TAN SRI Muhyiddin Yasin, Tim. Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri diberitakan mengucap terima kasih kepada Presiden Pas, Dato’ Abdul Hadi Awang kerana berani berkata benar dalam mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.
Di masa sama Muhyiddin juga mengucap tahniah kepada Hadi kerana tidak membelakangkan perlembagaan apabila menyatakan, “Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.”
Kenyataan Abdul Hadi itu adalah bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP yang mahu kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Kenyataan Abdul Hadi itu merupakan luahan seorang insan yang baru sedar di mana dia berada, setelah sekian lama tersesat. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Alhamdulillah.... Presiden sebuah parti politik kedua terbesar untuk umat Melayu/Islam telah berpijak di bumi nyata. Tidak lagi khayal dengan perjuangan sesat dan menyesatkan. Kalau dulu beliau pernah membuat fatwa yang menjadikan ahli Pas fanatik hingga tercetusnya ‘Peristiwa Balaing’, kini Hadi telah berkata benar dan yang hak.
Hadi mungkin mahu membebaskan dirinya daripada dibayangi pengaruh dan kediktatoran Nik Aziz Nik Mat yang menganggap jawatannya sebagai Mursyidul Am itu sangat tinggi, berkuasa dan penentu hala tuju perjuangan parti.
Hadi tidak mahu lagi diperlekeh kerana kelihatan tunduk kepada Nik Aziz yang dikuasai pula oleh Anwar Ibrahim. Hadi mahu menjadi Abdul Hadi Awang sebenar. Hadi mahu berdiri tegak dengan apa yang pernah diucapkannya sebagai Presiden Pas.
Kalau Hadi benar-benar berani berpegang teguh kepada apa yang pernah disuarakannya, maka harapan majoriti orang Melayu yang mahukan UMNO-PAS duduk semeja bersatu hati membela nasib Melayu/Islam boleh dilaksanakan.
Idea kerjasama PAS-UMNO datangnya dari pada anak Terengganu bernama Abdul Hadi Awang itu. Bukan orang lain dan bukan juga orang UMNO. Niatnya satu, iaitu mahu menyatukan umat Melayu/Islam negara ini yang telah teruk berpecah-belah kerana fahaman politik.
Bagaimanapun, Hadi telah mengisytiharkan idea itu dibatalkan kerana desakan kuat puak tertentu dalam Pas yang di ketuai Nik Abdu Aziz Nik Mat, anak Kelantan yang ‘maha berkuasa’ dalam parti berjenama Islam itu.
Sebagai pemimpin yang matang dan berpandangan jauh, Hadi sanggup melupakan idea itu demi menjaga kepimpinan partinya yang mula retak kerana berselisih pendapat.
Nampaknya apa yang telah terjadi itu tidak dipedulikan lagi oleh Abdul Hadi. Kali ini dengan tegas dan tekad yang tinggi, beliau bersuara menyanggah kenyataan pemimpin sekutu partinya dalam pakatan (DAP) yang mencabar hak keistimewaan orang Melayu. Apa kata Nik Aziz dia tidak mahu dan tidak akan peduli.
Abdul Hadi bagaikan telah bersedia utnuk menerima kecaman atau bantahan puak Nik Aziz yang bertuankan Sheikh Anwar Ibrahim.
Apakah ini adalah hikamah menjelang kedatangan bulan Ramadhan, dua hari lagi? Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui.
Yang agak menarik untuk difikirkan ialah mengenai kesediaan Muhyiddin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada musuh politiknya. Dan ucapan itu diluahkan kerana mempertahankan perlembagaan negara dan hak keistimewaan orang Melayu. Ternampak kemuliaan hati budinya.
Tidak seperti pemimpin pembangkang yang tidak pernah sekali pun berterima kasih kepada pemimpin UMNO. Tak tahulah kalau ucapan caci-maki selama ini mereka anggap sebagai ucapan terima kasih.
Allahhuakbar.... DariMu kami datang dan kepadaMu kami kembali.
Pak Sulung: Berasa hairan kerana sejak kebelakangan ini Nik Aziz tidak bersuara. Adakah beliau juga uzur atau tidak sihat badan sebagaimana Anwar Ibrahim? Anwar dah mula sakit-sakit... Mungkinkah dalam bulan Ramadhan ini Anwar akan keluar negara untuk berubat?
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan