Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0: Ini peluang terakhir baginya.... - DS Najib

“PERANGAI hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang.”

Demikian antara ungkapan yang terluah dari mulut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika menghentam Anwar Ibrahim, ketika berucap kepada 6,000 hadirin di majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Presiden Umno itu juga berkata anggota Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan haram semalam, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib menyifatkan perhimpunan haram anjuran pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.0, merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Tambahnya, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan.

“Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar). Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya, baik atau tidak,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik.

Beliau berkata Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal.
Sumber: MediaUmno

SATU MELAYU:
Apa maksud tersirat apabila PM kata, ....ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar)...
Macam-
macam terakhir boleh dipersepsikan. Boleh jadi terakhir kerana tak lama lagi akan berkurung di Penjara Sungai Buluh?

Atau terakhir kerana selepas PRU-13 nanti Si Nuar tidak lagi jadi Ahli Parlimen, waiman Ketua Pembangkang?
Terakhir.... ya! terakhir untuk Anwar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog