Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 27 September 2011

Mampukah ‘Hudud Nik Aziz’ kembalikan PAS kepada perjuangan Islam?

SEMUA orang tahu Pas kini kehabisan modal politik untuk disogokkan kepada masyarakat. Perubahan yang dibuat untuk mengekalkan populariti melalui model ‘Negara Berkebajikan’ tidak menjadi. Malahan ianya lebih memburukkan keadaan.

Hasrat menjaga hati kaum Cina DAP sambil meraih sokongan kaum chauvanis itu kepada Pas tak kesampaian. Slogan Negara Berkebajikan gagal. ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Pemimpin Pas semakin senak. Kelentong Anwar Ibrahim benar-benar telah melumpuh dan tidak mustahil meruntuhkan parti kedua terbesar orang Melayu itu.

Kehebatan sokongan pengundi pada PRU 2008 telah disalah tafsir oleh pemimpin pembangkang. Pada sangkaan mereka, kemenangan yang diperolehi itu adalah kerana kekuatan dan kepercayaan rakyat kepada mereka. Walhal segalanya terjadi kerana perpecahan teruk berlaku dalam Umno dan BN gara-gara kepimpinan Pak Lah ketika itu.

Kerana terlalu yakin Pas berada ditahap paling kuat setelah PRU 2008 serta terpengaruh dengan pujukan Anwar Ibrahim selaku jurucakap DAP, Pas dengan senang hati dan gah mencampakkan perjuangan Islam yang dijenamakan sejak parti itu ditubuhkan.

Masa berlalu, keadaan berubah. Bulan madu tiga parti – DAP, PAS, PKR, selepas PRU 2008 pun berakhir. Segala wangian bertukar jadi hanyir. Satu demi satu bala datang menimpa kepimpinan utama pakatan yang ditubuh atas dasar perjuangan yang caca merba.

PKR yang konon ditubuh untuk keadilan sejagat melalui dasar parti pelbagai kaum merudum gara-gara isu moral pemimpin utamanya yang tidak pun menjadi ahli – Anwar Ibrahim. Seorang demi seorang orang kuat PKR keluar tinggalkan parti setelah mereka sedar siapa Anwar Ibrahim dan apa perjuangan sebenar parti serpihan Umno itu.

Agama Islam pula mula diperkotak-katikkan oleh kaum kafir harbi yang bersekongkol dengan Pas dalam pakatan. Kejayaan mereka menarik Pas menyertai pakatan dianggap sebagai kejayaan melemahkan perjuangan Islam di negara ini.

Pas jadi bercelaru dan isu demi isu yang menggugat kesucian Islam tidak mampu dibendong dan dilindung oleh Pas yang berjenamakan parti Islam.

Akhirnya Mat Sabu selaku pemimpin nombor dua terkanan dalam Pas memecah kesunyian dan ketandusan isu dengan mengangkat komunis sebagai pejuang sebenar negara bertuah ini. Niatnya untuk mengalihkan isu dan tumpuan orang Melayu kepada masalah dalaman Pas.

Akibatnya, Mat Sabu mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu sehingga terpaksa berdepan dengan tindakan mahkamah.

Perkembangan itu membuatkan puak Melayu dalam pakatan semakin tertekan kerana sokongan semakin merosot. Pelaburan dalam pakatan tak menjadi, sementara perjuangan jadi semakin kabur di mata umum. Tak menentu dan tidak mempunyai hala tuju yang meyakinkan.

Keadilan entah ke mana, agama Islam jadi permainan....

Maka Nik Aziz pun mula memainkan lagu klasik ciptaannya. Kalau M. Nair pernah popular dengan lagunya Hud.. Hud.., Nik Aziz pula cuba mengumandangkan lagu Hudud....

Harapan Nik Aziz dengan mengumandangkan lagu klasik ciptaannya itu mampu menarik sokongan penyokong yang dah lari kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Islam. Kepada Nik Aziz, hudud ciptaannya itu Islam dan Islam hanya bergantung kepada adanya hukum hudud.

Sedarkah Nik Aziz bahawa hudud tidak lagi berada di dalam perjuangan Pas kerana Hadi Awang telah menukar konsep perjuangan parti kepada Negara Berkebajikan baru-baru ini? Antara Mursyidul Am dan Presiden parti, siapa yang terpakai kata-katanya?

Pelaksanaan Hudud itu di atas dasar Negara Islam.... Sedangkan Pas bukan lagi memperjuangkan negara Islam?

Justeru itu, apa yang cuba dilakukan Nik Aziz itu semata-mata mahu mengembalikan perjuangan Pas kepada Islam yang mungkin baru sekarang disedari ianya satu kesilapan besar kerana menukarkannya kepada ‘kebajikan’.

Tutup mulut yang disarankan oleh Setiausaha Agung Pas mengenai hudud Nik Aziz itu sebenarnya untuk disesuaikan dengan kedudukan Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas yang terpaksa mengunci mulut kerana baru sedar kesilapan yang dilakukannya.

Hadi dah tak boleh nak buat apa... Dah terlanjur. Sudah terantuk baru tengadah? Sebenarnya yang terkancing gigi dan tertutup mulutnya ialah Abdul Hadi....

Kalau dalam Umno, pemimpin seperti Hadi sudah tentu akan menerima kecaman ahli dan pasti ada usul supaya pemimpin nombor satu parti itu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, ianya tidak berlaku dalam Pas kerana dasar kepimpinan Pas adalah dasar asabiyah, iaitu menyokong dan membela puak walaupun terbukti telah melakukan kesalahan....

Silap haribulan, bulan penuh berwarna putih bersih akan bertukar jadi iklan ‘ubat sakit kepala’ kerana ramai orang Melayu/Islam jadi peningggg....
Wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog