Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 13 Julai 2011

SPR Tidak Tunduk Dengan Desakan PAS. Bila BERSIH bergabung dengan Pas?

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak termasuk PAS berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata PAS sepatutnya memastikan memorandum tuntutan Bersih diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin terlebih dahulu sebelum menggesa suruhanjaya itu tunduk kepada desakan mereka.

“Saya lihat tidak sesuailah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendesak SPR kerana memorandum itu perlu diteliti oleh Tuanku Mizan terlebih dahulu.

“Jadi kenapa mahu cabar SPR... Saya jadi hairan, sebelum ini mereka kata Bersih tidak ada kaitan dengan politik tapi hari ini PAS cabar kita ikut tuntutan Bersih,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Mohamad yang menggesa SPR melaksanakan empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bersih.

Mohamad berkata suruhanjaya itu perlu segera melaksanakan tuntutan Bersih sekiranya mereka tidak mahu berdepan dengan satu Bersih 3.0.

Lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih adalah supaya SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata cabaran Mohamad itu tidak berasas sama sekali dan sebarang langkah penambahbaikan yang dilaksanakan oleh suruhanjaya itu adalah berlandaskan undang-undang dan peraturan SPR.

“Pendirian kita jelas dan konsisten SPR tidak pernah tunduk kepada desakan atau tuntutan mana-mana pihak.

“Dalam masa yang sama, SPR tidak pernah menutup pintu rundingan, kita sentiasa membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk Bersih,” katanya.

Jelasnya, tidak semua tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih berada di bawah bidang kuasa SPR antaranya adalah mewujudkan akses media bebas dan adil, memperkukuhkan institusi awam serta menghapuskan politik kotor.

“Kita mengalu-alukan sebarang cadangan dari mana-mana pihak tetapi biarlah cadangan itu konkrit dan jujur bagi memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini,” katanya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
SPR jangan layan sangat dengan kata-kata pemimpin Pas seperti Mat Sabu. Nik Aziz dan juga Hadi Awang.

Mereka itu sedang tersepit dengan masalah kemerosotan sokongan ahli dan penyokong kerana ‘mencampakkan’ perjuangan Islam dari parti berkenaan kerana nak beri muka kepada DAP atau sokongan kaum Cina.

Lagi pun mereka bukannya tahu sangat pasal peraturan pentadbiran dan undang-undang. Mereka main cakap apa yang mereka nak cakap. Ikut sedap mulut, ikut tepukan penyokong yang jauh lebih bangang daripada mereka.

Sejak bila pulak Pas menjadi jurucakap BERSIH hinggakan Mat Sabu kata Bersih 3.0 akan diadakan jika SPR tidak menunaikan tuntutan mereka?

Apa ke jadahnya! Pas dah jadi NGO atau NGO Bersih dah bergabung dengan parti politik Pas?
Apakah Ambiga kini telah menjadi anggota Pas setelah parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog