Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Macam-macam hal - Pakatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam hal - Pakatan. Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2011

Pembangkang dicabar pecat kakitangan awam di negeri yang mereka kuasai - Shahrir

KERAJAAN pakatan pembangkang dicabar supaya memberhentikan terlebih dahulu separuh daripada kakitangan awam di negeri yang dikuasai mereka tanpa menunggu kerajaan sedia ada bertukar.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, beliau sendiri tidak sabar untuk melihat pakatan pembangkang melaksanakan rancangan itu dan melihat apa yang akan terjadi selepas itu.

"Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah suatu langkah baik, laksanakan dahulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

"Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi.

"Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini," katanya ketika dipetik dalam http://umno-online.com. hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Shahrir berkata, motif pakatan pembangkang itu hanyalah mahu menaikkan sentimen rasis dan bukannya berasaskan ekonomi kerana sekiranya mereka benar-benar mahu lakukan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka.

Ujarnya, apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kerana kononnya kerajaan yang ada sekarang besar. Begitu juga dengan Barisan Nasional (BN) dikatakan kerajaan Melayu.

"Apa yang saya dapat lihat kenyataan itu hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ataupun kakitangan kerajaan sendiri.

''Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan setuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju," ujar beliau.

Shahrir dalam pada itu menambah, beliau yakin sekiranya langkah memberhentikan kakitangan kerajaan itu dilaksanakan, ia akan mendedahkan negara kepada masalah lain dan menyebabkan huru-hara serta menyusahkan rakyat.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Begitulah caranya DAP mengekalkan sokongan kaum Cina terhadap parti itu. Mereka memainkan isu untuk meraeh sentimen kaum Cina yang memang selama ini tidak senang dengan orang Melayu.
Berdasarkan hakikat itulah peramal politik tanah air meramalkan DAP akan terus mengekalkan kerusi yang mereka menangi pada PRU-13 nanti.
Yang tak sedar dan lupa diri kerana dendam dan dengki sesama kaum ialah orang Melayu.
Punyalah busuk hatinya kaum Melayu yang berada di pihak pembangkang hinggakan sanggup menyerahkan kepimpinan negara ini kepada kaum imigran Cina daripada terus dipegang oleh kaumnya sendiri.
Melayu mudah lupa....

Isnin, 10 Oktober 2011

KESIAN! Masih ada yang tidak dapat habuan daripada Bajet 2012.... Tahniah Pembangkang?

BAJET 2012 yang dibentangkan DS Najib pada Jumaat lalu diketahui umum faedahnya merangkumi semua peringkat rakyat. Tak ada golongan yang tidak mendapat nikmat daripadanya. Semua dapat.

Bagaimanapun, setelah dibuat pembetulan setelah tidak menepati syarat, ada golongan yang tidak berpeluang menerima habuan.

Mereka yang dimaksudkan ialah 222 orang Ahli Parlimen. Sebabnya kerana ada bantahan daripada Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Salahudin Ayub dan Lim Guan Eng.

Sebagaimana disyaratkan DS Najib, kenaikan elaun MP akan dipertimbang untuk dinaikkan sekiranya semua MP bersetuju.

Justeru, bila ada bantahan, maka tak dapatlah mereka dinaikkan elaun.

Tak apalah, tak ramai pun, cuma 222 orang sahaja.

Kepada SM, perangkap DS Najib mengena. Pembangkang terkedu dan terpaksa bertindak membantah.... Baguslah. Semoga tidaklah ramai sangat yang berangan-angan nak jadi wakil rakyat.

Berita mengenainya seperti berikut:

Kerajaan Tarik Balik Cadangan Naikkan Elaun Anggota Parlimen - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun anggota parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak anggota parlimen lain daripada parti masing-masing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Anwar merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), sementara Azmin pula Timbalan Presiden PKR, manakala Lim adalah Setiausaha Agung DAP dan Salahuddin Naib Presiden PAS.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kerajaan akan menaikkan elaun anggota parlimen dengan peruntukan kira-kira RM30 juta, jika cadangan itu mendapat sokongan semua anggota parlimen termasuk pembangkang dan wakil bebas.

Mohamed Nazri berkata pembatalan kajian semula elaun itu turut melibatkan kenaikan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.

"Cadangan ini bukan hendak mengayakan wakil rakyat kerana kita tahu gaji mereka digunakan untuk rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing. Wakil rakyat 'junior' juga hadapi masalah jalankan kerja mereka dengan gaji sekarang," katanya.

Beliau berkata gaji anggota parlimen di Malaysia ialah RM6,500 sebulan, iaitu paling rendah berbanding rakan sejawatan di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Bagaimanapun katanya, pembangkang membantah cadangan itu sebelum kerajaan sempat menjelaskan perincian kenaikan berkenaan.

Mohamed Nazri berkata cadangan mengkaji elaun Anggota Parlimen itu akan dikemukakan pada Belanjawan 2013 jika terdapat sokongan daripada mereka.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata pembangkang membantah cadangan kenaikan elaun tersebut kerana tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat pada masa sekarang.

Beliau berkata adalah tidak wajar mengusulkan kenaikan itu pada ketika rakyat menghadapi kenaikan harga barang, tiada pelaksanaan gaji minimum RM1,100 dan pelbagai faktor yang menekan rakyat daripada segi ekonomi.

"Saya tidak katakan elaun anggota parlimen terlalu tinggi, tetapi kita perlu fikirkan perkara lain dahulu untuk rakyat seperti pendapatan rakyat dan harga barang ini," katanya.
--
BernamaOnline

Khamis, 29 September 2011

HUDUD: Melayu haprak dalam Pakatan tak boleh buat apa.... DAP menang... Nik Aziz kecundang dan lari lintang pukang...

Nanti duluuuuu! Ambo dok cari moda baghu pulok... Moda hudud ni dah tak laku...
AL-SYEIKH Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Pakatan Haramjadah di Kuala Lumpur pada Rabu memaklumkan bahawa ‘Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang’ TIDAK AKAN melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Satu keputusan yang telah diramal oleh majoriti rakyat yang faham dan tahu setakat mana kemampuan Melayu-Melayu haprak yang jadi pemimpin dalam pakatan haramjadah itu.

Alasan mudah dan kantoi yang diberikan Ketua Pembangkang itu ialah pihak pembangkang menghormati pendirian PAS tetapi, pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

"Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Kenyataan ‘dua alam’ itu menegaskan bahawa pakatan haramjadah menghormati pendirian Pas seperti yang dilagukan semula oleh Nik Aziz. Tetapi dalam masa sama pakatan yang tak sepakat itu juga menerima bantahan puak DAP kerana terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan.

Depan boleh guna, belakang pun boleh pakai.... 

Maknanya, DAP menang dalam perbicaraan yang dihakimkan oleh Anwar Ibrahim itu. Nik Aziz sebagaimana diramal sebelumnya kecundang dan terkantoi untuk kali yang entah ke berapa. Kantoi... kantoi dan kantoi untuk selama-lamanya selagi parti itu bersekongkol dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya, Pas bersendirian tanpa sokongan DAP dan PKR. Mana ada jalan kalau dua lawan satu. Sampai arwah pun Nik Aziz dan Hadi tak akan mampu berbuat apa. Manakala Anwar yang mewakili parti pelbagai kaum miliknya sudah tentu tidak mampu menentang kehendak dasar majmuk parti ciptaannya itu.

Sebagaimana dilaporkan Bernama mereka yang hadir pada mesyuarat itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lim Guan Eng dan Nik Aziz tak nampak bayang.

Peliknya, Nik Aziz selaku orang penting yang mahu melaksanakan hukum hudud itu tak ada. Tak tahulah sama ada beliau tak berani datang atau memang tak mahu datang kerana sudah tahu apa keputusan yang bakal dipersetujui dengan suara majoriti pada mesyuarat yang entah apa-apa itu.

Apa yang diputuskan itu menggambarkan betapa pemimpin kaum Melayu/Islam yang ada dalam pakatan haramjadah itu tak mampu berbuat apa ketika berdepan dengan kaum imigran yang mendominasi dasar perjuangan pakatan haramjadah berkenaan. 

Walaupun diberitakan Nasrudin Tantawi selaku Ketua Pemuda Pas pada satu ketika menghentak tangan ke meja kerana bertekak dengan Anwar Ibrahim, ianya hanya panas seketika. Panas dalam mesyuarat. Di luar mesyuarat sejuk dan kantoi se kantoi-kantoinya.

Kononnya, ketika Nasrudin bertekak dengan Anwar mengenai pelaksanaan hudud seperti yang dinyanyikan semuala Nik Aziz itu, Hadi Awang tak boleh kata apa. Hanya diam dan menganggunk-anggukkan kepala. Entah apa yang dianggukkannya entahlah...


Begitulah nasib pemimpin Melayu/Islam Pas dalam pakatan haramjadah yang didominasi oleh Cina DAP.

Sampai dunia kiamat pun mereka tetap akan kalah atau tunduk dengan kehendak puak kaum imigran yang memperalatkan orang Melayu untuk merampas kekuasaan negara ini melalui PRU-13 nanti.

Inikah barisan kepimpinan negara bernama Malaysia yang sangat diinginkan oleh orang Melayu di tanah airnya sendiri?

Kalau ikutkan cakap Nik Aziz bukan main garang dan tegas lagi. ‘Hudud mesti dilaksanakan. Ianya hukum Allah, bukannya hukum manusia... bla... bla... blaa...’

Akhirnya, sebagaimana yang diramalkan, apa yang dikatakan Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas itu tak kemana pun... Sendiri dok telan kata-kata sendiri.

Hasrat Pas untuk menjadikan hukum hudud sebagai modal politik murahan pada PRU akan datang tak menjadi. Belum pun mampu dilaksanakan dah tewas. Bukan tewas kerana musuh politik tetapi, kecundang kerana tidak dipersetujui rakan sepakatan sendiri.

Ambik kau! Berkawan dan bersekongkol lagi dengan puak chauvanis kaum imigran yang anti Melayu dan anti Islam itu.

Pi mai pi mai, tang tu...

Rabu, 3 Ogos 2011

DAP akan kuburkan PKR tapi PAS masih mampu talkinkan sahabatnya....

APABILA Singapura diandaikan sebagai Israel di Nusantara, maka anak kandung parti Lee Kuan Yew - DAP, adalah Israel atau Yahudi/Zionis dalam politik di Malaysia. Tidak siapa boleh menafikan bahawa tindak-tanduk DAP sama seperti Yahudi di Asia Barat, malah di dunia seluruhnya. Mereka mahu menguasai politik dan ekonomi. Mereka mahu merampas hak sesiapa sahaja yang lemah dan berjaya dilemahkan.

Tapi yang menjadikan kesialan ialah puak Melayu sesat tak faham sejarah, yang sanggup bersekongkol dengan DAP walaupun mereka tahu DAP itu anak kepada PAP, iaitu parti Lee Kuan Yew yang begitu berkuasa di negara pulau seberang tambak.

Sebagaimana diberitakan di Utusan Malaysia, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan 'tenggelam' dengan tindakan DAP untuk bertanding di kerusi yang majoriti pengundinya ialah Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa sama, mereka harus sedar bahawa kepentingan tiga gabungan parti itu sebenarnya diambil alih oleh DAP.

''Saya fikir, DAP harus disedarkan oleh Pas dan PKR yang mewakili kawasan Melayu bahawa DAP telah melangkaui batas-batas yang sepatutnya menjadi kawasan tanggungjawab kepada kedua parti itu.

''Justeru, saya minta Pas dan PKR sedar akan permainan yang sedang dibawa DAP ini," katanya.

Soalnya mampukah pemimpin PKR dan PAS menyuarakan seperti yang disuarakan oleh Ahmad Zahid itu walaupun mereka ada kesedaran? Anwar tersangat bergantung kepada DAP untuk sokongan kaum Cina, sementara dengan PAS ia mengharapkan sokongan kaum Melayu.

Puak inilah yang menjamin DAP berkuasa....
Bagaimanapun, PAS telah berjaya dikembiri politiknya oleh DAP melalui pujuk rayu Anwar yang menggunakan kuasa wangnya yang berbilion itu.

Kepada Anwar, kalau DAP menarik diri daripada pakatan, maka akan berkecailah harapannya untuk jadi PM seperti yang diangaukannya sejak tersingkir dari UMNO dan Kabinet di zaman Tun Dr. Matahir setelah belasan tahun ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ itu di kelentongnya.

Begitu juga dengan PAS. Kalau DAP cabut harapan wakil parti itu untuk jadi menteri dan timbalan perdana menteri akan hancur berkecai bagaikan kaca jatuh ke batu. Begitu juga dengan dendam kesumat PAS terhadap kaum sebangsanya UMNO yang mahu dilanyak sehancur-hancurnya melalui PRU-13 tidak akan berjaya.

Sama ada PAS atau PKR, kedua-duanya sangat bergantung harap kepada sokongan Cina DAP. Tanpa DAP apa yang pemimpin mereka impikan akan kantoi. Maka dengan sendirinya DAP, khasnya Lim dua beranak jadi ‘besar kepala’ dan mampu menuntut apa sahaja daripada PAS dan PKR/Anwar bagi menguat dan memantapkan strategi lama Lee Kuan Yew yang mahu menguasai Malaysia.

Pada PRU-13, DAP sudah tentu akan menggertak dengan meletakkan syarat sekiranya penyokong PAS dan PKR tidak menyokong calaon DAP, parti itu akan keluar pakatan. Maka calon DAP mungkin akan bertambah sementara calon PKR dan PAS belum tentu.

Ketika itu DAP mungkin akan bertambah kerusi yang dimenanginya kerana tambahan sokongan kaum Melayu PAS dan PKR, sementara sokongan Melayu terhadap PKR dan PAS akan merosot teruk.

Inilah contoh lebai bangang yang tak guna otak....
Pada ketika itulah PKR akan dikuburkan. PAS mungkin masih mampu membacakan talkin untuk sahabatnya itu kerana sokongan terhadap PAS dari negeri pantai timur masih belum berupaya digugat. Melayu di sana masih tak faham bayakl hal kerana mereka berada di dalam kepompong kaum mereka tanpa melihat jauh keluar.

DAP tetap yakin di kawasan-kawasan yang telah mereka menangi pada PRU 2008 akan berjaya dikekalkan melalui sokongan padu kaum Cina. Walaupun DS Najib melambakkan berbilion ringgit untuk menarik hati kaum Cina, SM yakin undi mereka tetap akan diberikan kepada DAP.

Sebabnya? Kerana DAP secara senyap telah menjanjikan kepada kaum Cina di negara ini bahawa jika mereka berjaya, negara ini akan bertukar menjadi seperti Singapura. Ketika itu hak istimewa orang Melayu dan Institusi Raja Melayu yang sangat tidak disenangi kaum itu akan terhapus secara perlahan-lahan.

Inilah modal kempen senyap DAP kepada kaum Cina yang sangat menyanjung tinggi Lee Kuan Yew dan Singapura yang telah secara tidak langsung berjaya dijadikan ‘Mini China’ atau ‘Mini Hong Kong’ atau ‘Mini Taiwan’ di Nusantara.

Fikir-fikirkanlah.... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis....
Wallahhualam....

Rabu, 27 Julai 2011

Buat Kecoh Di Majlis PM: Sasaran terbaru ‘pakatan haramjadah’....


DENDAM dan kemarahan yang amat sangat Anwar Ibrahim serta pakatan haramjadahnya terhadap Perdana Menteri. DS Najib kerana kalah teruk dalam usaha menghuru-harakan negara melalui perhimpunan haram Bersih 2.0 masih membara. Apinya belum padam. Mungkin Anwar tak boleh tidur mengenangkan nasib malangnya yang sering gagal dan kantoi sejak kebelakangan ini.

Memang Anwar Ibrahim telah mengalami nasib yang sangat malang kerana gagal dalam apa jua yang dirancangnya untuk memantapkan l;angkah ke Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Yang jelas, sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalih teraju kepimpinan UMNO/BN dan negara Malaysia, Anwar Ibrahim semakin kantoi. Lepas satu satu usahanya terkantoi dan memakan diri, sedangkan kes liwat II di mahkamah masih belum mampu dibuktikan ianya satu konspirasi UMNO/BN.

Mengenagkan semua itulah Anwar Ibrahim melalui juak-juaknya dan para pemuda Melayu yang mudah menerima upah untuk melakukan kekacauan semakin menjadi-jadi selepas Bersih 2.0 gagal segagal-gagalnya.

Terbaru, hari ini Rabu 27 Julai, sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR membuat kecoh di KL Sentral pada satu majlis bersama DS Najib. Antara mereka adalah Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki tren Express Rail Link, daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Mereka yang hadir berbaju kuning cuba menyerahkan memorandum kepada PM  tetapi mujurlah mereka telah ditahan oleh polis.   

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azin Mat Rasip; Exco AMK Pusat, Zaki Yamani; Zulfikar Ali Ariffin; Manivannan Gowindasamy.

Nampaknya kekasaran cuba dicetuskan oleh juak-juak pakatan haramjadah terhadap PM DS Najib telah bermula sebagai satu lagi strategi baru Anwar Ibrahim memuaskan dendamnya.

Selagi Anwar Ibrahim tidak disumbatkan ke dalam penjara kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan, selagi itulah Anwar akan melakukan pelbagai onar terhadap negara, bangsa dan kini Perdana Menteri.

Anwar... Anwar.... Kecik-kecik tak nak mampoosss... Dah besar menyusahkan orang....

Jumaat, 22 Julai 2011

Tuduhan Palsu Mat Sabu: Polis nak ambil tindakan tapi Mat Sabu yang nak saman polis....

PENDEDAHAN pihak polis mengenai pembohongan dan penipuan Mat Sabu yang mendakwa dirinya dilanggar Land Rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu menerima tindak balas daripada Timbalan Presiden Pas itu apabila beliau berhasrat menyaman polis kerana pendedahan itu.

Mat Sabu mahu mengemukakan saman terhadap Polis Diraja Malaysia kerana mendakwanya membuat tuduhan palsu dilanggar oleh kenderaan polis.

Beliau juga menuntut pihak polis memohon maaf atas dakwaan berkenaan. “Jika mereka masih mahu meneruskan penipuan ini... Saya tidak teragak-agak untuk saman pihak polis.

“Setelah mendapatkan nasihat daripada peguam saya, Hanipa Maidin. Saya lihat ini adalah keputusan terbaik.

"Dia (Hanipa) akan hantar notis kepada mereka (polis)," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Macam mana niii? Polis kata Mat Sabu menipu, sementara Mat Sabu pula kata polis yang menipu? Ini sudah jadi satu cerita beru yang sangat menarik.

Selain daripada memohon maaf secara terbuka, Mat Sabu juga mahu polis menarik balik kenyataan yang mendakwa dia membuat tuduhan palsu polis telah melanggar motosikal yang dinaikinya pada 9 Julai lalu itu.

Pada Khamis, polis memaparkan rakaman video yang menunjukkan pasukan keselamatan itu tidak melakukan sebarang kekerasan ketika meleraikan perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid berkata adalah tidak benar apabila Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kenderaan polis telah melanggar motosikal yang dinaiki pemimpin PAS itu.

Sebaliknya daripada rakaman video yang dipaparkan itu menunjukkan motosikal yang dibonceng oleh Mat Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U motosikal itu terkena 'fender' Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

Justeru, Salleh berkata pihak polis juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu.

Cerdik juga Mat Sabu ni main putar belit. Setelah juak-juak yang menyokongnya terkedu dengan paparan video dan penjelasan pihak polis, Mat Sabu mendahului tindakan polis dengan pengumuman akan menyaman polis jika pihak polis tidak meminta maaf kepadanya.

Ini sudah jadi dua kali tipu. Pertama tipu kata dilanggar Land Rover polis. Kedua tipu sekali lagi dengan tuduhan polis menipu demi menutup penipuan pertama.

Jangan ada yang panggil Mat Sabu sebagai Mat Tipu, sudahlahhhh!

Sama-sama kita nantikan apa pula ulasan pihak berkuasa polis dengan berita ini....

Selasa, 14 Jun 2011

Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP. Sahlah Hasan diterajang kerana DAP....

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menganggap pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini.

Menurutnya, ini memandangkan Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu dikatakan tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.

''Bukan kita (DAP) tidak suka (Hasan), tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan Pas negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor.

''Hasan juga dilihat berbeza daripada pimpinan Pas negeri yang lain kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO dan dikatakan menyokong kerajaan perpaduan sebelum ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya juga yakin bahawa perubahan dalam jawatan Exco kerajaan negeri akan berlaku ekoran pelantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan.

''Difahamkan bahawa Hasan tidak begitu memainkan peranan dalam usaha sedemikian kerana tidak aktif turun padang di peringkat akar umbi selaku Pesuruhjaya Pas negeri dan Exco kerajaan negeri.

''Bagaimanapun, perubahan itu sebenarnya terpulang kepada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdasarkan perbincangan di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerima baik pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru sebagaimana diumumkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Katanya, perubahan kepimpinan Pas negeri dilihat bagi membolehkan semua pemimpin Pas Selangor termasuk Hasan selaku Exco kerajaan negeri memberikan tumpuan penuh kepada usaha mengukuhkan parti pembangkang di Selangor.

''Soal jawatan Exco yang disandang Hasan sama ada berubah atau kekal tidak timbul kerana tumpuan yang sebenar ialah untuk mengukuhkan parti. Tidak ada perbincangan pun mengenai perkara itu," katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam Pas Selangor selepas ini, beliau berkata, ia terpulang kepada Pesuruhjaya Pas negeri yang baru.

Sementara itu, Hasan gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasan mengenai pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.
- Utusan

SATU MELAYU:
Maka sahlah Pas kini benar-benar dikuasai oleh DAP. Bila DAP tak suka seseorang pemimpin dalam Pas, dia akan dipecat secara halus sebagaimana yang diterima oleh Datuk Hasan Ali.

Kalau perjuangan Islam pun boleh Pas ketepikan kerana DAP, apakan pulak mengenepikan pemimpin seperti Hasan?

Itulah kebajikan yang akan dilaksana dan diperjuangkan oleh Pas. Kebajikan untuk menjamin chauvanis Cina DAP menguasai politik dan ekonomi Malaysia.

Isnin, 6 Jun 2011

Hadi fikir dia akan ganti Anwar jadi PM Pakatan - Nazri

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim dan bakal Perdana Menteri.

Nazri berkata, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

"Jika Hadi fikir mereka boleh tawan Putrajaya, maka dia (fikir) akan jadi PM kerana Anwar sekarang dalam masalah," kata Nazri, merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat dan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sabtu lalu, ramai calon bukan ulama menang dalam pemilihan parti itu. Selepas 20 tahun, perwakilan juga memilih calon bukan ulama, Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.

Selain ketiga-tiga Naib Presidennya terdiri daripada golongan bukan ulama, sekurang-kurangnya 10 daripada anggota jawatankuasa pusatnya juga daripada kumpulan sama.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS menunjukkan kesedaran bahawa mereka tidak mampu mengambil alih tampuk kekuasaan tanpa sokongan bukan Melayu.

Sementara itu, mengulas ucapan dasar Hadi dalam muktamar PAS yang menyebut parti itu kini memfokuskan kepada agenda negara kebajikan berbanding negara Islam, Nazri berkata, ia tidak banyak berbeza dengan yang dijuarai Umno sekarang.

"Saya rasa Hadi rasa beliau boleh menjadi PM, walaupun saya sendiri rasa beliau tidak mampu untuk itu. Beliau cuba meyakinkan DAP bahawa harimau bintang sudah menukar tompoknya," katanya.


Ahad, 22 Mei 2011

Pertahankan Anwar : DAP Raih Laba, Pas Serba Salah... Teraba-raba dijalan buntu

Barisan penyokong setia Anwar Ibrahim yang sangat mengharapkan 'si jembalang' itu jadi Perdana Menteri demi survival politik chauvanis Cina yang anti-Melayu dan anti-Islam.
DAP akan terus mempertahankan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang kerana mereka mengganggap hanya Anwar sahaja yang mampu untuk merealisasikan cita-cita parti itu melalui pakatan pembangkang.

Pensyarah Pengajian Sastera, Politik dan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata DAP terpaksa mempertahankannya kerana Anwar adalah aset utama parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“DAP akan terus mempertahankan Anwar dalam apa keadaan sekalipun, strategi menggunakan Anwar ketika kempen pilihan raya Sarawak baru-baru ini berjaya meningkatkan jumlah kerusi mereka DUN Sarawak.

Harapan DAP untuk berkuasa hanya melalui Anwar....
“Berikutan itu, DAP tetap akan memastikan Anwar menjadi Ketua Pembangkang terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, mereka (DAP) berkeyakinan dengan adanya Anwar, mereka akan dapat meningkatkan jumlah kerusi di kawasan pengundi Cina,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang terus mempertahankan Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun diperintah oleh mahkamah untuk membela diri berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Dr Samsul berkata, walaupun DAP mempunyai jumlah kerusi melebihi PKR dan Pas di parlimen, namun DAP sanggup memberi laluan kepada Anwar untuk memastikan sokongan pengundi Cina dan kaum lain berterusan.

“DAP menganggap, walaupun Anwar mempunyai masalah moral, namun itu tidak menjejaskan mereka, yang penting kehadiran Anwar mampu memecah belahkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional terutama parti yang mewakili kaum Cina,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu kerana khuatir sebarang kenyataan yang dibuat sama ada berpihak kepada Anwar atau sebaliknya akan memberi kesan kepada parti itu.

“Pas kini berada dalam keadaan sukar, kalau berpihak kepada Anwar. ia akan memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada mereka, jika sebaliknya ia boleh menimbulkan masalah antara parti itu dengan DAP dan PKR dalam pakatan rakyat,” katanya.

Dr Samsul berkata, semua parti dalam pakatan pembangkang amat memerlukan Anwar kerana hanya dengan kehadiran Anwar pakatan pembangkang berkeyakinan mereka mempunyai peluang pada pilihan raya akan datang.
- MediaUMNO

SATU MELAYU:
Ada tanda-tanda pemimpin dan penyokong Pas mula menjauhkan diri daripada PKR dan Anwar Ibrahim kerana menyedari sebahagian besar ahli-ahli parti jenama Islam itu yakin bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam salahlaku seks yang memalukan mereka.

Hakikat ini terserlah apabila pemimpin dan penyokong Pas tidak turut serta dalam solat tolak bala yang dianjurkan PKR baru-baru ini.

Keadaan sama juga berlaku apabila para penyokong Pas tidak mahu menyertai tunjuk perasaan membantah akhabr Utusan oleh AMK yang dijadualkan semalam. Akibat tiadanya sokongan puak Pas, AMK gagal mengadakan bantahan berkenaan.

Isnin, 9 Mei 2011

Phobia Dengan Utusan: Pemimpin Pakatan ‘pendek akal’....

PARA pemimpin pembangkang dari DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas disifatkan ‘pendek akal’ dan fobia dengan laporan Utusan Malaysia apabila bertindak 'menghentam' akhbar itu secara berterusan sejak sekian lama.

Terbaru, para pemimpin dari ketiga-tiga parti tersebut dilihat menyalahkan akhbar itu dengan sewenang-wenang ekoran laporan yang mempersoalkan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu untuk menukarkan Kristian sebagai agama Persekutuan bagi menggantikan Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
 Menurut portal berita Selangordaily, tindakan pemimpin seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu menunjukkan mereka fobia terhadap akhbar berkenaan serta 'pendek akal'.

"Bagi mereka (pemimpin pembangkang), Utusan Malaysia adalah penghalang besar untuk mereka mencapai kuasa dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Apa sahaja isu yang timbul tidak kira daripada mana puncanya, maka mereka akan putar belit untuk menyalahkan Utusan. Pada mereka Utusan harus dihentam habis-habisan sekarang kerana tidak mahu ia menjadi penghalang kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum akan datang," kata laporan itu.

Portal tersebut menjelaskan, berita Utusan Malaysia mengenai isu itu hanyalah bersifat persoalan yang memetik laporan daripada dua blog iaitu 'BigDog' dan 'Marahku' mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, Utusan Malaysia juga bersikap adil dengan menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mengenai perkara tersebut pada peringkat awal berita itu.

"Sepatutnya Utusan Malaysia dipuji kerana bertindak adil melaporkan berita dari kedua-dua belah pihak.

"Jika benar Utusan hendak menimbulkan perasaan benci orang Islam kepada orang Kristian atau hendak meniupkan sentimen keagamaan, mereka tidak perlu menyiarkan apa yang dikatakan oleh Jeff Ooi dan tidak perlu untuk meletakkan tanda soal pada tajuk itu," kata portal tersebut.

Untuk rekod, tajuk berita yang disiarkan muka depan akhbar ini semalam ialah "Kristian agama rasmi?"
- Utusan

SATU MELAYU:
Paparan inipun menakutkan mereka....
Orang yang sedang dalam ketakutan yang amat sangat sering menyangkakan bayang-bayangnya sendiri sebagai hantu yang mahu mengacaunya.

Kisah ‘menyangak’ DAP di Selangor dan isu bertimpa pemimpin utama PKR yang semakin memudarkan carta sokongan rakyat terhadap pembangkang membuatkan mereka berada dalam keadaan takut yang amat sangat.

Kalau ikutkan sejarah, peranan Utusan memanglah sangat ditakuti oleh mana-mana puak pembangkang atau kumpulan yang mahu merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Begitu di zaman penjajah British dan begitu jugalah ketika Lee Kuan Yew mahu menguasai negara ini ketika Singapura berada dalam Malaysia dulu.

Laporan dan berita dalam Utusan bagaikan hantu dan jembalang buat mereka.

Apa nak diharapkan kecerdikan akal mereka apabila mereka berada dalam keadaan takut yang amat sangat?

Kerana takut, mereka tak faham apa maksud tanda soal (?) pada tajuk berita. Mereka juga bangang dari segi memahami maksud ‘petikan berita’ atau ‘sumber berita’. Yang mereka tahu Utusan menyekat pengaruh mereka untuk membodohkan mana-mana rakyat yang memang telah jadi bodoh kerana terpengaruh dengan kempen mereka.

Pemimpin pembangkang seharusnya diajar bagaimana memahami berita yang tersiar di akhbar. Terlalu banyak hal yang mereka tidak faham mengenai dunia pemberitaan atau kewartawanan.

Rabu, 27 April 2011

“Saya tak ambil kisah apa kata Azmin, dia tertekan...”, Mustafa balas ‘serangan’....

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia"....
SELEPAS tiga hari mengunci mulut meskipun ‘diserang’ secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Anwar Ibrahim mahupun Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

“Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

“Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

“Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Selasa.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: “Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian.”

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

“Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia,” ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pepatah Melayu ada mengatakan, “Bila batang sudah tumbang, kura-kura pun boleh memanjatnya”.

Demikian agaknya apa yang sedang berlaku dalam ‘Pakatan Haram Rakyat’ kini. Selain kekecewaan kerana tak dapat walau pun satu kerusi pada PRN Sarawak baru-baru ini, Pas mula merasakan bahawa betapa tidak relevennya parti jenama Islam itu berada dalam pakatan.

Anwar dgn 'ayam tambatannya' dalam Pas
‘Musibah’ yang bertimpa-timpa ke atas batang tubuh Anwar Ibrahim kini sangat membebankan Pas selaku sekutu dalam pakatan. Dan sokongan pemimpin Pas membela apa jua isu yang menimpa Ketua Pembangkang itu sejak bersekongkol, mencetuskan ‘pergolakan dalaman’ yang membakar bagaikan ‘api dalam sekam’.

Selain itu, sebagai seorang Setiausaha Agung yang sudah tentu sangat rapat dengan Presiden – Abdul Hadi Awang, Mustaffa tentulah tahu dan menyedari bagaimana puak erdogan pro-Anwar menjadi duri dalam daging pada Pas menjelang Muktamar pada Mei nanti yang menyaksikan kepimpinan anak Terengganu mahu disepak keluar.

Hakikatnya, serangan Azmin tergadap Mustaffa kerana perkara kecil seperti itu, adalah isyarat daripada PKR kepada ‘kumpulan erdogan’ dalam Pas supaya memastikan Abdul Hadi dan kumpulannya mesti disingkirkan daripada kepimpinan parti kedua terbesar orang Melayu itu melalui muktamaar Mei nanti.

Selasa, 26 April 2011

SURAT TERBUKA UNTUK YB YOB NIZAR: Apa hairrr Yob, DAP dah mainkan kita!....

Assalammualaikum wmt, YB Datuk Seri,

APA habor sekarang? Sihat sihat ajerrr atau ‘demam tak kebah’ bila dapat tahu rupa-rupanya DAP selama ini telah mainkan miker dan semua pemimpin pembangkang Melayu/Islam dalam kes kematian Teoh Beng Hock dulu tu?

Berdasarkan kenyataan saksi pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, terdedah tembelang DAP yang beriya-iya menuduh pegawai SPRM membunuh Teoh tu, sebenornya kerana mereka nak tutup kes penyelewengan duit rakyat negeri Selangor melalui peruntuk ADUN yang deme ‘rompak dan samun’ sesuka hati.

Macam mana dengan mikerrr, YB? Sedor ke tidak? Atau memang YB tahu tapi kerana sengaja nak ambil hati Ngeh dan Nga yang ‘genggam telor’ YB hingga terpaksa tunduk dan ikut ajer apa yang deme suruh, maka YB tenag-tenang aja?

Deme ni jadi bengong kerana ayat suci YB?
Bagaimana dengan maruah anak-anak buah YB yang jadi juak-juak Pas dan PKR, tetapi telah termalu besor dengan pendedahan ini?

Dulu deme bukan main bersemangat menyokong DAP mengadakan tunjuk perasaan sana-sini membantah SPRM yang didakwa membunuh si Teoh – perantara yang memain peranan penting dalam kes menyamun dan merompak duit rakyat Selangor, kerana deme pecayakan kata-kata YB.

Deme malu yang teramat sangat bila dapat tahu bahawa sebenornya apa yang deme buat dulu itu hanyalah muslihat DAP mengajak rakyat Melayu pembangkang memberontak menentang kerajaan. Sedangkan muslihat sebenornya ialah mahu mengalih isu penyelewengan yang deme lakukan di Selangor?

Bukan juak-juak tu ajer yang malu dan ‘tergigit getah’, YB pun apa kurangnya? YB pun ketika itu bukan main berperanan besor dalam menganjur dan menghadiri majlis-majlis protes isu kematian TBH hinggakan sanggup berbaris tertonggek-tonggek mengadap ‘lilin menyala’ menyertai wayang pemimpin ‘kafir harbi’ DAP?

Ketika itu juga YB bukan main kuat lagi berceramah menghentam kerajaan Umno/BN dan isu kematian TBH tidak pernah terlepas daripada diucapkan dalam mana-mana ceramah Pas. Macam mana kuatnya YB menghentam begitu jugalah kuatnya YB melambai-melambai ketika berdepan kamera. Hinggakan orang gelor YB sebagai ‘Nizar Lambai’.

Sekarang apa macam? Masih dok lambai lagi ke?

Walau bagaimanapun, warkah ini teman tuju khas kepada YB bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu yang memalukan orang Melayu, khasnya anak Melayu Perak.

Ini orang Pasior Panjang atau Bukit Gantang, YB?
Apa komen YB apabila terbukti bahawa semua pemimpin Melayu/Islam dalam pakatan pembangkang telah ‘kena main’ dengan DAP. Rakyat telah sedar dan faham sangat kini bahawa DAP telah memperguna dan memperalatkan kalian semahu-mahunya bagaikan ‘keldai’.

Orang Melayu deme perbodohkan sewenang-wenangnya....

Orang Perak tak hairan dengan sikap YB yang beriya-iya menyokong DAP kerana deme telah sedor bahawa YB selama ini memang telah jadi ‘keldai dicucuk hidung’ oleh DAP, tak kira sama ada semasa jadi MB Perak selama sebelas bulan dulu atau pun selepas itu. Pendek kata, sejak dulu, kini dan selamanya lerrr....

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah, apa hal dengan penyokong dan juak-juak YB yang kini sedar bahawa deme selama ini turut terpedaya dengan muslihat DAP haram jadah yang anti-Melayu dan anti-Islam itu.

Mereka tak tahu mana nak letak muka sekarang. Orang kampung kutuk mereka.... malah ada yang gelor deme dulu tu sebagai ‘anjing-anjing buruan DAP’.

Inilah masalahnya. Diharapkan YB yang sedang bersenang lenang dengan dua gaji – ADUN Pasior Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, dapat berikan penjelasan kepada deme-deme yang sedang ‘macam cicak tertelan kapor’ bila dilabel sebagai alat DAP membunuh politik kaum Melayu di tanah ayor sendiri.

YB tak boleh lari dan tak boleh menyepi begitu ajerrr... Sebab dulu YBlah yang mengapi-api dan mengajak deme berdemonstrasi mengecam kerajaan Umno/BN kerana kematian Teoh tu.

Penyokong pembangkang, terutamanya di DUN Pasior Panjang dan Parlimen Bukit Gantang tersangat lerrr nak tahu apa penjelasan YB dalam hal ini?

Pengundi YB yang tinggal di kawasan Sepetang tu tak hairan lerrrr.... deme memangnya cina kapior yang sampai bila pun akan sokong DAP. Yang mengelabah sekarang ni ialah penyokong pembangkang puak Melayu... Deme malu dan deme rasa bersalah kepada bangsa dan agamanya.

Kebanyakan deme yang teman dengor merungut mengatakan deme dah kena main oleh DAP dan YB Nizar Jamaluddin adalah orang penting yang menjerumuskan deme.

Ayat-ayat suci yang YB luahkan kepada deme semasa berceramah dulu sangat deme kagumi, tapi kini terbukti semuanya adalah kata-kata pelakon ‘wayang tongkoi’. Deme dah sedor....

Masih ingatkah YB dengan peristiwa ini? Siap pegang lilin lagi.....
Jawab YB, jangan tak jawab!
- YopMan

Jumaat, 18 Mac 2011

Pembangkang Cuma Tahu Bersandiwara – Prof. Khoo


PAKATAN pembangkang yang dianggotai oleh Pas, Dap dan PKR cuma tahu bersandiwara dalam usaha mereka untuk mencapai agenda bagi mendapatkan kuasa, pangkat dan kedudukan, kata tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Katanya, pembangkang tidak pernah serius memikirkan masa depan negara sebaliknya apa yang terjangkau dalam pemikiran mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) biarpun ada rakyat yang akan menderita dan tertindas.

“Mereka ini hanya tahu buat kacau saja tidak kiralah dimana mereka berada sedangkan sewajarnya mereka tunjukkan kebolehan untuk menawan hati rakyat termasuklah dengan menandingi apa yang BN lakukan tapi terbukti pembangkang sangat mengecewakan,” katanya.

Jelas beliau lagi, pakatan pembangkang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri-negeri seperti Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang tetapi sehingga hari ini mereka gagal melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dilaksanakan oleh BN.

“Pembangkang ini tidak boleh buat apa-apa biarpun mereka berpakat sesama sendiri kerana bukan hanya idealogi berbeza malahan cara dan pendekatan yang diambil juga seringkali bertentangan, jadi bagaimana untuk mentadbir negara?”

Khoo berkata demikian dalam mengulas berkaitan usaha berterusan pakatan pembangkang yang cuba menghasut rakyat dengan menolak kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Tindakan sedemikian diinspirasikan oleh pembangkang dengan meniru kebangkitan masyarakat di Timur Tengah seperti yang sedang berlaku di Libya, Mesir, Yaman, Iran dan lain-lain lagi.

“Pembangkang tidak boleh membandingkan negara ini dengan apa yang berlaku di Timur Tengah termasuklah mana-mana negara luar sekalipun kerana Malaysia mempunyai cara dan pendekatan tersendiri.

“Kita mempunyai hubungan kaum dan keharmonian yang akrab, saling memahami dan mampu melahirkan rasa tolak ansur sesama bangsa bagi memastikan kejayaan terus dicapai malahan ia telah dibuktikan melalui persefahaman untuk mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957 lalu,” katanya.

Pakatan pembangkang mula membangkitkan propaganda untuk menumbangkan kerajaan kononnya melalui suara rakyat sejak pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor dan kemudiannya diikuti oleh DUN Kerdau, Pahang dan DUN Merlimau, Melaka.

“Rakyat tahu apa yang berlaku dan walaupun pembangkang cuba untuk menghasut dan melakukan pelbagai fitnah kepada kerajaan tetapi telah terbukti mereka ditolak dengan bukti kemenangan dalam PRK terbabit sebaliknya sokongan pengundi bertambah dengan majoriti lebih besar diperolehi oleh BN.”

Dalam hal ini, katanya telah memberi gambaran jelas kepada pembangkang bahawa keseluruhan rakyat tidak menyokong tindakan radikal apatah lagi untuk mengganggugugat kesejahteraan dalam negara.

“Kalau betul pembangkang ini bersikap matang, maka tunjukkanlah kebolehan dengan idea-idea baru dan bukannya hanya tahu berpura-pura, buat kacau dan mengganggu masyarakat untuk hidup dengan tenang,” katanya.
– MediaUMNO

SATU MELAYU:
Sebagaimana yang kita semua ketahui, Prof. TS Khoo adalah seorang pakar sejarah dan ahli akademik yang disanjung tinggi pandangannya.
Pendapat atau pandangannya yang berteraskan sejarah sering dirujuk dan ambil perhatian oleh rakyat dan juga pemimpin negara.

Justeru, kalau begitulah komen beliau apabila diminta pandangannya mengenai peranan dan kerjalaku puak pembangkang – DAP, PAS dan PKR, di negara ini, apa lagi yang boleh diharapkan kepada kerelevenan mereka sebagai pilihan rakyat dalam memimpin pembangunan negara bangsa bernama Malaysia?

Hanya orang-orang tolol yang hatinya bersarang sifat kecewa sahaja yang masih kekal bergantung harap kepada tiga parti pembangkang berkenaan.

Cukuplah mereka sekadar jadi pembangkang sahaja kerana setelah cuba diberi kuasa oleh rakyat di beberapa negeri melalui PRU 2008, terbukti mereka tak tahu buat kerja, tak gheti mentadbir malah lebih banyak menyusah daripada menyenangkan rakyat.
 Janji tidak pernah dipenuhi dan kesepakatan antara mereka pula sering terkantoi gara-gara matlamat perjuangan parti masing-masing tidak sehaluan.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog