KANTOI! Mungkin itulah yang sesuai untuk dilabelkan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu. Perbualan telefon berunsur seks yang didakwa suaranya bersama Normah seperti yang tersiar di You Tube benar-benar telah memeningkan kepala atas tokoh bermulut celupar parti yang tidak diketahui apa perjuangannya itu.
‘Lupa dan tak ingat’ serta ‘tak kenal’ adalah jawapan biasa yang selalu digunapakai oleh manusia-manusia yang terkantoi dengan tuduhan dan dakwaan terhadap dirinya. Mengaku tak mahu!
Sebagaimana dengan isu mengangkat tokoh komunis sebagai pejuang seperti yang diluahkannya dalam satu ceramah di Pulau Pinang tiga minggu lalu, Mat Sabu juga pada peringkat awalnya memberi jawapan yang seangkatan dengan ‘tak kenal’, iaitu ‘lupa’ atau ‘tak ingat’.
Seorang manusia yang ego dan berasa dirinya sangat hebat adalah warisan sifat Azazil atau Iblis laknatullah. Iblis tidak mahu atau tidak sanggup memberi hormat kepada Adam walaupun ianya adalah arahan dan perintah Tuhan – Allah swt, kerana berasa dirinya jauh lebih hebat dan lebih mulia serta lebih mengetahui.
Begitulah dengan sikap Mat Sabu apabila diajukan soalan mengenai rakaman perbualan telefon berkenaan. Timbalan Presiden PAS itu mengakui tidak mengenali Normah Abdul Halim, iaitu individu yang didakwa sebagai wanita dalam perbualan telefon berunsur seks dengannya di laman YouTube.
Enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mat Sabu beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai rakaman telefon berkenaan.
"Saya tak tau dan saya tak pernah dengar...saya tak tau.
"Saya tak kenal (wanita berkenaan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, Rabu.
Tanpa menafikan mengenai kesahihan rakaman suara berkenaan, Mat Sabu juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah menonton atau mendengar klip berkenaan yang tersebar menerusi laman YouTube.
"Saya tak tau...video-video ini (berunsur lucah) saya tak tengok," katanya.
Ketika diasak pemberita.wartawan dengan soalan sama ada beliau akan terus berdiam diri tanpa menjawab mengenai tuduhan berkenaan, beliau berkata: "Saya memang tidak akan jawab."
Mohamad (Mat Sabu) dan Normah pernah hadapi tuduhan berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru Kelantan. Mat Sabu ketika itu adalah Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan.
Mat Sabu ditangkap dengan seorang suri rumah yang juga seorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru pada 31 Januari 1995. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau dan pasangannya, Norma tidak bertudung kepala.
Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.
Normah pada masa itu berstatus isteri orang.
Kepada juak-juak Pas dan para penyokong parti yang beralih daripada memperjuangkan Islam kepada berjuang menegakkan keperwiraan komunis, SM ingin tanya: “Aper komen komer terhadap kisah lama ini? Mat Sabu komer dah kantoi nampaknya....”.
- Sumber: mStarOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan