PERBICARAAN Kes Liwat Anwar-Saiful semakin hampir untuk dimuktamadkan. Setelah hampir tiga tahun ianya berjalan dalam keadaan yang sangat memihak kepada Anwar Ibrahim dari segi tangguh dan tunggu, akhirnya kes ini pasti akan tiba juga di garisan penamatnya.
Sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, 18 Oktober lalu, Hakim perbicaraan telah menetapkan 23 dan 24 November ini sebagai tarikh pendengaran hujahan lisan di akhir kes pembelaan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan selesai mengemukakan semua empat saksi penyangkal kenyataan mereka yang dibawa bagi mematahkan keterangan saksi pembelaan.
Selepas hujahan lisan oleh kedua-dua pihak – pendakwa dan pembela, Hakim dijangka akan menetapkan tarikh keputusan kes liwat yang sangat hebat onarnya hingga menarik perhatian dunia seluruhnya.
Sebagaimana yang diketahui dan difahami oleh mereka yang mengikuti perkembangan kes ini, majoriti berpendapat bahawa tertuduh – Anwar Ibrahim, seratus peratus sangkut. Segala helah dan putar belit yang memakan diri serta tindakan Anwar yang tidak mahu membela diri secara bersumpah di mahkamah, meyakinkan ramai orang bahawa dakwaan Saiful Bukhari Azlan itu adalah benar.
Dari sudut kewajaran terlepas dari pertuduhan, Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan ‘tingal nyawa-nyawa ikan’ sahaja. Tercungap-cungap kerana ketiadaan air untuk terus hidup.
Melihatkan keadaan ini, juak-juak dan penyokong yang tersangat berkehendakkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh kerana muslihat tertentu, tidak pernah jemu untuk mengatur atau merencana sesuatu muslihat supaya negara bertuah ini jadi huru-hara atau kacau-bilau melalui sengketa sesama rakyat.
Cuma dengan berlakunya kekacauan di seluruh negara sahajalah yang boleh memungkinkan kes liwat Anwar-Saiful terhenti kerana hakim tidak dapat membut keputusan sebab negara dalam keadaan ‘dharurat’.
Justeru, setelah Bersih 2.0 gagal menjadi alat pencetus kekecauan, puak-puak yang melibatkan peranan para peguam seperti Ambiga masih dikerah untuk melakukan sesuatu. Dan sasarannya ialah pertempuran sesama Melayu. Puncanya kerana terjebak atau tersepit antara akidah Islam dengan budaya liberalisme yang mereka jadikan alat serta hujah.
Melayu/Islam puak PAS dan PKR terpaksa menyokong geraklan mereka kerana terlalu taksub dengan dendam membenci Umno/BN. Apa jua yang mereka lakukan ditarbiahkan sebagai usaha menghancur atau melemahkan Umno/BN serta barisan kepimpinan negara masa kini.
Maka ‘Program Seksualiti Merdeka 2011’ yang disokong oleh segelintir pihak, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia adalah salah satu contoh gelombang terbaru yang perlu dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu/Islam di negara ini.
Diharapkan orang Melayu yang masih ada akal fikiran dan tidak terjebak teruk dengan hasutan dendam yang ditonggani Iblis laknatullah, tidak terpengaruh dengan budaya Barat itu yang cuba dibawa oleh pihak tertentu bagi maksud menganggu-gugat keharmonian Islam di negara ini.
Golongan yang cuba membawa pengaruh ini menjadikan hak asasi manusia sebagai modal mereka, sedangkan kita semua sedia maklum, program itu cuba dieksploitasi oleh kumpulan yang mempunyai agenda politik.
Sebagai rakyat berbudaya Timur, kita di Malaysia seharusnya menentang dan menolak budaya kuning dari Barat yang cuba diterapkan sebagai satu provokasi terhadap budaya dan agama yang selama ini berjalan dengan aman tanpa ada sengketa kerananya.
Hakikatnya, tindakan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program ‘Seksualiti Merdeka 2011’ yang bermula 2 hingga 13 November depan, adalah satu provokasi yang mahu menimbulkan kekacauan kerana agama.
Reaksi umum terharap program itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak yang dilihat sebagai langkah cuba menghalalkan hubungan sejenis.
Sebagaimana semua rakyat negara ini tahu, siapakah tokoh hubungan sejenis yang tersohor di negara bernama Malaysia ini kalau bukan ‘Anwar bin Ibrahim’?
Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor masakini yang sangat terkilan dengan tindakan JAIS menghalang pemimpin tertentu negeri berkenaan merancanakan program ‘memurtadkan’ umat Islam baru-baru ini juga turut merancang sesuatu bagi maksud menimbulkan kemarahan umat Melayu/Islam.
Secara bersembunyi pemimpin tertentu dan kerajaan Selangor sendiri diberitakan terlibat menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM 5 juta bagi menganjurkan sukan yang membolehkan seorang warga Israel datang ke negara ini untuk menyertainya.
Sudah menjadi budaya tak tertulis kepada rakyat Melayu/Islam di negara ini tidak menerima kehadiran warga Israel dalam apa jua keadaan.
Sebagai bukti, pada setiap pasport antarabangsa negara ini tercatat nama negara yang tidak boleh kita semua pergi. Negara berkenaan ialah negara Israel.
Oleh itu tidak mustahil ini juga sengaja dibuat bagi maksud provokasi supaya berlaku rusuhan atau kekacauan....
Wallahhu’alam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan