Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 25 September 2011

Singapura kekalkan ISA kerana wujud gerakan ‘revolusi komunis’, di Malaysia PAS angkat komunis sebagai pejuang sebenar negara bangsa....

NAH! Baca berita yang disiarkan AFP sebagaimana yang tersiar di Mingguan Malaysia hari ini.

Kerajaan Singapura menolak gesaan supaya ISA di negara itu dihapuskan sebagaimana yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia. Antara alasan kuat kenapa ISA sangat diperlukan dinegara berkenaan ialah kerana terdapat gerakan menggulingkan kerajaan Singapura melalui mogok, demonstrasi dan mewujudkan revolusi komunis.

Kerajaan Singapura sangat takutkan revolusi komunis menguasai negara itu. Sedangkan di negara kita – Malaysia, pengganas komunis dianggap hero sebenar oleh pemimpin Pas yang bersekongkol dengan parti kelahiran PAP di Singapura – DAP.

Di Malaysia gerakan tunjuk perasaan seperti Bersih 2.0 yang berhasrat menumbangkan kerajaan Umno/BN boleh saja dilakukan dan mendapat sokongan pulak daripada segelintir umat Melayui/Islam puak Pas. Sedangkan yang merancangkan tunjuk perasaan itu adalah gerakan atau kumpulan yang sangat ditakuti oleh pemerintah Singapura.

Kepada umat Melayu/Islam Malaysia yang terbantut dan tersontot akal kerana termakan hasutan pemimpin pembangkang yang mahu merampas pentadbiran negara daripada Umno/BN, silalah buka minda dan fikir-fikirkan kewajaran perjuangan kaum chauvanis di negara ini yang berkiblatkan Singapura.

PAP + DAP sedang menyerang emosi orang Melayu negara ini yang sangat mudah dipengaruhi kerana di hati mereka bersarang sikap dendam, hasad dengki dan syak wasangka yang mengenepikan akal fikiran....

Penyambung zuriat PAP dari Singapura untuk rampas negara ini dari tangan orang Melayu....

Beritanya:


Singapura tidak akan mansuh ISA

SINGAPURA 24 Sept. - Singapura menolak gesaan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya memansuhkan akta itu kerana undang-undang itu membenarkan kerajaan memerangi ancaman keselamatan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, bekas tahanan ISA yang menggesa pemansuhan akta berkenaan telah ditahan kerana terlibat dalam aktiviti subversif dan bukan kerana ideologi politik mereka.

Kementerian itu berkata demikian dalam laman webnya, semalam bagi mengulas gesaan 16 bekas tahanan ISA di republik ini supaya memansuhkan akta berkenaan selepas Malaysia mengumumkan akan berbuat demikian.

ISA dikecam oleh pengkritik di Singapura dan Malaysia sebagai alat untuk membendung perbezaan pendapat.

Kementerian berkenaan berkata, undang-undang itu perlu bagi memerangi ancaman keselamatan seperti keganasan.

''Bekas tahanan ISA itu bukan ditahan kerana ideologi politik mereka tetapi kerana mereka terlibat dalam kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara,'' ujar kementerian itu.

Menurut kementerian itu, sembilan daripada mereka terlibat dalam aktiviti komunis untuk menggulingkan kerajaan Singapura dan Malaysia paa 1960-an dan 1970-an.

''Mereka menyusup ke dalam kesatuan pekerja dan pertubuhan pelajar dan menghasut diadakan mogok dan demonstrasi bagi mewujudkan satu revolusi komunisme,'' kata kementerian itu.

Sementara itu, tujuh daripada mereka terlibat dalam rancangan komunis untuk menggulingkan kerajaan Singapura pada 1980-an, tambah kementerian itu. – AFP
- UtusanOnline


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog