OTAI Pas – Nik Aziz Nik Mat mungkin menangis sendirian apabila projek kitar semula ‘politik hudud’ ciptaannya puluhan tahun lalu tidak menjadi untuk pilihan raya umum kali ini, malahan terbalik-kuang dengan memakan diri.
Bukan sahaja dirinya yang termalu malah parti jenama Islam itu sendiri turut kantoi kerana apa yang terdapat dalam Hudud Pas yang diuar-uarkan sebagai ‘hukum Allah’ itu ternyata banyak kelemahan dan kesongsangannya dari segi hukum dan peradaban.
Sebagaimana yang pernah didedahkan oleh YB Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen baru-baru ini, rupa-rupanya Hudud Pas untuk Kelantan dan Terengganu itu tak seragam dan banyak bercanggah dengan hukum Islam sebenar.
Lebih malang dan yang tersangat ‘mengantoikan’ puak-puak taksub Pas serta para pemimpinnya ialah mengenai kewajaran ‘meliwat’ isteri sebagaimana yang difahamkan daripada Enekmen Hudud Pas yang telah diluluskan tetapi tidak dilaksanakan itu.
Akhirnya, dalih sana, dalih sini, pusing sana, pusing sini. Sekejap kata nak laksanakan segera. Esok kata nak tubuh jawatankuasa mengkaji undang-undang Hudud.... dan macam-macam cerita yang membuktikan bahawa Pas sebanrnya tidak bersedia untuk laksanakan hukum Hudud seperti yang diheboh-hebohkan setiap kalai menjelang musim pilihan raya.
Maknanya, tepatlah sebagaimana kata DS Mustapa Mohamed bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah bersedia atau membuat perancangan yang teliti untuk melaksanakan hudud di negeri ini biarpun enakmen mengenainya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hampir 20 tahun dahulu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata, isu hudud ditimbulkan semula oleh Pas kerana pilihan raya umum semakin hampir bagi menarik sokongan rakyat.
Beliau berkata, perancangan yang teliti termasuk penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan sepatutnya dibuat lebih awal sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya.
"Untuk laksanakan hudud bukan perkara kecil, amat penting perlu ada perancangan dan kerja yang teratur, bukan hanya bercakap sejak 20 tahun lalu tanpa sebarang tindakan.
"Hari ini baru hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud kerana pilihan raya semakin hampir, jika Pas benar ikhlas, persedian untuk laksanakan hudud dibuat sejak bertahun-tahun dahulu," katanya.
Kesian Pok Nik.... Strategi lapuk mempermainkan emosi umat Islam dengan Hudud dah tak laku. Rakyat dah faham kedudukan sebenar dan tahu permainan politik ‘putar belit dan kongkalikong’ pemimpin parti berjenama Islam itu.
Benarlah seperti kata PM Datuk Seri Najib bahawa ‘peperangan di zaman morden tidak boleh lagi menggunakan senjata lama’....
Itulah akibatnya apabila agama jadi mainan politik sempit kepartian. Dan apabila nawaitunya tak betul segala perjuangan jadi sia-sia kerana tidak diredhai Allah swt....
Wallahhu'alam...
Itulah akibatnya apabila agama jadi mainan politik sempit kepartian. Dan apabila nawaitunya tak betul segala perjuangan jadi sia-sia kerana tidak diredhai Allah swt....
Wallahhu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan