Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 13 Ogos 2010

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS: Bahagian 6.

BAHAGIAN ini memaparkan enam dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai Iblis menggelapkan hati manusia, yang menggembirakannya, yang menyuburkan dirinya, mengenai kematian ulama’, mengenai solat berjemaah dan mengenai umat yang berselawat kepada Rasulullah SAW . Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.

SOALAN 24
“Wahai Iblis! Dengan sebab apakah engkau menggelapkan hati manusia?”

Iblias menjawab:
“Hati manusia akan menjadi gelap kerana mereka makan dan minum daripada hasil pendapatan yang haram kerana mereka itu gelap mata pada mencari harta yang halal. Di samping itu mereka tidur hingga tinggi hari yang menyebabkan mereka tidak menunaikan solat subuh. Dan juga orang-orang yang memenuhkan perutnya dengan makanan sekenyang-kenyangnya.

SOALAN 25
“Wahai Iblis! Siapakah orang yang menyukakan hati engkau?”

Iblis menjawab:
“Adapun orang-orang yang menyukai hati aku ialah orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada hamba Allah yang daif (memerlukannya) tetapi, zakatnya diberikan kepada orang lain pada hal kaum kerabatnya miskin.

“Dan sesungguhnya orang yang bakhil itu adalah seteru Allah. Manakala orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang terbawah sekali bersama-sama dengan hamba di hari akhirat kelak.”

SOALAN 26
“Wahai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang yang menyihat dan menyuburkan badan hamba ialah orang yang berhasad dengki, orang-orang yang tidak mempelajari peraturan agama dan tidak mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Di samping itu, perempuan-perempuan jahat yang sanggup menggadaikan maruah dirinya sendiri.”

SOALAN 27

“Wahai Iblis! Jika berlakunya kematian seseorang ulama’, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, apabila matinya seseorang ulama’, nescaya akan subur dan bertunaslah pekerjaan dan hasutan hamba. Di samping itu bermaharajalela dan bergembiralah hamba kerana dengan sebab kematian seorang ulama itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Barangsiapa yang berdukacita dan bersedih di atas kematian seorang ulama’ itu, nescaya akan ditulis oleh Allah SWR baginya pahala seribu orang alim dan pahala seribu orang yang mati syahid.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya: Akan datang kepada umatku mereka yang melarikan diri daripada ulama. Dan bagi tiap-tiap orang yang membenci orang yang mengajarkan agama. Allah SWT akan menurunkan bala atas orang itu dengan tiga bala di dunia ini, iaitu:
1) Diangkat keberkatan daripada pencariannya.
2) Didatangkan Allah ke atas mereka itu seorang ketua yang zalim atau pun seorang raja yang zalim.
3) Dikeluarkan (dimatikan) mereka itu dari dunia ini dengan tiada beriman
.


SOALAN 28
“Wahai Iblis! Jika umatku menunaikan sembahyang berjemaah, bagaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Jawab Iblis:
“Wahai Rasulullah, apabila umatmu menunaikan solat berjemaah, maka sesungguhnya mereka itu telah menghancurkan tipu daya hamba.”

Kemudian Rasulullah bersabda, maksudnya: Wahai sekelian sahabat-sahabatku! Barang siapa yang menunaikan solat lima waktu, nescaya dia akan memperoleh lima perkara, iaitu:
1) Dia tidak akan mengalami kefakiran semasa hidup di dunia ini.
2) Dia tidak akan mendapat siksa kubur selepas kematiannya kerana diangkat oleh Allah SWT.
3) Pada hari akhirat dia akan menerima kitab amalannya pada tangan kanan (pihak yang selamat).
4) Dia akan melalui titian Siratal Mustaqim seperti kilat yang menyambar (pantas).
5) Dia akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah dengan tanpa dihisab dan tanpa disiksa.


SOALAN 29
“Wahai Iblis! Jika umatku membaca selawat ke atas aku, bagaaimanakah dengan keadaan diri engkau?”

Iblis menjawab:
“Wahai Rasulullah, jika terdapat di kalangan umatmu yang berselawat ke atas engkau, nescaya telah membelah mereka itu akan muka hamba kerana dengan berselawat ke atas engkau menandakan mereka itu ingat kepada engkau.”

Bersambung ke Bhg. 7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog