SEMASA menyertai kayuhan basikal bersama Datuk Seri Najib dan ribuan anak sekolah bagi mengutip derma tabung sekolah Cina di Pulau Pinang, Koh Tsu Koon diberitakan terjatuh kerana berlanggar dengan basikal lain yang jatuh dihadapannya.
Malang tak berbau lerrr katakan!
Tapi ada pulak yang memberikan pandangan dan komen negatif mengenai trgedi kecil yang tidak mencederakan sesiapa itu. Ada yang kata ini adalah petanda bahawa Tsu Koon terpaksa digantikan dengan orang lain bagi mengetuai BN Pulau Pinang.
Ada pula yang berpendapat itu sebagai petanda bahawa Gerakan akan terkubur untuk kali kedua pada PRU-13 nanti jika Tsu Koon masih mengetuainya.
Entahlah! Macam-macam cerita yang mampu direkayasa oleh rakyat negara ini yang begitu berminat dengan pergolakan dan perkembangan semasa politik tanah air....
Kata Koh: "Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan