Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 16 September 2011

NANTI DULU!: ISA bukan dimansuh tapi diganti dengan dua undang-undang baru....

KEPUTUSAN kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) perlu disambut semua pihak dengan penuh tanggung jawab bagi memastikan survival isu keselamatan negara.

Hakikatnya, kenyataan itu disambut dalam pelbagai persepsi. Ada yang gembira dan tidak kurang pula yang bagaikan tak percaya dengan apa yang diumumkan itu. Malah ada yang menganggapnya ‘bohong’. Manakala puak yang tak pernah berpuas hati dengan kerajaan UMNO/BN, membuat komen negatif kerana tidak menyangka DS Najib sanggup hapuskan ISA.

Mereka yang berpendapat sedemikian mungkin menganggap ISA adalah senjata politik yang paling ampuh untuk melemah dan melumpuhkan musuh politik. Maknanya, jika puak mereka berkuasa, ISA akan diteruskan dan digunapakai sebagai alat membunuh lawan.

Kepada SM, pemansuhan yang dimaksudkan cuma pada namanya sahaja. Ianya akan diganti dengan dua undang-undang baru yang lebih telus dan tidak bersifat politiking. Apapun, keputusan itu memperlihatkan keyakinan DS Najib terhadap keupayaan masyarakat, termasuk anggota legislatif pembangkang, dalam melaksanakan proses transformasi secara menyeluruh.

Berdasarkan apa yang diucapkan, secara tidak langsung, badan eksekutif dah beri sebahagian kuasanya dalam soal keselamatan kepada badan kehakiman dan legislatif, termasuk kepada rakyat secara tidak langsung.

Justeru, sepatutnya mereka dalam sektor perundangan negara termasuk peguam-peguam di Majlis Peguam, perlu lebih berdisiplin dan harus menjadi neutral secara total, jangan lagi ada dolak-dalih dan berselindung di sebalik kegiatan politik. Dan komitmen juga harus diberikan oleh pihak pembangkang dalam menjayakan hasrat transformasi ini.

Sebagaimana dijelaskan Perdana Menteri, undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.

Oleh itu, selepas ini tidak timbul lagi sebarang polemik nakal yang mendakwa sebarang langkah keselamatan oleh kerajaan adalah bersifat politik.

Kepada pihak-pihak yang terus menerjah dengan pelbagai komen negatif sebaik sahaja ianya diumumkan DS Najib, perlu sedar dan ingat bahawa apa yang diumumkan itu adalah fasa pertama dari transformasi yang dimaksudkan. Masih ada banyak lagi perkara berkaitan yang belum dimuktamad dan diumumkan.

Apa bentuk undang-undang pengganti ISA masih belum diumumkan. Baik atau buruk dan bahaya atau tidak kepada negara masih belum diketahui.

Sebelum apa-apa... nantilah dulu.... Takkan DS Najib nak jahnamkan negara. Beliau bukannya tedesak dengan apa-apa salahlaku moral peribadi bertimpa-timpa macam si polan tu. Fokusnya tentulah kepada membangunkan negara yang telah dibangunkan pemimpin terdahulu disamping uaha mensejahteakan rakyat.

Sebagaimana kata Tun Dr. Mahathir: “Saya kenal Najib, tapi saya tak dapat baca isi hatinya....”

1 ulasan:

Kenn berkata...

Tidak, Najib tidak sesekali berniat untuk menjahanamkan negara. Beliau cuma perlukan undi di PRU nanti.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog