Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 13 September 2011

Apa jadi rakyat Mesir dengan ‘kisah tunjuk perasaannya?’ Bila pulak Anwar dan Ambiga nak buat macam itu di Malaysia?

Penunjuk perasaan di luar kedutaan Israel meruntuhkan tembok
yang mengelilingi bangunan....
NEGARA Mesir yang kononnya telah berjaya merubah kerajaan melalui gerakan ‘bantahan rakyat’ masih tak mampu jadi baik atau lebih baik daripada apa yang ada sebelumnya. Malah keadaannya kini semakin teruk. Tunjuk perasaan masih berlaku. Ianya bagaikan satu pesta untuk rakyat. Mungkinkah mereka tak puas dengan tunjuk perasaan menggulingkan Mubarak dahulu itu? Mereka mahu terus mengadakannya sebagai satu aktiviti baru rakyat?

Yang peliknya, tunjuk perasaan kali ini dilakukan kerana membantah negara Israel yang kononnya membunuh anggota polis Mesir. Lalu mereka menunjuk perasaan di depan kedutaan Israel di Mesir. Tak cukup dengan itu, mereka membakar balai polis dan menyerang anggota polis yang mengawal keadaan.

Sekarang keadaan semkin teruk hinggakan ada yang terbunuh dan ramai yang cedera. Yang dimarahi negara Israel, tapi yang dijahanamkan negara sendiri. Apa punya bangangnya mereka... Kenapa jadi macam tu?

Itulah akibatnya apabila rakyat diajak menunjuk perasaan atau merusuh secara beramai-ramai. Sifat murni kemanusiaan telah bertukar jadi binatang apabila perasaan rakyat dimainkan sewenang-wenangnya.

Kepada anak buah dan penyokong Anwar Ibrahim serta Ambiga yang jadi tauke Bersih 2.0, SM ingin bertanya apakah kekecohan yang berlaku di Mesir seperti itulah yang mahu mereka import ke negara ini? Sekarang apa dah jadi? Mubarak dah jatuh, tapi negara tetap tak aman dan rakyat bertambah sengsara. Lebih teruk dari dahulu.

Kepada yang sontot akalnya, fikir-fikirkanlah apa yang sedang melanda rakyat Mesir sekarang. Jangan kerajaan Malaysia terpaksa keluarkan jutaan ringgit lagi untuk membawa pulang pelajar di sana, sudahlahhhh....

Yang ini pulak apa macam? Nak ikut contoh rakayat Mesir yang menjahanamkan negara sendiri kerana marahkan Israel?

Tentera Mesir ketat darurat

DUBAI 12 Sept. - Majlis Pemerintah Tentera Mesir memperketatkan undang-undang darurat dengan menyenaraikan aktiviti seperti menyekat jalan, menyiarkan maklumat palsu dan memiliki senjata sebagai kesalahan di bawah undang-undang itu.

Menteri Dalam Negeri, Mansour el-Essawy ketika mengumumkan langkah itu di televisyen kerajaan, semalam juga memberi amaran, polis akan menembak sesiapa yang menyerang bangunan Kementerian Dalam Negeri atau balai polis.

Langkah itu diambil, selepas penunjuk perasaan menyerang Kedutaan Israel dan sebuah balai polis pada minggu lalu dan membawa kepada pertempuran dengan polis pencegah rusuhan mengakibatkan tiga orang maut dan lebih 1,000 lagi cedera.

Menurut agensi berita kerajaan, undang-undang darurat yang berkuat kuasa sejak bekas Presiden Hosni Mubarak mengambil alih kuasa pada 1981, akan digunakan untuk memerangi 'ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam di negara ini, serta pemilikan dan perdagangan senjata api dan peluru, dan pengedaran dadah'.

Undang-undang itu juga akan digunakan untuk membanteras 'kegiatan samseng, sekatan terhadap kebebasan bekerja, tindakan mensabotaj kilang dan menahan pengangkutan, menyekat jalan dan sengaja menyiarkan khabar angin, berita atau maklumat palsu'.

Kerajaan, kelmarin mengumumkan akan melanjutkan tempoh undang-undang darurat, yang diperbaharui bagi tempoh enam bulan pada April lalu.

Undang-undang itu memberi kuasa meluas kepada pihak berkuasa untuk menahan suspek dan memindahkan kes ke mahkamah tentera dan mahkamah khas yang lain.
- Reuters/UtusanOnline


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog