Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 10 Julai 2011

Perhimpunan haram bertujuan jatuh imej kerajaan pimpinan Najib


PERHIMPUNAN haram yang dianjurkan di ibu negara hari ini bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah mencatatkan pelbagai kejayaan menerusi pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan transformasi ekonomi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penganjuran perhimpunan haram itu dirancang oleh pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.

Katanya, pemimpin pembangkang pula suka sekiranya ada peserta perhimpunan itu cedera atau lebih daripada itu agar mudah mereka menyalahkan polis dan membuat tuduhan kepada kerajaan.

"Justeru, mereka menyertai perhimpunan haram itu diminta berundur dan kewarasan pemikiran tinggi perlu dalam keadaan genting seperti itu," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pengarah negeri di bawah kementerian itu di Kuala Terengganu, Sabtu.

Beliau berkata, perhimpunan haram di Kuala Lumpur itu perlu dijadikan batu sempadan untuk orang Melayu berfikir tentang masa depan dan tidak mengikut telunjuk pemimpin yang ingin melonjak naik dengan mempergunakan orang lain.

"Saya pelik kenapa orang Melayu khasnya tak rasa kita telah berpecah dalam soal sebegini.

"Ke mana letaknya sayang dan keakuran kita yang laungkan Islam gunakan sebagai tali Allah dan jangan kita berpecah-belah, tapi kita tidak nampak itu berlaku," katanya.

Menurut beliau, rakyat sepatutnya sedar ada pemimpin pembangkang kini bertepuk tangan melihat perpecahan berlaku terutamanya dalam kalangan orang Melayu.

"Orang Pas dan UMNO bukankah satu agama dan bangsa, ke mana pemikiran diletakkan? Saya nak seru ini sebagai seorang yang dah lama lihat perpecahan dan perjuangan yang serong... balik ke meja perundingan.

"Jangan ikut sangat Anwar Ibrahim yang mahu pergolakan berlaku ataupun Ambiga yang tak ada kepentingan perjuangan, senang jadi Si Kitol seperti dalam sejarah Melayu," katanya.

Rais turut membidas kumpulan berkenaan kerana memilih perhimpunan haram di jalanan, sedangkan masih ada saluran lain boleh digunakan untuk menyuarakan pandangan dan hasrat mereka seperti Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
- Bernama

SATU MELAYU:
Rakyat menanti apa hukuman untuk betina ni....
Setelah semuanya selesai dipentaskan di Kuala Lumpur, pihak berkuasa jangan pula turut selesai segala tindakan mengikut undang-undang terthadap mereka, terutamanya si Ambiga kafir harbi itu.

Kalau tidak ada tindakan susulan ekoran perhimpunan haram itu, rakyat yang menyokong kerajaan dan membenci Anwar serta Bersih akan tawar hati untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan, khasnya DS Najib selaku Perdana Menteri yang disenangi.

Rakyat kini sedang menanti dan memerhatikan apa tindakan susulan pihak berkuasa terhadap peserta dan penganjur Bersih 2.0 yang jelas mahu menjahanamkan negara melalui tunjuk perasaan jalanan.

Tanpa tindakan tegas, tunjuk perasaan jalanan akan menjadi budaya ikutan segelintir rakyat dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam semua hal.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Dan pencegahan yang paling berkesan ialah tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog