Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan PKR Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan PKR Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2011

Percubaan Memurtadkan Umat Islam: Hasan Ali Pertahan Tindakan JAIS Periksa Program Di Gereja

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mempertahankan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama Petaling Jaya, malam Rabu.

Beliau menegaskan, pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS memperoleh bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang Islam telah menghadiri majlis tersebut namun iada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan di Petaling Jaya, Khamis.

Beliau mengulas serbuan oleh polis dan penguatkuasa JAIS selepas dikatakan mendapat laporan bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Gereja Methodist Damansara Utama
Menurut Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Katanya, seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

"Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut," jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan menjelaskan anggota penguat kuasa JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.
- Berita: mStarOnline

SATU MELAYU:
Apakah Selepas ini Hassan Ali akan dipecat pula daripada jawatan Exco?
Nasib lerrr Hassan! Apa nak buat! Dah nasib anda jadi Exco di negeri yang dikuasai musuh-musuh Islam dan Melayu....

Isnin, 9 Mei 2011

100 Peniaga Melayu dan India berdemonstrasi bantah MPAJ roboh gerai....

KIRA-kira 100 peniaga Melayu dan India di Flat Kos Rendah Pandan Perdana dekat sini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan gerai mereka tahun lalu.

Demonstrasi yang diketuai Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah itu diadakan di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee di Jalan Bunga Tanjung 10, Taman Muda, Ampang pada hari Ahad.

Demonstrasi selama 30 minit itu digunakan peniaga terbabit untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang menganiaya peniaga Melayu dan India di kawasan tersebut.

Menurut Mohd. Ridzuan, penindasan yang berunsur perkauman itu membuktikan bahawa kerajaan negeri bukan sahaja tidak mempedulikan kebajikan peniaga kecil Melayu dan India di negeri itu, malah dilihat mahu menutup terus pintu rezeki peniaga terbabit.

"Kerajaan Selangor sebenarnya cuma mahu kroni mereka sahaja yang berniaga. Saya kesal dengan tindakan kejam mereka dan mahu peniaga di tempat lain turut bersedia menghadapi kerakusan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Selangor membayar ganti rugi dan menyediakan tapak baru yang sesuai dan berpatutan untuk peniaga-peniaga tersebut.

Seorang peniaga, Ali Hashim, 67, berkata, sejak pembangkang mentadbir negeri itu tiga tahun lalu, peniaga Melayu dan India yang ditemuinya rata-rata khuatir dengan pendekatan kerajaan negeri itu yang gemar menindas peniaga daripada kaum tersebut.

"Semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tiada langsung berlaku penindasan sebegini namun setelah DAP memegang kuasa, kami dilayan seperti pendatang haram yang gemar mereka tindas dan peralatkan," katanya.

Katanya yang sudah 15 tahun berniaga di kawasan itu, lokasi baru yang disediakan untuk mereka berniaga juga tidak sesuai kerana selain lokasinya terletak berhampiran loji najis yang berbau busuk, paling mengecewakan mereka juga dikenakan sewa tapak RM450 sebulan.

Sementara itu, G. Moorthy, 28, pula mendakwa pernah diugut Jenice supaya menarik semula laporan polis yang dibuatnya pada 12 Mac lalu jika mahu sebuah tapak gerai yang baru untuk perniagaannya.

"Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP itu (Jenice). Dia sememangnya tidak adil dalam pentadbirannya dan hanya menjadikan peniaga Melayu dan India sebagai mangsanya," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Tidak syak lagi tindakan meroboh gerai peniaga Melayu dan India di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu dilakukan bagi mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap kaum bukan Cina.

Sepatutnya kejadian serupa tidak berlaku di Selangor kerana negeri Selangor dikuasai PKR yang Menteri Besarnya adalah anak Melayu bernama Mohd Khalid bin Ibrahim.

Malangnya, kerana MB Melayu itu telah dicucuk hidungnya oleh DAP, maka tindakan serupa seperti yang dilakukan DAP Pulau Pinang mesti diikut sama oleh pemerintah Selangor.

Begitulah malangnya nasib peniaga kecil Melayu dan India di negeri-negeri yang dikuasai oleh chauvanis Cina DAP yang sememangnya anti-Melayu dan anti-Islam.
Peniaga kecil Melayu dan India tak boleh, tetapi peniaga kecil kaum Cina tak apa. Mereka akan tutup mata dan buat-buat tak nampak.

Lebih malang lagi, pemimpin politik kaum Melayu yang bersekongkol dengan DAP tak mampu nak buat apa. Mereka terpaksa tunduk dan akur dengan kehendak DAP yang mendominasi politik puak pembangkang, walaupun pada zahirnya DAP berpura-pura mahukan Anwar Ibrahim jadi pemimpin nombor satu negara.

Kepada Melayu-Melayu bingal yang lupa daratan dan lupa diri, insaflah bahawa sekiranya pembangkang dapat kuasa memerintah negara nanti belum tentu mereka memilih Anwar Ibrahim jadi PM. Macam-macam hujah akan mereka kemukakan nanti.

Ketika itu tidak mustahil mereka akan membantah Anwar kerana Ketua Pembangkang itu tidak tergolong sebagai pemimpin utama komponen pembangkang, DAP-PKR-PAS. Jawatan Anwar dalam PKR adalah jawatan bayang-bayang. Jawatan yang tidak pernah wujud dalam perlembagaan parti bernama Parti Keadilan Rakyat.
Wallahhualam....

Jumaat, 22 April 2011

Tembelang penyelewengan DAP terburai, NGO desak DAP disiasat....

BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor pada Khamis mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock pada Rabu.

Tonggak kepimpinan kerajaan Selangor ialah PKR, tetapi kuasa sebenar yang mendalangi pentadbiran negeri ialah DAP. Apa yang dianggap sebagai hanya tuduhan Umno/BN kini telah terbukti. Nyata berdasarkan bukti kukuh yang didedahkan.

DAP ada kuasa agihkan projek di bawah peruntukan khas wakil rakyat mereka sesuka hati. Malah DAP juga keluarkan modal awal kepada kontaktor kelas F atas nama bumiputera, sedangkan yang uruskan segalanya adalah kroni-kroni DAP, sebagaimana yang diberitahu oleh saksi semasa prosiding berkenaan.

Patutlah puak DAP beriya-iya sangat membela kematian Teoh Beng Hock dengan menuduh kakitangan SPRM membunuh orang penting yang jadi ‘perantara’ dalam memanipulasi wang peruntukan kerajaan negeri.

Pada peringkat awal, DAP berjaya mengajak rakan-rakan dalam ‘pakatan’ – PKR dan PAS, turut serta memprotes secara besar-besaran di seluruh negara terhadap SPRM, yang mereka dakwa telah membunuh Teoh Beng Hock.

Ketika itu terlihatlah pemimpin-pemimpin utama PKR dan PAS bukan main taksub menyokong apa yang didakwa oleh pemimpin DAP itu, sehinggakan ada pemimpin yang kononnya bergitu ‘alim dan warak’ turut serta tertonggek-tonggek tunduk hormat di depan colok dalam upacara memprotes kematian Teoh.

Kini, melalui prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, terdedah sudah bahawa DAP ada sangkut paut dengan penyaisatan SPRM yang membawa kepada kematian Teoh itu. Protes dan tuduhan terhadap SPRM jelas bermaksud mengalih isu sebanar. DAP takut rahsia penyelewengan mereka terbongkar.

Kisah bagaimana dan kenapa SPRM menyiasat penyelewengan oleh ADUN-ADUN DAP tidak timbul di mata umum ketika itu, sebaliknya apa yang diperbesarkan ialah SPRM membunuh Teoh iaitu setiausaha salah seorang ADUN yang disiasat.

Begitu berjayanya DAP mengalihkan isu sebenar dengan sokonga Melayu bangsat yang kepala hotaknya sarat dengan syak wasangka dan dendam politik yang membara. Melayu kena main daaaa....

Apakah semua ini terserlah dan terdedah kepada umum sekarang gara-gara ‘solat hajat’ puak Melayu/Islam PAS dan PKR yang memohon ‘kebenaran’ ketika kes itu dikemuncakkan? Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi, sebagai manusia yang berakal semua itu memungkinkan bahawa Allah SWT telah membuka ‘pintu kebenaran’ untuk mereka yang selama ini berada dalam keadaan taksub dan jumud berfikir dan bermuhasabah diri. Kalau benar-benar ikut ajaran Islam lerrrr!

Mungkin atas kesedaran itulah Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.

"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.

"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya kepada Utusan Malaysia pada Khamis.

Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock pada hari Rabu diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.

Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.
Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.

Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.

Melayu bangsat yg tak sedar negerinya tergadai....
Seperkara yang menarik dalam isu protes pembangkang terhadap SPRM pada peringkat awal dulu ialah mengenai betapa berjayanya pemimpin DAP memperalat, memperdaya dan sekali gus memperbodohkan pemimpin-pemimpin Melayu/Islam dari PAS dan PKR supaya turut serta dengan mereka yang terlalu takut rahsia mereka terdedah.

Rakyat diajak bangun menentang kerajaan melalui seruan pemimpin politik puak pembangkang yang langsung tidak mampu menggunakan akal fikiran secara waras dan betul.

Pemimpin Melayu/Islam yang jelas ‘bangang’ kerana taksub menentang kepimpinan Melayu/Islam Barisan Nasional tanpa berfikir panjang sanggup jadi ‘lembu dicucuk hidung’ oleh pemimpin DAP. Tidak sekadar menggadaikan diri malah maruah agama Islam turut sama terserat digadai kerana politik dendam dan bersangka buruk.

Kini segalanya telah terserlah. Kebanaran telah ditunjukkan Allah SWT melalui prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang masih belum selesai.

Tidak mustahil lebih banyak lagi rahsia-rahsia penyelewengan DAP dalam kerajaan Selangor pimpinan PKR itu akan tersburai.....

Justeru, seluruh rakyat Malaysia seharusnya membuka mata dan berfikir mengenai penyelewengan pemimpin DAP, khasnya rakyat negeri Selangor yang telah termakan umpan ‘mahu berubah’ semasa PRU 2008 lalu.

Sekali dah tersilap, takkan setelah sedar pun masih terus melakukan kesilapan yang sama. Kalau dilakukan juga maka tergolonglah anda semua bagai insan tolol yang tidak mengenal erti kebenaran.
- SM

Jumaat, 8 April 2011

Selangor tak ada dasar bantu peniaga Melayu


DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) menyifatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mempunyai dasar yang jelas bagi membantu peniaga bumiputera meningkatkan ekonomi mereka.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, faktor itu menyebabkan peniaga bumiputera tidak memberikan sokongan terhadap kerajaan negeri, khususnya melibatkan usaha meningkatkan taraf pendapatan dan ekonomi di Selangor.

''Di Selangor tidak ada polisi yang membantu peniaga Melayu, itu yang susah sedikit. Kalau kita lihat Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mewujudkan pelbagai program, transformasi dan pakej-pakej untuk membantu orang Melayu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung DPPMS Ke-24 dan Forum Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Hotel Concorde, di Shah Alam pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi Biro Latihan dan Aduan Usahawan DPMMS, Datuk Sohaimi Shahadan.

Forum sehari itu memberikan penerangan mengenai peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga Melayu menerusi pelaksanaan ETP Kerajaan Persekutuan.

Rozali mencadangkan agar kerajaan memberi penumpuan terhadap peniaga Melayu kecil-kecilan yang sedia ada sebagai langkah untuk memperkasakan kaum itu dalam bidang perniagaan.

''Sekiranya kerajaan hanya menumpukan usaha mewujudkan peniaga Melayu yang baru, ia tidak banyak membantu ekoran peratusan untuk gagal itu mungkin tinggi,'' ujarnya.

Sebaliknya, beliau berkata, tumpuan perlu dibuat terhadap peniaga kecil-kecilan sedia ada kerana jumlah mereka sebenarnya tinggi.

''Sebilangan besar mereka telah lama menjalankan perniagaan, mempunyai akaun perniagaan yang aktif, ada tempat dan jualan.

''Golongan ini juga dilihat boleh turut sama memainkan peranan untuk manfaat peniaga baru dalam kalangan orang Melayu," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Memang kerajaan PKR Selangor tidak mahu menggalakkan kaum Melayu maju dalam melibatkan diri dengan perniaga atau pembangunan ekonomi negeri.

Kerajaan PKR Selangor mungkin hanya menggalakkan secara rahsia mana-mana kaum Melayu yang mahu maju dalam ekonomi dan kaya dengan cepat, mereka hendaklah melakukan kerja-kerja mencuri pasir dari mana-mana kawasan di negeri itu dan menjualkannya kepada agen yang menyeludup pasir ke Singapura.

Perniagaan jenis ini agak mudah dan cepat boleh jadi kaya. Tapi berapa ramai peniaga kaum Melayu yang sanggup dan mampu buat kerja mencuri pasir? Memadailah kaum Melayu sekadar jadi pemadu lori mengangkut pasir dan mesin jengkaut sahaja.

Begitulah perubahan yang mampu dibawa oleh kerajaan pakatan pembangkang kepada orang Melayu melalui PRU 2008 lalu. Untuk terus berkeadaan begitu, orang Melayu Selangor pada PRU akan datang hendaklah meneruskan perubahan dengan mengekalkan kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang.

Kalau pada PRU 2008, Selangor diterajui PKR yang bersekongkol dengan DAP dan PAS, maka untuk PRU akan datang, apa kata rakyat Selangor mencuba pula supaya negeri itu di terajui oleh DAP.

Isnin, 4 April 2011

Khalid tidak puas jadi MB atau takut tembelang ‘samun dan rompak’ bersama konconya terburai?


"ABDUL Khalid belum puas lagi memegang jawatan itu malahan beliau tidak mengutamakan kepentingan rakyat sebaliknya hanya mementingkan nafsu politiknya.

"Beliau tahu, jika selepas ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kedudukan mereka di Selangor, Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali yang rapat dengan Anwar.”

Demikian antara komen Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mengenai keengganan MB Selangor membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen sekiranya kerajaan Persekutuan memilih melakukannya pada tahun depan.

Rupanya di Selangor ada Raja Pasir?
Tambahnya, “''Rakyat akan muak jika budaya politik seperti ini terus diamalkan. Kita tahu adalah lebih menjimatkan masa jika pilihan raya dibuat serentak dan rakyat boleh menumpukan usaha untuk membangunkan ekonomi."

Katanya, musim politik ini tidak harus dibiarkan berpanjangan seperti mana kes liwat melibatkan Anwar.

Kisah ‘bodoh sombong’ Khalid Ibrahim bersama konco-konco DAP dalam pentadbiran negeri Selangor akan menjadi perhatian rakyat setelah pelbagai kelemahan, ketidakupayaan mentadbir dan kisah-kisah puak mereka ‘merompak dan menyamun’ khazanah Selengor dan aganesi di dalamnya masih belum terdedah sepenuhnya.

Terlalu banyak yang telah diketahui dan diperkatakan rakyat negeri Selangor mengenai mereka.

Oleh itu besar kemungkinan Khalid bukan sahaja tamakkan kuasa dan berasa perlu duduk lebih lama sebagai MB selagi tempohnya belum berakhir, beliau juga takut dan ragu kalau-kalau segala ‘tembelang busuk’ mereka akan dipecahkan apabila orang lain atau parti lain yang menerajui Selangor.

Selain Khalid, orang kuat DAP Selangor seperti Ronnie Liu, Teresa Kok dan lain-lainnya tentu gusar dan cuak kalau-kalau mereka akan diheret tinggal sama sepenjara di Sungai Buloh dengan Anwar Ibrahim nanti.

Apa yang telah dibayangkan pada kenyataan-kenyataan siasatan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang masih berjalan sekarang, ada tanda-tanda ADUN-ADUN tertentu sedang disiasat oleh SPRM kerana melakukan penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri yang bukan kecil jumlahnya.

Kes curi pasir masih berleluasa?
Kalau dirujuk kepada kes atau isu kematian Teoh Beng Hock yang menggemparkan negara itu, segalanya terjadi kerana SPRM melakukan siasatan mengenai kes penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri kepada ADUN-ADUN tertentu.

Inilah yang memungkinkan Khalid Ibrahim di nasihatkan oleh pemimpin DAP yang membayangi pentadbirannya supaya melambat-lambatkan PRU Negeri Selangor semaksimum mungkin.

Sekurang-kurangnya mereka akan dapat menilai apakah sokongan rakyat pada PRU-13 nanti telah kembali menyokong BN atau masih kekal menyokong mereka.

Kalau mereka rasakan keadaan tidak memungkinkan mereka mampu berkuasa kembali, besar kemungkinan adalah ruang dan peluang untuk mereka ‘cabut lari’ meninggalkan negara bersama harta rompakan yang dilakukan selama lima tahun berkuasa di Selangor.

Ketika itu mungkin Khalid Ibrahim akan terkonteng-konteng sendirian kerana Azmin Ali sudah tentu tidak akan membelanya, malah berkemungkinan bersedia untuk Khalid disembelih sebagai korban kepimpinan PKR demi keadilan.

Apa yang agak menarik untuk diperhatikan ialah apabila kerajaan Persekutuan benar-benar telah membubarkan Parlimen dan DUN Negeri-negeri untuk mengadakan PRU-13, akan mampukah Khalid dan konco DAPnya bertahan untuk tidak membubarkan DUN Selangor?

Berkuasa sangatkah Khalid Ibrahim dan kerajaan pakatan tiga parti di Selangor itu. Tidak adakah kuasa lain yang boleh mengatasi sekelumit kuasa yang ada ditangan mereka sekarang?

Khamis, 31 Mac 2011

MB terus pertahan Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor


SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada Rabu, mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan Pengurus Besar Yayasan Selangor meskipun syarikat kerajaan negeri itu berhadapan masalah pengurusan kewangan termasuk defisit RM7.41 juta, tahun lalu.

Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, tindakan mengekalkan Ilham Marzuki jelas tidak bertanggungjawab selain membelakangkan syor Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

‘‘Rumusan dan syor yang dibuat dalam laporan audit itu adalah pandangan profesional setelah membuat pemeriksaan audit di Yayasan Selangor.

“Menteri Besar tidak terlibat membuat pemeriksaan audit, maka beliau harus menghormati laporan audit berkenaan, kalau tidak jabatan mana lagi yang Menteri Besar hendak percaya,” katanya.

Beliau membahaskan usul menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.

Shamsudin berkata, tindakan Menteri Besar mempertikaikan syor laporan audit itu juga dilihat membelakangkan profesionalisme dan integriti Bahagian Audit Dalaman Pejabat SUK.

“Menteri Besar turut membelakangkan harapan murni Sultan Selangor seperti yang ditekankan oleh baginda dalam ucapan pembukaan sidang DUN kelmarin,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri ketika ini apabila kadar pengangguran di negeri ini meningkat kepada 3.9 peratus pada suku kedua tahun 2009 berbanding 3.1 peratus pada tahun 2000.

“Pungutan hasil kerajaan negeri turut menurun daripada RM1.7 bilion pada 2009 kepada RM1.3 bilion tahun lalu,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Lagi lama PKR-DAP-PAS berkuasa di negeri Selangor, lagi banyak salah urus dan salah tedbir yang dilakukan oleh puak yang tidak layak diberikan kuasa itu.

Matlamat mereka hanya memantapkan ekonomi mereka sahaja, apa nak jadi dengan pentadbiran, ekonomi dan kesejahteraan rakyat tidak ada dalam kamus politik dan kuasa mereka.

Layakkah puak-puak setengah tiang ini menjadi pemerintah negeri atau negara?
Fikir-fikirkanlah....

Rabu, 30 Mac 2011

PKNS Lantik Pegawai Kontrak Dan Perunding: Pembangkang Selangor Pertikai....


SEORANG anggota pembangkang Selangor pada Rabu mempertikai tindakan pengurusan baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melantik pegawai kontrak dan perunding bagi membuat kerja yang boleh dilakukan oleh para pegawai sedia ada.

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) memberitahu persidangan dewan undangan negeri di Shah Alam, tindakan tersebut mengakibatkan kos pengurusan anak syarikat kerajaan negeri itu melambung tinggi.

Beliau berkata pelantikan sembilan pegawai kontrak dan perunding dengan gaji bulanan antara RM7,500 sampai RM20,000 sebulan mengkibatkan PKNS terpaksa membelanjakan sejumlah RM93,000 sebulan bagi membayar gaji mereka.

Abdul Shukor mempersoalkan mengapa PKNS membayar seorang perunding untuk membuat kerja berkaitan teks ucapan Pengurus Besarnya dengan bayaran RM7,500 sebulan sedangkan perbadanan itu sudah ada pegawai akhbar dan pegawai perhubungan.

Beliau juga berkata pegawai-pegawai kontrak yang dilantik datang dari syarikat swasta dan mereka tiada pengalaman dalam pelbagai peraturan kewangan kerajaan.


Abdul Shukor berkata Jabatan Audit Negara cawangan Negeri Selangor dalam laporannya mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas.

Katanya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam PKNS mengikut prinsip moral dan undang-undang.

Abdul Khalid sebelum ini telah mengarahkan operasi PKNS diaudit dan sehingga kini laporan audit itu belum dikeluarkan lagi.

Abdul Shukor berkata Menteri Besar harus memastikan setiap pegawai yang dilantik terdiri daripada mereka yang beramanah dan bertanggungjawab agar tidak berlaku penyelewengan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Daripada apa yang telah berlaku di Selangor sejak PKR menguasai pemerintahan negeri, matlamat kepimpinan baru negeri itu bukanlah untuk memaju dan membangunkan negeri serta agensi-agensi di bawahnya, tetapi mereka bertindak memikirkan bagaimana mahu mengagih-agihkan harta yang ada di kalangan kroni.

Apa yang berlaku di Yayasan Selangor dan PKNS ini membuktikan hakikat itu.

Sikap ‘sapu segala harta yang ada sebelum kehilangan kuasa’ menjadi matlamat dan asas bertindak pemimpin kerajaan Selangor yang dikuasai DAP-PKR-PAS itu.

Apapun, inilah hasil pilihan sebahagian rakyat negeri Selangor yang beriya-iya mahukan perubahan melalui PRU 2008 lalu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajar mengundi, buruk padahnya.

Defisit Yang Dialami Yayasan Selangor: MB Patut Dipersalahkan.... Anggota Lembaga Pemenang Amanah pun dapat bonus?


KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohd Satim Diman pada Selasa menyalahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalannya memantau pentadbiran Yayasan Selangor (YS) yang dilaporkan mengalami defisit jutaan ringgit sehingga November tahun lepas.

Beliau berkata ini kerana Abdul Khalid selaku pengerusi YS didapati meluluskan bayaran bonus kepada Anggota Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu melalui 'Circular Resolusi' sebanyak RM5,000 setiap seorang termasuk beliau sendiri, meskipun mengikut perlembagaan YS, mereka tidak boleh menerima bonus.

"Mengikut 'Circular Resolusi" yayasan, hanya pegawai yang genap berkhidmat setahun di YS berhak dapat bonus, tetapi pengurus besar dan timbalannya yang baru berkhidmat lapan bulan telah dapat bonus dua bulan gaji (tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan).

"Mengapa YAB (Abdul Khalid) sendiri cuai dan tidak menjadi contoh kepimpinan yang baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang DUN ke-12 di Shah Alam, Selasa.

Menurut laporan audit dalaman oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, YS dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta sehingga November lepas.

Laporan audit itu menyebut, perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu mencecah RM996,472 malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Abdul Khalid bagaimanapun mempertikaikan kandungan laporan audit itu dan berkata yayasan itu hanya mengalami defisit RM3.9 juta mengikut penyata pendapatan dan perbelanjaan YS bagi tahun 2005 hingga 2010.


Sementara itu, Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, turut menyelar Abdul Khalid berhubung hasratnya sebelum ini untuk membahagikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri kepada dua, dengan satu segmen hanya dihadiri anggota Exco sahaja.

"Adakah Abdul Khalid hendak menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi (dengan membahagikan mesyuarat exco kepada dua).

"Ini jelas menunjukkan prinsip ketelusan yang digembar-gemburkan Abdul Khalid adalah untuk kepentingan dirinya sendiri dan bukan untuk rakyat," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Begitulah jadinya apabila sesuatu itu diletakkan bukan pada tempatnya.
Mereka tak tahu apa tugas mereka ditempatkan disitu, apatah lagi bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan nereri. Yang mereka nampak dan fikirkan ialah RM semata-mata.

Apabila mereka dapati di tempat itu ada banyak duit dan kuasa menguruskannya berada di tangan mereka, maka apa yang terfikir oleh mereka ialah bagaimana duit itu dapat mereka ambil dan bahagi-bahagikan sesama sendiri. Macam terjumpa harta karun?

Atau macam ‘Badan dan Nyawa’ dalam filem Nujum Pak Belalang lakonan Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Mereka berbahagi harta rompakan di dalam dua di Bukit Tunggal.... “Satu untuk kau, satu untuk aku; dua untuk kau, dua untuk aku; tiga untuk kau, tiga untuk aku”.... dan seterusnya sampai habis semuanya.

Sabtu, 19 Mac 2011

PENYELEWENGAN DI YAYASAN SELANGOR: Memadaikah hanya dengan pengakuan MB?


AKHIRNYA Menteri Besar PKR Selangor, Khalid Ibrahim megakui berlaku kepincangan dalam pengurusan Yayasan Selangor termasuk perbelanjaan tidak berhemah menyebabkan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu, November tahun lalu mencecah hingga RM1 juta.

Memadai dan berbaloikan jika Khalid hanya mengakui kelemahan yang wujud dengan hanya menamatkan kontrak jawatan mereka yang terlibat melungkupkan wang Yayasan Selangor? Tahu dan sedarkah si Khalid untuk apa kerajaan terdahulu menubuhkan Yayasan Selangor?

Apakah Khalid tidak faham bahawa Yayasan Selangor itu ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu adalah bagi tujuan memantapkan lagi pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu di negeri Selangor melalui sebuah yayasan?

Kenapa perkara itu boleh berlaku? Sedangkan Khalid dan kerajaan PKR yang yang kononnya menjadi tunjang ‘pakatan haram’ di negara ini beriya-iya menggesa rakyat melakukan perubahan kerajaan semasa kempen PRU 2008 lalu?

Inikah jenis perubahan yang diuar-uarkan dahulu itu? Berubah untuk menghancur dan meruntuhkan agensi atau apa jua agensi dan institusi yang ditubuh khas untuk menambahbaik pembangunan sosial dan ekonomi orang Melayu di Selangor?

Bagaimana agaknya kalau seluruh Malaysia ini dikuasai oleh puak pakatan haram yang dianggotai tiga parti yang matlamat perjuangannya bertentangan antara satu sama lain, iaitu DAP, PKR dan Pas?

Khalid! Khalid!.... Apalah yang kamu telah lakukan untuk rakyat Selangor?

Semasa Umno Selangor membangkitkan isu ini – isu salahguna kuasa dan penyelewengan di Yayasan Selangor, kamu bukan main melenting dan menafikan jumlah perbelanjaan tanpa perancangan seperti di dakwa sebanyak RM800,000. Kamu minta bukti dan macam-macam alasan menepis dakwaan ketika itu. Kamu kata cuma RM300,000 sahaja yang digunakan.

Sekarang apa dah jadi? Pandai pulak kamu mengaku yang salahguna kuasa dalam penyelewengan itu berjumlah RM1 juta. Malah kamu juga mengakui bahawa Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November tahun lalu.

Apa jenis kulit muka kamu ni?

Wahai Khalid anak Pak Berahim, sedarkah kamu bahawa pemimpin DAP yang menguasai kamu itu adalah musuh agama Islam dan bangsa Melayu? Tahukah kamu bahawa DAP itu anti-Islam dan anti-Melayu?

Apabila kamu terus menerus mengikut telunjuk DAP dalam mengurus dan mentadbir negeri Selangor, itulah jadinya. Institusi yang bertujuan memantapkan pembangunan ekonomi dan sosial kaum Melayu di Selangor telah berjaya mereka (DAP) runtuhkan melalui ‘kebangangan dan ketololan’ kamu sebagai MB bangsa Melayu kelahiran Kuala Selangor yang hanya memikirkan soal kedudukan, jawatan dan RM.

Kalau kamu sayangkan bangsa kamu – Melayu dan negeri kelahiran kamu, Selangor, lebih baik kamu berundur diri dari jadi MB dan bertaubat sambil bermuhasabah diri mengenai kehancuran di negeri Selangor gara-gara kamu yang jadi MB dimana politik kamu berada dibawah telunjuk DAP.

Relakah kamu secara berterusan diperalat oleh DAP? Walaupun kamu sebagai anak Melayu yang jadi ketua mentadbir negeri Selangor, tetapi apa yang berlaku di negeri kamu jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Apakah kamu berhasrat menjadikan negeri Selangor seperti Pulau Pinang?

Berbalik kepada isu Yayasan Selangor yang kamu akui kehancurannya, apakah kamu fikir memadai hanya dengan ‘mengakui dan menamatkan kontrak jawatan’ mereka yang terilbat sahaja? Begitu mudah dan senang sekali kamu menyelasikan masalah?

Kalau begitu amalan dan tindakan kamu, maka semakin banyaklah lagi penyelewengan yang akan dilakukan oleh puak-puak yang kononnya menyokong kamu tetapi sebenarnya mereka mahu menjadi ‘perompak dan penyamun’ bertauliah di Selangor.

Selepas didedahkan segala penyelewengan dan ribuan juta ringgit mereka sapu bersih dalam pelbagai peluang yang ada, mereka kamu pecat atau tamatkan kontrak jawatannya dan biarkan Selangor papa kedana kerana semua hartanya telah disapu bersih oleh kroni DAP.

Kroni kaum Melayu, kalau ada pun sekadar dapat lelehannya sahaja. Dapat kuah. Yang balun isinya ‘kaw-kaw’  ialah puak DAP dengan cara ala gangster mereka.

Insafkan hakikat ini....
Apapun, diharapkan SPRM akan tolong menyelesaikan isu penyelewengan puak ‘haram jadah’ di Selangor itu dengan lebih serius lagi, walaupun DAP telah cuba melemah serta menjatuhkan moral SPRM Selangor melalui kes kematian Teoh Beng Hock yang hingga kini masih disensasikan oleh parti anti-Melayu dan anti-Islam itu.

Mereka yang melakukan kerja-kerja ‘merompak dan menyamun’ secara terhormat itu mesti diheret ke muka pengadilan dan dihukum seberat-beratnya kerana kesalahan yang telah mereka lakukan.

Puak dan jenis manusia ‘kurang hajar’ seperti itu mesti diajar secukupnya.

Untuk itu rakyat negeri Selangor yang cintakan agama Islam dan bangsanya mesti segera bangun beramai-ramai membersihkan anai-anai yang merobek negeri anda melalui PKR, DAP dan PAS.
- YopMan

"Kami tidak pernah kacau hak orang lain, tetapi mengapa hak kami hendak diceroboh," – Tok Batin



DEWI Malam menunjukkan peta kawasan Orang Asli yang dipercayai diceroboh di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.
BATIN Malam Gerchang sudah semakin tua dengan pinggangnya kerap sakit tetapi kesakitan itu semakin bertambah sejak akhir-akhir inikerana melihatkan tindak-tanduk Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang semakin tidak mengendahkan kedudukan Orang Asli di Mukim Tanjung 12 dekat Kuala Langat.

Batin Malam, 77, berkata, tanah simpanan Orang Asli yang masih kekal itu sebenarnya adalah hasil peninggalan nenek moyang mereka yang dahulu diketuai oleh Batin Pelangi.

"Tanah tersebut dikurniakan oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad iaitu Sultan Selangor keempat kepada kaum Temuan.

Itukah yg dijanjikan pakatan tiga parti ini?
"Baginda telah mengurniakan sebilah keris, golok dan tombak kepada Batin bagi menjaga dan mempertahankan tanah-tanah Orang Asli sekiranya berlaku kekacauan atau pencerobohan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Batin Malam berkata, sebenarnya Orang Asli bukan mahu membolot semua tanah tersebut sebaliknya hanya ingin berkongsi hasil mahsulnya untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat pribumi itu.

"Mana tanah yang sudah diletakkan di bawah rezab Melayu biarlah ia kekal begitu kerana mereka juga adalah masyarakat pribumi tetapi baki tanah yang masih ada di sini sepatutnya diserahkan kembali kepada Orang Asli.

Beliau yang kesal dengan sikap tamak segelintir pihak berkata, sekiranya apa yang diluahkan oleh masyarakat Orang Asli itu tidak diendahkan, lebih baik berlaku 'gempa bumi' di Mukim Tanjung 12.

"Tengok apa yang berlaku di Jepun, bila gempa bumi semuanya hancur. Samalah di sini kalau sudah hancur, saya hendak tengok pihak yang tamak itu, apa yang mereka dapat.

"Kami tidak pernah kacau hak orang lain, tetapi mengapa hak kami hendak diceroboh,"
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Khalid Ibrahim peduli apa dengan hak Orang Asli? Hak orang Melayu yang sebangsa dengannya pun dia tak kisah, inikan pulak hak Orang Asli. Yang Khalid utamakan ialah hak kepentingan kaum yang menyokong DAP dan suku sakat puak penyamun yang menguasai pentadbirannya di Selangor.



Kerajaan PKR Selangor ‘punggah’ hasil Orang Asli pulak.... Sampai bila rakyat Selangor harus berdiam diri dan melihat sahaja penyamun menyamun didepan mata?


ANTARA kawasan tanah Orang Asli yang didakwa diceroboh pihak tertentu dengan menjalankan operasi perlombongan pasir besar-besaran di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor. – Utusan/Rasmi Abdullah
KERAJAAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain ‘wayang kulit’.

Ini kerana mereka kini didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat Kuala Langat dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

"Sekarang... Selangor kita punya...."
Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.

Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini.

Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Itulah keadilan untuk rakyat dan perubahan untuk semua yang mahu ditonjolkan oleh Parti Keadilan Rakyat di negara Malaysia ini. Memang segalanya mereka ubah dan mereka ‘sapu bersih’. Mereka telah berlaku adil kepada kroni-kroni yang menyokong mereka.

PKR yang berkuasa di Selangor membuktikan betapa rakus dan hebatnya mereka ‘menyamun’, ‘merompak’ dan ‘memunggah’ harta hasil bumi Selangor sesuka hati. Peduli apa dengan rakyat! Yang penting segala harta dan hasil yang ada disapu dulu sebelum peluang berkuasa akan habis tempoh setelah PRU-13 nanti.

Apakah semua ini harus dibiarkan sahaja oleh rakyat negeri Selangor? Telah terlalu banyak kes ‘samun’ harta rakyat dan negeri itu telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pakatan di Selangor yang diketuai Khalid Ibrahim dari PKR tetapi segala kuasa penentu ditentukan oleh pemimpin DAP, terutamanya Ronnie Liu itu?

Tidak mampukah rakyat Selangor bangkit sepertimana rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman menurunkan pemimpin mereka?



>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog