Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 30 Mac 2011

Defisit Yang Dialami Yayasan Selangor: MB Patut Dipersalahkan.... Anggota Lembaga Pemenang Amanah pun dapat bonus?


KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Mohd Satim Diman pada Selasa menyalahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalannya memantau pentadbiran Yayasan Selangor (YS) yang dilaporkan mengalami defisit jutaan ringgit sehingga November tahun lepas.

Beliau berkata ini kerana Abdul Khalid selaku pengerusi YS didapati meluluskan bayaran bonus kepada Anggota Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu melalui 'Circular Resolusi' sebanyak RM5,000 setiap seorang termasuk beliau sendiri, meskipun mengikut perlembagaan YS, mereka tidak boleh menerima bonus.

"Mengikut 'Circular Resolusi" yayasan, hanya pegawai yang genap berkhidmat setahun di YS berhak dapat bonus, tetapi pengurus besar dan timbalannya yang baru berkhidmat lapan bulan telah dapat bonus dua bulan gaji (tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan).

"Mengapa YAB (Abdul Khalid) sendiri cuai dan tidak menjadi contoh kepimpinan yang baik," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang DUN ke-12 di Shah Alam, Selasa.

Menurut laporan audit dalaman oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, YS dilaporkan mengalami defisit RM7.41 juta sehingga November lepas.

Laporan audit itu menyebut, perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu mencecah RM996,472 malah terdapat perbelanjaan yang selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.

Abdul Khalid bagaimanapun mempertikaikan kandungan laporan audit itu dan berkata yayasan itu hanya mengalami defisit RM3.9 juta mengikut penyata pendapatan dan perbelanjaan YS bagi tahun 2005 hingga 2010.


Sementara itu, Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, turut menyelar Abdul Khalid berhubung hasratnya sebelum ini untuk membahagikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri kepada dua, dengan satu segmen hanya dihadiri anggota Exco sahaja.

"Adakah Abdul Khalid hendak menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi (dengan membahagikan mesyuarat exco kepada dua).

"Ini jelas menunjukkan prinsip ketelusan yang digembar-gemburkan Abdul Khalid adalah untuk kepentingan dirinya sendiri dan bukan untuk rakyat," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Begitulah jadinya apabila sesuatu itu diletakkan bukan pada tempatnya.
Mereka tak tahu apa tugas mereka ditempatkan disitu, apatah lagi bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan nereri. Yang mereka nampak dan fikirkan ialah RM semata-mata.

Apabila mereka dapati di tempat itu ada banyak duit dan kuasa menguruskannya berada di tangan mereka, maka apa yang terfikir oleh mereka ialah bagaimana duit itu dapat mereka ambil dan bahagi-bahagikan sesama sendiri. Macam terjumpa harta karun?

Atau macam ‘Badan dan Nyawa’ dalam filem Nujum Pak Belalang lakonan Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Mereka berbahagi harta rompakan di dalam dua di Bukit Tunggal.... “Satu untuk kau, satu untuk aku; dua untuk kau, dua untuk aku; tiga untuk kau, tiga untuk aku”.... dan seterusnya sampai habis semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog