Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 30 Mac 2011

PKNS Lantik Pegawai Kontrak Dan Perunding: Pembangkang Selangor Pertikai....


SEORANG anggota pembangkang Selangor pada Rabu mempertikai tindakan pengurusan baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melantik pegawai kontrak dan perunding bagi membuat kerja yang boleh dilakukan oleh para pegawai sedia ada.

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) memberitahu persidangan dewan undangan negeri di Shah Alam, tindakan tersebut mengakibatkan kos pengurusan anak syarikat kerajaan negeri itu melambung tinggi.

Beliau berkata pelantikan sembilan pegawai kontrak dan perunding dengan gaji bulanan antara RM7,500 sampai RM20,000 sebulan mengkibatkan PKNS terpaksa membelanjakan sejumlah RM93,000 sebulan bagi membayar gaji mereka.

Abdul Shukor mempersoalkan mengapa PKNS membayar seorang perunding untuk membuat kerja berkaitan teks ucapan Pengurus Besarnya dengan bayaran RM7,500 sebulan sedangkan perbadanan itu sudah ada pegawai akhbar dan pegawai perhubungan.

Beliau juga berkata pegawai-pegawai kontrak yang dilantik datang dari syarikat swasta dan mereka tiada pengalaman dalam pelbagai peraturan kewangan kerajaan.


Abdul Shukor berkata Jabatan Audit Negara cawangan Negeri Selangor dalam laporannya mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas.

Katanya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam PKNS mengikut prinsip moral dan undang-undang.

Abdul Khalid sebelum ini telah mengarahkan operasi PKNS diaudit dan sehingga kini laporan audit itu belum dikeluarkan lagi.

Abdul Shukor berkata Menteri Besar harus memastikan setiap pegawai yang dilantik terdiri daripada mereka yang beramanah dan bertanggungjawab agar tidak berlaku penyelewengan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Daripada apa yang telah berlaku di Selangor sejak PKR menguasai pemerintahan negeri, matlamat kepimpinan baru negeri itu bukanlah untuk memaju dan membangunkan negeri serta agensi-agensi di bawahnya, tetapi mereka bertindak memikirkan bagaimana mahu mengagih-agihkan harta yang ada di kalangan kroni.

Apa yang berlaku di Yayasan Selangor dan PKNS ini membuktikan hakikat itu.

Sikap ‘sapu segala harta yang ada sebelum kehilangan kuasa’ menjadi matlamat dan asas bertindak pemimpin kerajaan Selangor yang dikuasai DAP-PKR-PAS itu.

Apapun, inilah hasil pilihan sebahagian rakyat negeri Selangor yang beriya-iya mahukan perubahan melalui PRU 2008 lalu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajar mengundi, buruk padahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog