SEORANG hamba Allah bernama Datuk Nallakaruppan – lebih tepat Nallakaruppan a/l Solaimalai, telah selamat diijabkabulkan sebagai salah seorang Senator di Dewan Negara pada pagi Rabu.
Sebelum itu, sebaik sahaja berita mengenai perlantikan beliau tersebar, pelbagai komen negatif boleh kita baca dalam blog-blog tertentu yang kebanyakannya melahirkan rasa tidak senang dengannya. Pelbagai gelaran diberikan kepada Nalla akibat keakrabannya dengan Anwar Ibrahim puluhan tahun lalu.
Kepada SM, begitu dan itulah bukti kebebasan bersuara di negara bertuah ini, walaupun masih terdapat manusia-manusia bingal yang berkata ‘kebebasan bersuara’ di negara Malaysia ini disekat.
Dari sudut positif, besar kemungkinan perlantikan si Nalla itu dibuat berdasarkan beliau adalah Presiden kepada sebuah parti politik pro-Barisan Nasional, iaitu ‘Parti Bersatu India Malaysia – MIUP’.
Selain Nalla, dua lagi senator baru dilantik bersama beliau, iaitu Bendahari MIC – Datuk Jaspal Singh dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan – Chiew Lian Keng. Tahniah diucapkan kepada mereka yang baru terlantik itu.
SM tidak mahu komen apa-apa mengenai perlantikan Datuk Nalla yang pernah jadi balaci Anwar Ibrahim dan juga pengarah sebuah syarikat perjudian terbesar negara itu.
Cukuplah kalau SM memandangnya dari sudut ‘perasaan’ Ketua Pembangkang – Anwar Ibrahim, serta para juak-juak yang mahu mengangkat ‘kaki kelentong nombor wahid’ itu menjadi Perdana Menteri ke-tujuh Malaysia.
Selepas Ezam Mohd Nor – juga bekas orang kuat dan orang kanan Anwar, dilantik jadi Senator, kini tiba pula giliran Nalla mendapat jawatan serupa.
Segala rahsia luar dalam mengenai Anwar Ibrahim serta seluruh ahli keluarganya berada dalam ‘poket’ bekas-bekas sahabatnya seperti Ezam, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin, Zahrain, Syeril Eskay dan lain-lain.
Bagaimanapun, kepada mereka yang kurang senang dengan perlantikan ini, sila fikir dan menongkan dari sudut strategi politik menentang pembangkang oleh Barisan Nasional menjelang PRU-13 nanti.
Apa kata kalau semua mereka yang pernah jadi sahabat, kawan dan balaci paling rapat dengan Anwar mendedahkan segala rahsia ‘kesongsangan moral’ Ketua Pembangkang itu dengan bukti yang sangat ampuh?
Selain itu sila juga ambil perhatian bahawa perlantikan seorang Senator tidak melebih dua penggal, iaitu tiga tahun untuk setiap penggal....
Mampooossss... kau kali ni Nuar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan