KENYATAAN Guan Eng bahawa pemimpin DAP akan akan letak jawatan beramai-ramai hanyalah gimik politik bagi menutup isu mengangkat komunis sebagai hero negara oleh Mat Sabu yang menggegarkan negara hingga semua lapisan masyarakat, khasnya orang Melayu bangun menentang dengan lantang.
Ekoran itu segala keburukan Mat Sabu, khasnya mengenai kes khalwatnya dengan isteri orang didedahkan secara meluas. Dialog-dialog seks antara Mat Sabu dengan Normah melalui telefon menjadi kemuncak kepada pendedahan berkenaan.
Semua orang yakin apa yang didedahkan itu benar. Malah Mat Sabu sendiri tak mahu komen apabila ditanyakan mengenai pendedahan rakaman perbualan telefonnya itu.
Selepas itu Mat Sabu ‘terkancing gigi’ hinggalah kesnya dikemukakan ke mahkamah dalam bab menjulang komunis sebagai hero sebenar negara ini.
Kes khalwat Mat Sabu dulu itu diyakini menjuruskan kepada terlibatnya Nik Aziz selaku MB Kelantan dalam mengusahakan supaya kes itu digugurkan kerana kesilapan teknik. Khalwat tetap berlaku tetapi ditolak oleh mahkamah syariah kerana silap teknik. Salah nombor bilik...
Memandangkan kecanggihan teknologi media masa kini, tidak mustahil akan ada berita atau pendedahan baru mengenai kes khalwat Mat Sabu itu dari masa ke semasa sebagaimana pendedahan yang dilakukan terhadap kesongsangan moral Anwar Ibrahim yang kononnya akan didedahlan lepas satu, satu itu.
Keadaan ini menjadikan Mat Sabu dan Nik Aziz gigil. Mereka tahu apa yang berlaku dan apa pula yang telah mereka lakukan dalam kes khalwt Mat-Sabu-Normah itu.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Nik Aziz pula memainkan peranan menyejukkan buat sementara isu panas yang bakal terdedah mengenai keburukan moral Timbalan Presiden Pas itu. Lagi pun Nik Aziz sendiri takut namnya akan terseret sama dari segi menyelesaikan kes khalwat berkenaan.
Maka cerita pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud seperti yang dinyatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution itu hanyalah ‘wayang’ puak pembangkang untuk menyelamatkan Mat Sabu daripada terus menerima malu dengan pendedahan kes khalwatnya yang lebih menggemparkan.
Tidak ada apa yang akan berlaku hasil mesyuarat berkenan nanti.
sm
Lim Guan Eng yang terkenal sebagai seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agong DAP yang kuat berbohong itu siang-siang lagi telah menyatakan MAKSUD bahawa ‘DAP akan bertindak sedemikian SEKIRANYA terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.
Kenyataan itu menyebut mengenai negara Islam dan hudud di peringkat negara – Malaysia. Sedangkan apa yang dikatakan Nik Aziz hanyalah hudud untuk Kelantan dan ianya disokong oleh Anwar Ibrahim.
Selepas bermesyuarat Rabu ini nanti sudah tentu mereka akan keluar kenyataan bahawa hudud di peringkat negeri Kelantan diizin dan diterima sebagai hak negeri itu.
Maka akan berkokoklah Nik Aziz dan juak-juaknya mengenai huduk Kelantan menjelang PRU-!3, sedangkan Enekmen Hudud Kelantan telah pun diwartakan pada tahun 1993, tetapi hingga kini masih belum dilaksanakan. Kononnya kerana halangan Tun Dr. Mahathir.
Tun Dr. Mahathir telah lama bersara dari politik. Telah ada dua PM mengantikan beliau, tapi Hudud Kelantan tetap terperap tanpa khabar berita.
Tetiba setelah Mat Sabu gena gasak secukupnya melalui pendedahan kes khalwatnya, Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan mahu laksanakan hudud semula. Isu lama yang mereka fikir boleh menenggelankan isu khalwat Mat Sabu.
Wahai umat Melayu/Islam di Malaysia! Fikir-fikirkanlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan