Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 16 September 2011

NEGERI BERKEBAJIKAN: 28.8 daripada setiap 100,000 rakyat Kelantan hidap HIV, AIDS....

KONONNYA kebajikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan Pas Kelantan di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap sesetengah penyokong tegar Pas sebagai tersangat makbul doanya.

Bagaimanapun, setelah lebih 20 tahun Nik Aziz jadi MB melalui penguasaan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang itu rakyatnya tidak mampu dibentuk dengan baik dari segi sosial dan cara hidup lebih sejahtera. Ekonomi lembab, masalah sosial punah-ranah.

Apakah kerana rakyat hanya diperlukan untuk mendengar ceramah politik dan mengundi Pas ketika pilihan raya sahaja membuatkan urusan lain kehidupan rakyat terbiar dan tidak dipedulikan?

Seingat SM, Pok Nik melalui ceramah-ceramah dan kuliahnya tidak pernah menyentuh mengenai penyakit yang tidak ada ubat ini. Adakah kerana beliau tak ambil kisah atau tak tahu menahu mengenai kehidupan rakyat di negeri yang dipimpinnya?

Memandangkan majoriti penghidap HIV, AIDS adalah umat Melayu/Islam, rakyat Kelantan seharusnya membuka minda untuk membetulkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak mengambil berat soal kehidupan sosial rakyatnya. Asyik dok main politik sahaja....

Keutamaan hidup yang hanya difokuskan kepada kecapaian politik kepartian semata-mata menghasilkan gejala sosial yang sangat buruk dan memalukan.
Wallahhualam....

Fikir-fikirkanlah kewajaran berita ini......


Kelantan paling tinggi hidap HIV, AIDS

KOTA BHARU 15 Sept. - Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

"Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.

Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.

Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.

"Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.
- UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog