Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 16 September 2011

MERDEKA: Kenapa lebih sejuta PATI tidak mahu pulang? Sejahtera sangatkah negara Malaysia ini?

STATISTIK proses pendaftaran 6P menunjukkan seramai 1,015,852 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menyatakan hasrat untuk terus menetap dan bekerja di Malaysia manakala 95,446 lagi ingin kembali ke negara asal.

Kenapa mereka berminat sangat nak tinggal di negara ini? Adakah kerana senang cari makan atau kerana kehidupan di negara ini jauh lebih baik daripada negara asal mereka? Entahlah.... Kekadang pening juga kalau kita fikir-fikirkan.

Sebab, setakat yang kita selalu dengar, baca dan lihat melalui media moden kini, sebahagian rakyat negara ini sendiri sangat tidak sukakan kepimpinan negara sedia ada sejak negara ini berkerajaan sendiri di bawah pilihan rakyat mulai 31 Ogos 1957.

Kepada mereka semuanya tak bagus dan tak baik. Pilihan raya tak adil, ekonomi tak berapa bagus, kehidupan sosial rakyat tak mencapai tahap negara maju, kepimpinan politik zalim, polis zalim, undang-undang banyak yang tak betul dan tak bagus dan macam-macam lagi serba tak bagus, tak baik dan tak betul....

Tapi rakyat negara asing berduyun-
duyun masuk untuk cari makan di negara bernama Malaysia ini. Tak dapat melalui cara sah, secara haram dan sangat membahayakan diri sendiri mereka lakukan. Malahan ramai yang terkorban dalam perjalanan ke mari. Tujuannya semata-mata untuk datang ke Malaysia dan cari kerja. Kalau boleh mereka mahu terus menetap di negara ini dan diberikan taraf warganegara.

Kepada SM, sebahagian rakyat negara ini yang membenci kerajaan dan pentadbir negara sedia ada bukannya kerana negara ini tak bagus dan segala prasarananya tak baik. Sebenarnya, semuanya bagus, baik, duit banyak, hasil bumi banyak dan kesejahteraan rakyat tersusun dengan baik.

Malahan kerana semuanya bagus dan baik serta banyak duit itulah, mereka yang berkata negara ini tak bagus dan tak baik itu sebenarnya sangat teringin mahu mengambil alih kekuasaan negara ini dari tangan kepimpinan sedia ada. ‘Musang yang tak dapat makan anggur, masam katanya’.

Kalaulah keadaan negara ini macam Somalia, mungkinkah ada yang beriya-iaya mahu merebut kuasa? Dan yang lebih penting untuk diperhatikan, tak akan ada warga asing yang datang ke negara ini dan mahu terus menetap hingga akhir hayat.

Ketika itu mungkin sebahagian besar kaum wanita dari negara ini akan berhijrah beramai-ramai mencari rezeki sebagai pembantu rumah atau pekerja kilang di negara-negara lain yang jauh lebih maju.

Syukur Alhamdulillah, perkara sebegitu tidak berlaku. Tidak ada rakyat negara kita yang bersusah payah mencari rezeki sebagai pembantu rumah atau pekerja kilang di negara-negara lain. Kalau ada pun cuma seorang dua yang tak sabar nak jadi kaya, lalu terjebak menjadi kaldai dadah antarabangsa dan tersadai di luar negara kerana tertangkap oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kepada yang sontot akal budinya, bermuhasabahlah dengan keadaan yang berlaku di depan mata ini. Jika terlalu kufur dengan nikmat dan rahmat yang dilimpahkan Allah swt, takut nanti Allah swt selaku penguasa sebenar menarik balik segala nikmat yang diberiNya dan mendatangkan musibah yang tak terhingga pedih dan sangsaranya.

Beringatlah sebelum kena dan berjumat sebelum habis....

1 ulasan:

Jabalnur berkata...

"Kaum pendatang," lebih2 lagi yang mata sepek lagi suka tinggal di sini memandangkan mereka lebih selesa dari tinggal dinegeri asal mereka sendiri.

Tengoklah, hasil dari kebaikan KERAjaan Malaysia, lebih2 lagi pada akhir2 ini...Dah la dari dulu semua kekayaan mereka bolot...sekarang mereka dah pun dapat 2 negeri dibawah naungan mereka...

KERAjaan yang lemah ini telah membiarkan mereka berkata dan berbuat sesuka hati mereka dan menuntut berbagai dari KERAjaan dan KERAjaan ini layan semua kehendak mereka hingga rakyat pribumi terasa yang KERAjaan ini lebih berminat menyusukan KERA di hutan dari menjaga anak bangsa sendiri. Kita bukanlah nak KERAjaan menyuap sudu kemulut (spoon fed?)kapada anak bangsa, tapi apa keistimewaan yang telah ada dalam Perlembagaan tu pertahankanlah hingga anak bangsa yang masih ketinggalan dalam banyak bidang dapat bersaing dalam medan perjuangan sama rata... Ini tidak, butakah mata pemimpin KERAjaan tentang pemilikan hartanah, bisnes, kadar komponen ahli professional korporat masakin yang bayak di pegang/miliki olih kaum pendatang?

Lagipun, kalau nak hapuskan keistimewaan termaktub dalam perlembagaan pun, bukanlah pemimpin sekarang yang patut menentukannya, bawalah isu ini kepada yang masih memerlukannya dikampung2. Jangan harap sangat ketua UMNO, PAS, Pakatan, Kita dan Keadilan menyampaikan apa yang sebenarnya keadaan, tapi buatlah referendum dimana setiap rakyat Melayu dan Pribumi lain menentukannya, sama ada mereka2 ini masih perlu dengan keistimewaan2 tersebut.



Pemimpin2 politik dari UMNO, PKR, PAS tak layak nak mewakili majoriti Melayu kerana merek2 ini terbukti akan memberi gambaran yang akan menguntungkan diri peribadi mereka sendiri kerana terbukti dengan keadaan semasa yang menunjukkan kegagalan pemimpin ini.

Kaum elit dari kalangan pemimpin negara sekarang tidak layak menghapuskan peruntukan keistimewaan ini kerana mereka2 ini tidak tahu apa sebenarnya kemiskinan, apa sebenarnya kegagalan mendapat pelajaran diinstituisi pengajian tinggi dalam dan luar negara disebakan kemiskinan dan kemampuan keluarga mereka, apa sebenarnya berjuang ditepi jalan berniaga kecil kecilan bagi mendapat sesuap nasi buat biayai keluarga.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog