SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) pada Rabu, mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan Pengurus Besar Yayasan Selangor meskipun syarikat kerajaan negeri itu berhadapan masalah pengurusan kewangan termasuk defisit RM7.41 juta, tahun lalu.
Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, tindakan mengekalkan Ilham Marzuki jelas tidak bertanggungjawab selain membelakangkan syor Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
‘‘Rumusan dan syor yang dibuat dalam laporan audit itu adalah pandangan profesional setelah membuat pemeriksaan audit di Yayasan Selangor.
“Menteri Besar tidak terlibat membuat pemeriksaan audit, maka beliau harus menghormati laporan audit berkenaan, kalau tidak jabatan mana lagi yang Menteri Besar hendak percaya,” katanya.
Beliau membahaskan usul menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.
Shamsudin berkata, tindakan Menteri Besar mempertikaikan syor laporan audit itu juga dilihat membelakangkan profesionalisme dan integriti Bahagian Audit Dalaman Pejabat SUK.
“Menteri Besar turut membelakangkan harapan murni Sultan Selangor seperti yang ditekankan oleh baginda dalam ucapan pembukaan sidang DUN kelmarin,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri ketika ini apabila kadar pengangguran di negeri ini meningkat kepada 3.9 peratus pada suku kedua tahun 2009 berbanding 3.1 peratus pada tahun 2000.
“Pungutan hasil kerajaan negeri turut menurun daripada RM1.7 bilion pada 2009 kepada RM1.3 bilion tahun lalu,” katanya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Lagi lama PKR-DAP-PAS berkuasa di negeri Selangor, lagi banyak salah urus dan salah tedbir yang dilakukan oleh puak yang tidak layak diberikan kuasa itu.
Matlamat mereka hanya memantapkan ekonomi mereka sahaja, apa nak jadi dengan pentadbiran, ekonomi dan kesejahteraan rakyat tidak ada dalam kamus politik dan kuasa mereka.
Layakkah puak-puak setengah tiang ini menjadi pemerintah negeri atau negara?
Fikir-fikirkanlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan