Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 17 September 2011

Tiga Rakyat Malaysia Antara Empat Yang Maut Angkara Bom Di Sungai Golok

SEORANG kanak-kanak antara tiga rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian tiga letupan bom di Sungai Golok, Selatan Thailand.

Mereka ialah Wong Heng Yep, 65, dan cucunya Wong Kai Sen, 3, serta Fong Too Keh, 45. Wong dan cucunya berasal dari Jalan Hamzah, Kota Baharu, Kelantan manakala Fong berasal dari Kuantan, Pahang.

Wong dan cucu itu difahamkan berada di Sungai Golok bersama keluarganya sejak petang semalam manakala Fong datang bersama abang dan rakannya.

Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, seorang lagi yang terbunuh dilaporkan sebagai seorang sukarelawan rakyat negara itu yang berusia 38 tahun.

Letupan pada Jumaat itu turut mencederakan kira-kira 60 orang lain termasuk 19 rakyat Malaysia manakala dua rakyat negara ini dilaporkan dalam keadaan parah dan dirawat di Hospital Yala.

Tiga letupan bom itu dilaporkan berlaku di kawasan yang sering dijadikan tempat hiburan di sekitar Jalan Charoen Khet, di bandar yang terkenal dengan industri hiburan itu.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rusdi Che Omar ketika ditemui pemberita Malaysia berkata letupan pertama berlaku pada 7.30 malam waktu Malaysia apabila sebuah motosikal meletup di hadapan Pusat Kebudayaan Persatuan Teochew yang menyebabkan ramai orang awam tercedera.

Katanya beberapa minit kemudian, sebutir bom yang diletakkan pada motosikal turut meletup di sebuah hotel berhampiran yang membunuh Fong dan lelaki rakyat Thailand itu ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Ketika suasana panik tercetus, satu lagi letupan yang kuat telah menggegarkan kawasan medan selera berhampiran yang mengorbankan Wong dan cucunya.

"Bom itu diletakkan dalam sebuah kenderaan yang turut merosakkan hotel berdekatan dan ramai yang cedera dan parah termasuk rakyat Malaysia," katanya.

Tinjauan mendapati kawasan berkenaan kini lengang dengan kawalan ketat pihak berkuasa, yang sedang menjalankan siasatan rapi.

Ketua Polis Sungai Golok Kolonel Chakaporn Thenthong berkata bagaimanapun yakin siri letupan bom itu dilakukan sindiket dadah yang berang dengan tindakan pihak berkuasa itu. "Setakat ini, kami melaporkan lebih 60 orang lagi cedera termasuk 19 rakyat Malaysia yang berkunjung ke Sungai Golok untuk makan dan berhibur.

"Dua anggota polis, empat tentera dan tiga anggota sukarelawan Thailand turut cedera dan kini dirawat di Hospital Sungai Golok," katanya.

Pihak berkuasa itu sedang berusaha mengesan suspek melalui rakaman litar tertutup yang mungkin terdapat di sekitar kawasan kejadian.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Semoga apa yang berlaku di pekan Sungai Golok ini diambil perhatian oleh rakyat Malaysia yang suka sangat berkunjung ke sana untuk berhibur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog