapi masih tetap berdegil dan mengadakan demonstrasi jalanan.
"Saya percaya Ambiga lebih menghormati pihak asing yang menyumbangkan dana untuk perhimpunan haram itu daripada nasihat seorang Ketua Negara dan majoriti rakyat Malaysia yang tidak mahu demonstrasi haram diteruskan," katanya.
Anuar berkata penderhakaan kepada titah perintah Yang di-Pertuan Agong adalah kesalahan serius dan contoh buruk oleh kumpulan pengacau itu tidak boleh dibiarkan tanpa diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
"Kalau benar dia mahu pilihan raya yang adil dan telus seperti yang dilihat daripada kaca matanya yang berpihak kepada pembangkang, dia seharusnya terlebih dahulu menghormati suara majoriti rakyat Malaysia yang menolak demonstrasi haram demi kesejahteraan negara," katanya.

Oleh
Ahmad Shukran Shaharudin
- Bernama
SATU MELAYU:
Jikalau apa yang disifatkan sebagai ‘pengkhianat negara’ itu tidak diambil tindakan sewajarnya, memang akan ada lebih banyak lagi tunjuk perasaan dan perhimpunan seperti Bersih 2.0 alan dianjurkan oleh puak-puak yang sememangnya mahukan negara ini huru-hara seperti negara-negara Islam lain di dunia ini.
Memang wajar dan sangat bertepatan jika ada rakyat negara ini yang tidak puas hati dengan kerajaan sedia ada boleh berhijrah ke negara lain yang mereka fikir lebih baik dan lebih sesuai untuk mereka. Sila lucutkan kerajyataan yang diberikan secara otomatik itu jika benar-benar tidak sukakan Malaysia.
Pergi berambussss. Negara bernama Malaysia yang pemilik asalnya orang Melayu tidak mahu warganegara yang tidak berteima kasih kepada apa yang diberikan negara ini kepada mereka selama ini.
Tidak ada gunanya kalian hidup senang lenang di negara ini tetapi tidak sukakan kerajaan sedia ada. Pergilah cari negara lain yang kalian fikir jauh lebih makmur dan aman damai berbanding Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan