Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 April 2011

Khalid tidak puas jadi MB atau takut tembelang ‘samun dan rompak’ bersama konconya terburai?


"ABDUL Khalid belum puas lagi memegang jawatan itu malahan beliau tidak mengutamakan kepentingan rakyat sebaliknya hanya mementingkan nafsu politiknya.

"Beliau tahu, jika selepas ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kedudukan mereka di Selangor, Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan jawatan Menteri Besar kepada Azmin Ali yang rapat dengan Anwar.”

Demikian antara komen Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mengenai keengganan MB Selangor membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen sekiranya kerajaan Persekutuan memilih melakukannya pada tahun depan.

Rupanya di Selangor ada Raja Pasir?
Tambahnya, “''Rakyat akan muak jika budaya politik seperti ini terus diamalkan. Kita tahu adalah lebih menjimatkan masa jika pilihan raya dibuat serentak dan rakyat boleh menumpukan usaha untuk membangunkan ekonomi."

Katanya, musim politik ini tidak harus dibiarkan berpanjangan seperti mana kes liwat melibatkan Anwar.

Kisah ‘bodoh sombong’ Khalid Ibrahim bersama konco-konco DAP dalam pentadbiran negeri Selangor akan menjadi perhatian rakyat setelah pelbagai kelemahan, ketidakupayaan mentadbir dan kisah-kisah puak mereka ‘merompak dan menyamun’ khazanah Selengor dan aganesi di dalamnya masih belum terdedah sepenuhnya.

Terlalu banyak yang telah diketahui dan diperkatakan rakyat negeri Selangor mengenai mereka.

Oleh itu besar kemungkinan Khalid bukan sahaja tamakkan kuasa dan berasa perlu duduk lebih lama sebagai MB selagi tempohnya belum berakhir, beliau juga takut dan ragu kalau-kalau segala ‘tembelang busuk’ mereka akan dipecahkan apabila orang lain atau parti lain yang menerajui Selangor.

Selain Khalid, orang kuat DAP Selangor seperti Ronnie Liu, Teresa Kok dan lain-lainnya tentu gusar dan cuak kalau-kalau mereka akan diheret tinggal sama sepenjara di Sungai Buloh dengan Anwar Ibrahim nanti.

Apa yang telah dibayangkan pada kenyataan-kenyataan siasatan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang masih berjalan sekarang, ada tanda-tanda ADUN-ADUN tertentu sedang disiasat oleh SPRM kerana melakukan penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri yang bukan kecil jumlahnya.

Kes curi pasir masih berleluasa?
Kalau dirujuk kepada kes atau isu kematian Teoh Beng Hock yang menggemparkan negara itu, segalanya terjadi kerana SPRM melakukan siasatan mengenai kes penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri kepada ADUN-ADUN tertentu.

Inilah yang memungkinkan Khalid Ibrahim di nasihatkan oleh pemimpin DAP yang membayangi pentadbirannya supaya melambat-lambatkan PRU Negeri Selangor semaksimum mungkin.

Sekurang-kurangnya mereka akan dapat menilai apakah sokongan rakyat pada PRU-13 nanti telah kembali menyokong BN atau masih kekal menyokong mereka.

Kalau mereka rasakan keadaan tidak memungkinkan mereka mampu berkuasa kembali, besar kemungkinan adalah ruang dan peluang untuk mereka ‘cabut lari’ meninggalkan negara bersama harta rompakan yang dilakukan selama lima tahun berkuasa di Selangor.

Ketika itu mungkin Khalid Ibrahim akan terkonteng-konteng sendirian kerana Azmin Ali sudah tentu tidak akan membelanya, malah berkemungkinan bersedia untuk Khalid disembelih sebagai korban kepimpinan PKR demi keadilan.

Apa yang agak menarik untuk diperhatikan ialah apabila kerajaan Persekutuan benar-benar telah membubarkan Parlimen dan DUN Negeri-negeri untuk mengadakan PRU-13, akan mampukah Khalid dan konco DAPnya bertahan untuk tidak membubarkan DUN Selangor?

Berkuasa sangatkah Khalid Ibrahim dan kerajaan pakatan tiga parti di Selangor itu. Tidak adakah kuasa lain yang boleh mengatasi sekelumit kuasa yang ada ditangan mereka sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog