Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 14 Julai 2011

Jangan beri muka pada Ambiga



KERAJAAN digesa tidak memberi 'muka' kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), S. Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.

Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kerajaan berlembut dengan orang seperti Ambiga sebaliknya beliau perlu ditahan segera mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang. Dia cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya.

"Dengan cara itu Ambiga berjaya menunjukkan betapa zalimnya kerajaan. Orang sebegini tidak boleh dibiarkan. Jangan setakat ditahan, diberi makan dan kemudian dilepaskan. Demi keamanan negara saya minta Ambiga ditahan dan dihantar ke Kamunting dengan segera," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ambiga mengenai keputusan jawatankuasa pemandu Bersih yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu bagi menuntut lapan perkara untuk pembaharuan pilihan raya di negara ini.

Mohd. Hilmi berkata, kerajaan dalam menangani isu Bersih perlu lebih mengutamakan kepentingan majoriti rakyat terbanyak berbanding minoriti penyokong Bersih di jalanan.

"Hakikatnya tiada siapa yang mahu Malaysia yang aman makmur terjejas dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab Bersih. Suara ini lebih banyak daripada suara yang menyokong Bersih," ujarnya

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali mahu kerajaan bertegas dengan pihak Bersih khususnya Ambiga dan jangan sesekali tunduk dengan tuntutan mereka.
Apatah lagi katanya, dalam keadaan timbul dakwaan Bersih didalangi oleh pihak luar yang sepatutnya disiasat segera oleh pihak berkuasa.

"Kita mahu tahu daripada mana datangnya dana yang begitu banyak hingga membolehkan mereka menyewa hotel-hotel di ibu negara dan mencetak beribu-ribu baju kuning Bersih," katanya lagi.

Naib Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Universiti (Aspirasi) Mohd. Zafry Mohd. Yunus ketika dihubungi turut bersependapat dengan dua pemimpin NGO tersebut.

Beliau percaya majoriti rakyat tidak mahu keamanan negara terjejas akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti Bersih.

"Aspirasi juga mahu Ambiga dikenakan tindakan tegas kerana jelas yang dia mahu mencabar undang-undang negara. Dia cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

"Gesaan ini dibuat atas nama kuasa rakyat. Kami juga mewakili segelintir rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jangan beri muka pada Bersih kerana akhirnya keharmonian negara kita sendiri yang akan terjejas," katanya lagi.
- Utusan Online

SATU MELAYU:
Melayu jadi pengkhianat negara kerana Ambiga....
Menggesa kerajaan bertindak memang mudah. Mana-mana individu atau NGO boleh bersuara melalui media mendesak itu dan ini. Tetapi, apabila kerajaan bertindak dan pihak ‘pengkhianat negara’ menggunakan pelbagai media dalam dan luar negara menghentam kerajaan, tidak ramai rakyat dan NGO yang bangun menentangnya.

Itulah yang terjadi kepada pihak polis baru-baru ini yang berjaya mententeramkan kekacauan dan huru-hara yang cuba dicetuskan melalui perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, telah dihentam dan dikecam oleh media pembangkang dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Isu sebenar jadi terbalik kuang. Mereka yang menganjur dan menyertai perhimpunan haram tidak bersalah tetapi pihak polis pula yang dipersalahkan dengan pelbagai dakwaan, walhal tanpa tindakan cekap oleh pihak polis, Kuala Lumpur mungkin huru-hara dan kacai-bilau hingga ke hari ini.

Justeru, kalau rakyat mahukan Ambiga dihukum atau ditahan di bawah ISA, satu gerakan rakyat mesti dibuat sebagaimana gesaan melalui laporan polis sebelum Bersih 2.0 di anjurkan. Tapi, apabila pihak berkuasa kerajaan bertindak dan pihak pembangkang membalas dengan pelbagai kecaman, pihak rakyat dan NGO juga perlulah bangun beramai-ramai mempertahankan tindakan kerajaan itu melalui pelbagai cara yang dibenarkan undang-undang negara.

Jangan jadikan polis berada dalam keadaan serba salah. Bertindak salah, tak bertindak pun salah.

Kalau kerajaan selama ini berusaha siang malam mensejahterakan rakyat melalui pelbagai cara, apakah rakyat tidak boleh membalasnya hanya dengan memberikan sokongan padu kepada tindakan menghapuskan ‘pengkhianat’ dan ‘penjahanam’ kemakmuran negara?

Tepuk dada, tanya iman....
Apakah mempertahankan watan kesejahteraan rakyat itu salah dari segi agama?
Bukankan ucapan salam itu bermaksud supaya Allah mengekalkan kesejahteraan terhadap seseorang?
Jangan hanya pandai memberi salam, tetapi tidak tahu apa itu salam dan untuk apa ianya disyariatkan oleh Islam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog