Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0: Anwar Lari Dari Perjuangan?

Anwar menanti 'talkin' dibacakan?
SEDANG beberapa pemimpin parti pembangkang PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis berhubung perhimpunan haram di sekitar Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti lari dari perjuangan.

Penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga juga ditahan ketika cuba berarak menyertai perhimpunan di KL Sentral, seolah-olah dipergunakan parti politik yang turut sama menyokong perhimpunan itu.

Hampir kesemua pemimpin utama PAS, bermula dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan.

Manakala Anwar pula dilaporkan terjatuh semasa menyertai perhimpunan dan dimasukkan ke Hospital Pantai di sini untuk mendapatkan rawatan.

Namun anak keduanya Nurul Nuha memaklumkan doktor telah mengesahkan bapanya sihat selepas menjalani pemeriksaan.

Namun, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan ketua pembangkang itu mengalami kecederaan dalam perhimpunan itu.

Senator Mohd Ezam Mohd Noor mendakwa tindakan Anwar itu seperti skrip lapuk untuk menyelamatkan diri dari kes liwat selain akan menggunakan alasan ini untuk mendapatkan simpati.

"Dari mata lebam, sakit pinggang, (diracun dengan) arsenik, semuanya untuk simpati politik kepadanya dan menaikkan suhu kemarahan orang kepada kerajaan Barisan Nasional," kata bekas ketua angkatan muda PKR ini.

Katanya, episod ini hanya mengesahkan suatu matlamatnya iaitu mengumpul berpuluh atau beratus ribu orang untuk lumpuhkan negara dan melepaskan diri dari kes liwat yang dihadapinya.

"Alhamdulillah, Allah sekali lagi selamatkan negara ini apabila Anwar gagal mengumpul ramai orang untuk huru-hara dan lumpuhkan negara. Saya tahu agenda sebenar Anwar sebab saya pernah menjadi kepala perhimpunan seperti ini," katanya.

Beliau juga berasa kasihan melihat masih ada lagi rakyat yang menjadi alat bagi mengaburi masalah dan matlamat peribadi Anwar.

Dengan senario terakhir ini, mengesahkan bahawa kenyataan Anwar awal hari ini (Sabtu) yang dilaporkan berkeras mahu menyertai perhimpunan itu dengan mengatakan beliau `mempunyai cara tersendiri ' -- terbukti.

Bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari berkata Anwar menggunakan penyokong perhimpunan untuk alihkan perbicaraan kes liwatnya.

"Pembabitan Ambiga dalam perhimpunan adalah satu contoh saling menggunakan antara satu sama lain (pada masa yang sesuai)," katanya.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya anggota Parlimen Sitiawan dan pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham ditahan dari parti terbabit.

Beliau berpendapat motif DAP hanya boleh berjaya dalam politik jika menggunakan Anwar, manakala Ambiga dilihat berniat mahu bergerak cepat dalam politik dengan menumpang populariti Anwar.


Oleh Ahmad Shukran Shaharudin
- Bernama

SATU MELAYU:
Ambiga dan Anwar sangka Bersih 2 akan lebih hebat daripada Bersih 1 pada 2007. Mereka lupa siapa yang jadi PM ketika itu dan sekarang. Ada perbezaan ketara antara PM kini dengan PM sebelum ini.

Lagipun Anwar dan Ambiga tidak sedar bahawa sokongan dan simpati rakyat terhadap Anwar dan politik pembangkang sedang menurun dengan ketara sekali. Dulu lain sekarang lain. Kejayaan PRU 2008 tidak akan berulang. Rakyat bukan bodoh dan bebal.

Sekali lagi ketokohan dan gaya kepimpinan negara ketika PRU-12 dengan PRU-13 memberi kesan kepada sokongan rakyat dan pilihan majoriti rakyat.

Sesungguhnya, kes liwat II, isu video seks, isu melesapkan wang negara dan entah berapa banyak lagi kes penyelewengan Anwar semasa jadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu yang akan didedahkan oleh bekas sahabatnya, menambahkan kebencian rakyat kepada Ketua Pembangkang yang pintar berbohong itu.

Masa untuk Anwar meneruskan gaya lamnya sudah tak lau dan tak diterima majoriti rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog