Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 26 September 2011

Tak bolehkah kita biarkan Nik Aziz terjun dengan hudud ciptaannya? Biarkannn!.... biarkannnn!...

SEBAGAIMANA diketahui umum, isu hudud yang cuba dijelmakan semula oleh Pas, khasnya oleh Nik Aziz selaku Menteri Besar Pas di Negeri Kelantan adalah kerana mahu mengalihkan isu yang jeuh lebih berat dan memudharatkan Parti Kebajikan Malaysia itu. Tak lebih dari itu.

Selain itu, Nik Aziz mungkin juga berasa ada tanggungjawab untuk menyelamatkan Timbalan Presiden parti itu daripada dibelasah teruk dan sekaligus menutup rahsia-rahsia yang selama ini berjaya disembunyikan mengenai isu moral hamba Allah bernama Mat Sabu.

Justeru, apa kata kali ini kita di pihak pro-kerajaan BN jangan ikut rentak mereka? Biarkan saja Nik Aziz dan konco-konconya terjun dengan hududnya... biarkan! Biarkan!

Sebagaimana kita semua sedia maklum isu kontroversi mengangkat komunis sebagai pejuang bangsa dan negara oleh Mat Sabu benar-benar memerosotkan sokongan orang Melayu terhadap Pas dan sekaligus tertempias ke lain-lain parti sekutu pakatan haramjadah.

Begitu juga dengan isu murtad di gereja Damansara Utama, Selangor yang hingga ke hari ini masih belum jelas duduk perkara sebenar. Laporan JAIS entah ke mana dan Khalid Ibrahim selaku MB Selangor terus membisu mengenainya.

Dua isu besar ini memang menggugat sokongan dan kepercayaan orang Melayu Islam terhadap pembangkang, terutamanya Pas yang sangat diharapkan DAP mampu menyatukan orang Melayu/Islam menyokong pakatan.

Bagaimanapun, isu murtad di gereja telah dilupakan gara-gara Mat Sabu menghamburkan isu baru yang mana dia mengangkat komunis sebagai pejuang sebenar sementara Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah alat penjajah.

Maknanya, isu gereja ditutup atau berjaya dialihkan oleh Mat Sabu dengan isu siapa pejuang sebenar antara komunis dan Umno.

Isu itu jadi panas se panas-panasnya hinggakan Mat Sabu terpaksa berdepan dengan tuduhan di mahkamah. Lebih berat lagi, isu khalwatnya jadi semerbank semula setelah sekian lama dilupakan umum.

Melihatkan Mat Sabu terkapai-kapai keseorangan dan tenggelam-timbul bagaikan ‘tahi hanyut’ di bawa arus deras gelombang kemarahan orang Melayu, maka Nik Aziz cuba mengalih dan menutupnya pula dengan isu lama yang entah bila termampu mereka laksanakan, iaitu hudud Pas Kelantan.

Oleh itu, SM cadangkan kekawan pro-kerajaan jangan layan isu hudud ini dan biarkan mereka bertekak sama sendiri. Isu ini pasti akan sejuk jika kita semua tidak turut memukul gendang untuk mereka terus menari.

Bagaimanapun, isu murtad di gereja dan isu komunis oleh Mat Sabu diteruskan dengan lebih agresif. Para blogger hebat yang ada sudah tentu mampu dan ada banyak sumber serta idea untuk terus menggoncang dua isu besar yang menggerunkan pakatan haramjadah itu.

Apapun, ini sekadar cadangan SM sahaja. Kita boleh cuba dan lihat perkembangannya. Mencuba tak jadi salah, asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama, susila dan budaya kewartawanan sejagat.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog