Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 26 September 2011

Saya Beli Rumah Ikut Nilai Pasaran - Khir Toyo

BEKAS Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau membeli dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni, dengan harga pasaran.

Dr Mohamad Khir, saksi pertama pihak pembelaan yang memilih memberi keterangan dari kandang saksi, berkata harga belian RM3.5 juta dipersetujui Shamsuddin sendiri sebelum ataupun semasa kedua-dua mereka menandatangani perjanjian jual beli bagi urusan pembelian rumah itu pada Mei 2007.

Ketika ditanya peguam M. Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir bahawa sebelum ataupun semasa tandatangani perjanjian jual beli, adakah Shamsuddin memberitahu Dr Mohamad Khir harga belian tidak cukup, beliau menjawab: "Tidak pernah".

Beliau turut memberitahu pihaknya tidak mendesak ataupun mempengaruhi pemikiran Shamsuddin bagi membolehkan Shamsuddin bersetuju dengan harga belian RM3.5 juta.

Dr Mohamad Khir berkata demikian ketika membela diri atas pertuduhan mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis, 2004, pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor ketika itu.

Dr Mohamad Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei, 2007.

Mengulas lanjut, Dr Mohamad Khir berkata hartanah yang dibelinya dinilai sebanyak RM3.5 juta mengikut harga pasaran oleh penilai profesional Rahim & Co yang dilantik oleh bank HSBC pada 14 Mei, 2007 dan harga itu dipersetujui Shamsuddin.

"Saya menerima panggilan telefon daripada bank HSBC yang mengatakan hartanah itu dinilai RM3.5 juta dan selepas itu saya terus memberitahu Shamsuddin harga pasaran hartanah yang telah dinilai itu.

"Lepas itu, saya tanya secara jelas kepada Shamsuddin sama ada beliau bersetuju untuk meneruskan perjanjian jual beli ataupun sebaliknya. Dia kata dia bersetuju dan saya beritahu jika dia setuju, saya bolehlah mengisi borang memohon pinjaman dari bank (HSBC).

Dr Mohamad Khir berkata selepas mencapai persetujuan berhubung harga rumah itu, Shamsuddin memohon kepada beliau untuk melantik peguam bagi dirinya dan Dr Mohamad Khir untuk memudah dan mempercepatkan transaksi jual beli rumah.

Berdasarkan persetujuan itu juga, Dr Mohamad Khir mengeluarkan cek bernilai RM500,000 daripada wang akaun Maybank peribadinya sebagai bayaran pendahuluan manakala bakinya akan dijelaskan menerusi pinjaman bank HSBC yang sedang dipohon beliau ketika itu.

Ketika ditanya Athimulan adakah Shamsuddin pernah menawarkan harga RM5 juta untuk menjual rumahnya kepada beliau, Dr Mohamad Khir menjawab: "Ya".

Dr Mohamad Khir berkata ketika tawaran RM5 juta itu dibuat oleh Shamsuddin, pembinaan rumah itu belum siap sepenuhnya dan "saya berkata kepada Shamsuddin hartanah itu sukar dinilai dan lebih baik melantik penilai bebas".

Beliau turut berpendapat harga RM3.5 juta itu berpatutan dengan keadaan rumah yang hanya 50 hingga 60 peratus siap pada 2007.

"Masa itu, keadaan rangka rumah belum siap dan tidak boleh tinggal sebab tiada tingkap, lantai, pintu dan landskap," jelasnya.

Mengimbas detik awal perbincangan pembelian hartanah itu, Dr Mohamad Khir berkata hasrat untuk membeli rumah disuarakan beliau pada satu majlis perjumpaan bulanan yang dihadiri kontraktor dan ahli perniagaan Selangor.

"Selepas itu Shamsuddin ada jumpa saya mengatakan dia mahu jual rumah. Saya katakan bahawa saya mahu lihat rumah itu dan pada pukul 4 petang, saya dibawa ke rumah itu," katanya.

Dr Mohamad Khir juga menafikan pihaknya mendesak Shamsuddin memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 dan 7 Jun lepas.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki bersambung pagi esok.
- Laporan: BernamaOnline


SATU MELAYU:
Syabas dan tahniah SM ucapkan kepada Dr. Khir yang membela diri dari kandang saksi.
Begitulah anak jantan. Berani bertanggungjawab.
Bukan macam si polan yang kena tuduh meliwat, cakap berdegar-degar tapi tak berani membela diri dari kandang saksi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog