BAHAGIAN ini memaparkan enam dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai sekutu Iblis, tempat tinggalnya, tempat perhimpunannya, kenapa Iblis mengintai-intai ke dalam masjid, puji-pujiannya dan yang jadi kaum kerabatnya. Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.
SOALAN 18:
“Wahai Iblis! Siapakah pula yang menjadi sekutu dan sekedudukan dengan engkau?”
Iblis menjawab: “Orang-orang yang menjadi sekutu hamba adalah apabila bertemu seorang lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka pada waktu itu hamba akan mengambil kesempatan dan duduk pada leher permpuan itu, hamba akan hiaskan mukanya dengan senyuman dan jelingan yang menarik hati antara mereka berdua.
“Apabila dipandang pada arah belakangnya nescaya terpandanglah akan lehernya yang halus, pinggangnya dan punggungnya yang bergerak-gerak hingga membangkitkan nafsu yang lelaki.
“Manakala apabila dipandang dari arah depan, maka hamba akan hiaskan pulak dadanya dengan bergerak dua kuntum yang melekat pada dadanya (buah dada). Kemudian hamba akan panah dengan panahan yang paling tepat pada jantung hati keduanya atau salah satu daripada mereka hingga bergerak keinginan nafsu syahawatnya tanpa dapat dikawal lagi.
“Justeru, bermulalah orang yang tidak dapat memelihara hatinya dan kerana itu dia tidak dapat memelihara pula farajnya. Manakala apabila dia tidak dapat memelihara farajnya, maka tiadalah terpelihara imannya.”
SOALAN 19
“Wahai Iblis! Di manakah tempat tinggal engkau?”
Iblis menjawab: “Tempat tinggal aku adalah di rumah-rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila ada orang yang menyembahnya, hamba cenderungkan hati mereka itu supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik itu dan supaya bertambah kuat pegangan mereka pada mensyirikkan Allah.
“Oleh kerana itu, hamba akan menggoda umat manusia supaya menyekutukan Allah dengan seluruh jiwa raga hamba. Sudah berapa ramai umat tuan hamba yang sudah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala lainnya yang mana menunjukkan betapa nipisnya iman dan keyakinan mereka kepada Allah.”
SOALAN 20
“Wahai Iblis! Di manakah tempat yang menjadi perhimpunan engkau?”
Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, tempat yang menjadi kesukaan untuk hamba berhimpun adalah di panggung wayang, pada majlis tari-menari, tempat hiburan dan sebagainya di mana tempat itu merupakan tempat percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Dengan lain perkataan, tempat penganjuran maksiat dan pesta-pesta yang melalaikan.”
SOALAN 21
“Wahai Iblis! Aku melihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau ingin lakukan?”
Iblis menjawab: “Sesungguhnya tujuan hamba adalah untuk merosakkan dan mengganggu orang yang sedang menunaikan solat akan tetapi hamba takut kepada orang yang sedang tidur di situ.”
Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang sedang solat pada hal dia sedang bermunajat kepada Tuhannya dan kenapa engkau takut kepada orang yang sedang tidur di sebelahnya, sedangkan dia berada di dalam lalai dan tidak memandang sesuatu apa pun kerana dia sedang tidur?”
“Sesungguhnya orang yang sedang solat itu adalah seorang yang bodoh dan jahil, manakala orang yang sedang tidur di sebelahnya itu adalah orang alim. Hamba boleh merosakkan solat orang yang sedang solat itu dengan mudah kerana kejahilannya tetapi, hamba takut orang alim itu akan terjaga daripada tidurnya dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh si jahil tersebut.
“Itulah sebabnya hamba mengintai-intai di dalam masjid bagi mencari ruang waktu yang paling sesuai untuk menggoda orang yang menunaikan solat,” jawab Iblis memberi penjelasan.
Penjelasan Iblis itu bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidur orang yang alim itu lebih baik daripada ibadat orang jahil.
Begitu juga dengan kata-kata: Seribu orang jahil yang mengerjakan ibadat kepada Allah amat mudah bagi syaitan untuk menggodanya akan tetapi seorang ahli ibadat yang berilmu amat sukar bagi syaitan untuk mengacau dan menggodanya.
SOALAN 22
“Wahai Iblis! Apakah yang menjadi puji-pujian engkau?”
Iblis menjawab: “Perbuatan yang menjadi puji-pujian aku ialah orang-orang yang menyanyi, berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian yang melalaikan. Akan tetapi, orang-orang yang menyanyi, berpanton seloka, berzanji, berselawat ke atas tuan hamba dan bernasyid dengan tujuan memuji-muji Tuhan yang Maha Esa, bukanlah yang mendapat pujian dari hamba malahan ia menambahkan lagi sakit hati hamba kepadanya.”
SOALAN 23
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi kaum kerabat engkau?”
Iblis menjawab: “Orang yang akan menjadi kaum kerabat hamba ialah orang yang memakan harta anak yatim, menipu dan memiliki harta orang lain dengan jalan yang tidak benar dan orang-orang yang memakan harta riba.”
Bersambung ke Bhg. 6
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan