Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 14 Julai 2011

Ketua Pembangkang makin terdesak, gabra – Rais

DEMI masa depan dan kelangsungan politiknya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak dan gabra sehingga sanggup menggambarkan kepada negara luar bahawa situasi di Malaysia semakin dekat dengan revolusi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan Anwar itu bukan sahaja bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kes-kes yang sedang dihadapinya malah untuk menonjolkan bahawa beliau akan membawa revolusi ke Malaysia.

“Perkataan revolusi yang beliau (Anwar) sebutkan itu membawa konotasi keganasan dan kekerasan menggunakan pelbagai alat bagi mencapai tujuan-tujuan politik pihak tertentu.

“Apa yang kita ingin sampaikan kepada rakyat adalah Anwar menggunakan perkataan revolusi dan apakah ertinya itu. Suara majoriti adalah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan Anwar, beliau hanya mewakili suara minoriti.

“Tetapi Anwar sanggup menggunakan istilah revolusi yang sangat bertentangan dengan institusi demokrasi negara, jadi rakyat harus berwaspada dan tidak terikut seperti berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih),” katanya.

Rais berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Rabu.

Semalam, akhbar Media Indonesia melaporkan kenyataan Anwar yang memaklumkan situasi di Malaysia sekarang yang baru berhadapan dengan perhimpunan haram Bersih Sabtu lalu sudah mendekati revolusi.

Akhbar berkenaan memetik kenyataan tersebut ketika Anwar mengadakan dialog dengan sekumpulan profesional muda di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Rais berkata, Anwar seharusnya menggunakan Parlimen sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu permasalahan bukan melalui cara demonstrasi jalanan.

“Institusi Parlimenlah yang paling sesuai digunakan oleh Anwar dan pengikutnya jika ingin menyatakan sesuatu. Jika tidak, Parlimen akan jadi institusi ketiga atau keempat sedangkan Parlimen adalah institusi teratas bagi menyuarakan sesuatu pandangan," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Anwar Ibrahim bukan sahaja mengelabah dan gabra, tetapi jauh dari itu dia sebenarnya sudah gila.
Kata-kata Anwar adalah kata-kata seorang gila.
Di rumahnya dia mungkin bercakap sendirian tak hendi-henti menyumpah seranah kerajaan dan DS Najib yang dilihatnya semakin mendapat sokongan rakyat. Sementara sokongan terhadapnya semakin merosot dan kalau adapun adalah kerana mereka dibeli atau dibayar upah untuk melakukan sesuatu.
Gilanya bertambah teruk apabila terlalu banyak jin yang mendampinginya melalui tok bomoh yang dikatakan begitu ramai memberi khidmat kerana duit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog