SOALAN 3:
“Wahai Iblis, mengapakah engkau bersusah payah dan berpenat lelah kepada pekerjaan yang tidak memberi faedah pada dirimu, bahkan menambahkan lagi laknat atas dirimu dengan sebesar-besar siksa di dalam neraka yang terbawah sekali?
“Wahai Iblis laknatullah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang memanjangkan umur engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang menberi pendengaran kepada engkau? Siapakah yang menjadikan kuat pada anggota engkau?”
Iblis menjawab: “Adalah sekelian itu anugerah daripada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Esa. Oleh kerana sifat takbur, dengki dan khianat, menyebabkan hamba terjebak dengan sebesar-besar kejahatan bahkan bapa kepada segala maksiat dan kesesatan di atas muka bumi ini. Tidak ada manusia yang boleh mengatasi kejahatan dan kederhakaan yang hamba telah lakukan.
“Sesungguhnya tuan hamba juga mengetahui bahawa hamba beribu-ribu tahun lamanya menjadi ketua kepada segala malaikat, taat beribadat, sujud kepada Allah yang Maha Esa dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit ke satu langit dengan aman, kemudian hamba tinggal di dunia ini mengerjakan amal ibadat.
“Dan hamba bersama sekelian malaikat berkhidmat kepada Allah beberapa lama hinggalah pada suatu masa Allah berfirman kepada hamba sekelian bahawa Dia akan menjadikan seorang khalifah di dunia ini. Lantas hamba membantah kerana tidak bersetuju dengan perkara itu.
“Namun demikian, Allah tetap menjadikan seorang lelaki yang bergelar Adam. Kemudian Allah memerintahkan semua malaikat sujud (memberi hormat) kepadanya. Semua malaikat taat kepada perintah Allah itu kecuali diri hamba yang mengingkarinya. Hamba ingkar dan tidak mahu sujud bahkan hamba membanggakan diri kerana merasa diri hamba lebih mulia daripadanya. Justeru, hamba menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah. Kemudian hamba menjadi makhluk yang dilaknati hinggalah hari kiamat.
“Di samping itu, perkara yang amat menyeksakan bagi hamba ialah muka hamba yang dulunya bersih, bercahaya dan cantik sudah berubah menjadi hodoh dan keji. Lantaran itu bertambah sakitlah hati hamba kepadanya. Hamba menyimpan perasaan dendam kepada Adam. Dan hamba berjanji akan menggoda dan menghasutnya nanti.
“Setelah Adam diciptakan, Allah pun mengangkatnya menjadi khalifah dan raja di dalam syurga. Sesudah itu Allah menciptakan Hawa sebagai isteri kepada Adam. Hawa menjadi permaisuri dan menjadi ketua kepada sekelian bidadari. Adam dan Hawa hidup dalam keadaan gembira sepanjang masa.
“Oleh kerana itu, semakin bertambahlah dengki hamba dan dendam pun semakin membara. Akhirnya hamba dapat memperdayakan Hawa supaya memujuk Adam memakan buah ‘khuldi’ yang menjadi larangan Allah. Malahan Allah melarang mereka menghampiri pokok berkenaan.
“Kerana itu, mereka berdua dihalau dari syurga ke dunia kerana melanggar perintah Allah. Mereka terpisah buat sekian lama dan akhirnya dipertemukan semula oleh Allah. Kemudian mereka berdua menjalani kehidupan di dunia ini sehinggalah dikurniakan dengan beberapa orang anak, lelaki dan perempuan.
“Sesudah itu, hamba hasut pula anak Adam bernama Qabil supaya membunuh abangnya yang bernama Habil. Lalau Habil dibunuh oleh Qabil kerana berebutkan perempuan. Inilah pembunuhan manusia pertama yang berlaku di muka bumi ini. Hamba masih belum berpuas hati dengan apa yang berlaku. Segala usaha hamba merosakkan anak Adam tidak akan berhenti hinggalah hari kiamat menjelang.
“Namun demikian, tuan hamba adalah penghalang kepada usaha jahat hamba. Tuan hamba mengajak manusia supaya kembali kepada kebenaran, sedangkan hamba menghasut manusia ke arah kejahatan. Tuan hamba mengajak manusia menyembah Allah dan mengabdikan diri kepadaNya, sedangkan hamba mengajak manusia supaya ingkar kepada perintah Allah.
“Sesungguhnya, sebelum tuan hamba dilahirkan ke dunia ini, hamba dan bala tentera boleh bergerak bebas naik ke langit dan dengan mudahnya mencuri segala rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh manusia supaya mengerjakan ibadat kepada Allah yang kemudiannya akan mendapat balasan pahala dan syurga. Begitu juga mereka yang beribadat pada waktu tengah malam, akan mendapat setinggi-tinggi pahala.
“Lantaran itu, apabila hamba dan bala tentera hamba turun ke dunia ini akan dikhabarkan kepada manusia perkara yang bersalahan daripada apa yang hamba lihat, dengan tipu daya hamba hingga mereka tersasar serta berpegang pada kitab-kitab yang bidaah.
“Tetapi apabila tuan hamba dilahirkan ke dunia ini, hamba dan bala tentera tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit lagi. Oleh kerana itu, hamba tidak dapat lagi mencuri rahsia umat engkau kerana ramai di kalangan malaikat yang ditugaskan menjaga pintu-pintu di setiap lapisan langit. Dan jika hamba dan bala tentera hamba berkeras juga untuk naik, kami akan dipanah oleh malaikat dengan api yang bernyala-nyala.
“Sudah ramai bala tentera hamba yang terdiri daripada jin dan syaitan terkena panahan malaikat lalu terbakar dan lebur menjadi abu. Justeru, hamba mengalami masalah besar untuk menghasut dan menggoda umat engkau. Tambahan pula engkau memiliki mukjizat yang besar, iaitu al-Quraan.
Bersambung ke bhg. 3
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan