Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 17 September 2011

Dua hari lagi, perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful disambung.... Akan adakah lagi penangguhan atas usaha Karpal?

ISNIN ini, perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful sepatutnya disambung semula. Harapan majoriti rakyat negara ini, perbicaraan berkenaan diteruskan tanpa ada lagi penangguhan atas karenah peguam bela – Karpal Singh.

Perkembangan terbaru politik puak pembangkang tanah air menimbulkan suatu keadaan di mana terdapat segelintir penyokong setia Anwar Ibrahim merasakan Karpal yang juga pengerusi DAP itu seolah-olah mahu melambat-lambatkan perbicaraan bagi maksud meruntun turun Ketua Pembangkang daripada menjadi pemimpin utama Pakatan.

Kepada mereka, tindakan membosankan rakyat itu seolah-olah disengajakan. DAP yang dilihat menguasai kumpulan pakatan DAP-PAS-PKR seolah-olah telah menyingkirkan secara halus kepimpinan Anwar Ibrahim dan menggantikannya dengan Mat Sabu yang berjaya membuat kenyataan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Isu yang ditimbulkan Mat Sabu sejak hampir sebulan lalu itu masih panas dan ianya terus menenggelamkan populariti Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan. DAP dilihat lebih meyakini pemimpin Pas untuk dijadikan ‘rakan kongsi’ dan ‘kuda tonggangan’ dalam usaha merampas kepimpinan negara daripada Umno/BN melalui PRU-13.

PKR tidak diperlukan lagi kerana parti itu semakin hari semakin lemah. Sementara Pas yang menggalas tugas pembangkang Melayu dilihat lebih kedepan dan jauh lebih berwibawa. Perhimpunan haram Bersih 2.0 membuktikan bahawa, tanpa Pas ianya tidak akan berjaya.

Justeru, sejak Bersih 2.0, DAP sedar bahawa PKR sudah tidak mampu lagi berperanan mengepalai gerakan pembangkang di Malaysia. DAP sebagai penguasa mutlak Pakatan nampak keadaan ini dan terus meletakkan Pas lebih ‘boleh diharap’.

Setelah pemimpin Pas berjaya ditarbiah oleh Lim Kit Siang dua beranak untuk membubarkan perjuangan Islam, DAP dilihat lebih senang berkongsi kuasa dengan Pas dalam menjadikan parti itu alat mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap DAP.

Pada masa sama, tindakan melambat-lambatkan perbicaraan kes berkenaan juga dilihat sebagai memperlekeh mahkamah dan sistem kehakiman Malaysia.

Kenyataan Ketua Puteri Umno ini menjurus kepada muslihat DAP melalui peranan Pengerusi parti itu yang menjadi Ketua pasukan pembela Anwar Ibrahim di mahkamah.


Jangan tangguh lagi kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Peguam Negara didesak untuk bersikap tegas dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyaksikan penangguhan demi penangguhan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana perbicaraan melibatkan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, sudah 55 kali ditangguhkan.

Jelasnya, apa yang membimbangkan, kelicikan pasukan peguam bela Anwar memohon ‘siri’ penangguhan telah mengakibatkan kelewatan dalam pelaksanaan prinsip keadilan itu sendiri.

“Sehubungan itu, Puteri UMNO mahu melihat Peguam Negara menghalang sebarang campur tangan terutamanya oleh parti politik termasuk DAP dalam perbicaraan tuduhan kes liwat Anwar.

“Peguam Negara juga tidak boleh membiarkan mana-mana pihak berjaya menimbulkan persepsi yang buruk akibat sikap berdiam diri sehingga menyaksikan barisan peguam Anwar yang juga pemimpin parti politik pembangkang mengambil sikap keterlaluan.

“Pakatan pembangkang juga perlu menghormati badan kehakiman dengan menyegerakan kes liwat Anwar. Tindakan mereka melengah-lengahkan kes tersebut sama seperti mempermainkan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar di peringkat bela diri bersambung pada 19 September ini.

Rosnah berkata, Karpal Singh juga dilihat bukan lagi menjadi peguam bela bagi kes Anwar sebaliknya berperanan sebagai ‘peguam tunda’ dan bukannya mencari keadilan.

“Pada 1997, Karpal Singh pernah menyatakan di Parlimen bahawa beliau ada bukti kukuh mengenai kegiatan liwat Anwar. Seorang seperti Karpal yang ‘boleh menuduh hari ini dan membela orang yang sama esoknya’ jelas menjejaskan reputasi beliau sebagai peguam,” katanya.
- UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog