BAHAGIAN ini memaparkan sembilan dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai gangguan hubungan suami/isteri, cara menolak tipu daya Iblis, manusia kesukaan Iblis, yang jadi saudara Iblis, cara membinasakan Iblis, yang menyakitkan mata Iblis, yang merantai Iblis, umat yang mengucap salam dan sahabat Iblis. Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.
SOALAN 9:
“Wahai Iblis laknatullah! Apakah keadaan dengan dirimu jika umatku bersatu dengan ahlinya (isterinya)?”
Jawab Iblis: “Jika seseorang yang hendak bersetubuh atau berjimak dengan isterinya, kemudian dia membaca doa bersetubuh, maka akan larilah hamba daripadanya kerana doa itu. Hamba amat takut kepada orang yang berdoa dan memohon perlindungan daripada Allah.
“Andai kata dia tidak berdoa sebelum bersetubuh, maka hambalah yang mendahului bersetubuh dengan isterinya itu. Maka akan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Sekiranya si isteri mengandung, pasti akan melahirkan anak yang suka kepada maksiat dan cenderung untuk melakukan kejahatan serta kemungkaran sebagaimana perangai hamba.
“Zuriat yang akan dilahirkan itu adalah bercampr dengan benih hamba dan mereka apabila hidup di dunia ini akan menjadi bala tentera hamba yang merosakkan kehidupan manusia lain. Di samping itu dia tidak akan suka melakukan amal soleh dan menjauhkan diri daripada melakukan amal kebanjikan.
“Demikian jugalah jika seseorang itu tidak membaca ‘Bismillah-hirrahman-nirrahim’ ketika mahu makan dan minum. Nescaya hambalah yang mendahului meminum dan memakan sebelum dia. Jika dia makan dan minum selepas hamba, makanan itu tidak dapat mengenyangkannya.
SOALAN 10:
“Wahai Iblis! Beritahulah aku dengan apa carakah dapat menjauhkan diri dan menolak tipu daya engkau?”
Jawab Iblis: “Wahai Nabi Allah, ketahuilah bahawa jika seseorang itu berbuat sesuatu dosa dan kejahatan dan dia segera kembali memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadanya, menangis serta kesal, insaf akan segala perbuatannya, pasti hamba akan bersedih dan tidak dapat menggodanya. Dan apabila dia berada di dalam keadaan marah, lalu ia segera mengambil wudhuk, nescaya akan padamlah marahnya.
“Barang siapa yang membaca doa selepas solat Jumaat sebanyak lima kali, pasti Allah akan mengampunkan dosanya kerana dia telah bertaubat.”
SOALAN 11:
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi terlebih kesukaan kepada engkau?
Jawab Iblis: “Orang yang menjadi kesukaan aku adalah apabila seseorang, sama ada lelaki atau perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ari-arinya yang sudah sampai empat puluh hari lamanya, nescaya hamba akan duduk mengecilkan diri seperti pijat-pijat bersarang di situ. Selain itu, tempat hamba bergantung dan berbuai-buai adalah pada bulu ketiak orang yang tidak mencukur atau mencabutnya.
SOALAN 12:
“Wahai Iblis! Siapakah yang menjadi saudara engkau?
Jawab Iblis: “Wahai Rasulullah, orang yang menjadi saudara aku adalah mereka yang tidur meniarap. Dan mereka yang apabila terjaga pada waktu subuh tidak bangun menunaikan solat sebuh. Hamba akan ulit dia agar dia terus lena semula dan akan terjaga bila terbit fajar.
“Demikian jugalah halnya dengan waktu zohor, asar, maghrib dan isyak. Hamba akan memberatkan hati mereka menjadi malas untuk mengerjakannya.
SOALAN 13:
“Wahai Iblis! Dengan apa carakah untuk membinasakan engkau?”
Jawab Iblis: “Perbuatan yang dapat membinasakan aku ialah orang yang duduk di dalam masjid dengan ikhlas kerana Allah dan beriktikaf di dalamnya.”
SOALAN 14:
“Wahai Iblis! Apakah lagi yang memecahkan mata engkau?”
Jawab Iblis: “Iaitu orang yang taat kepada ibu bapanya dan mendengar kata-kata keduanya. Mereka yang membantu ibu bapanya dari segi menyediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal kerana tuan hamba telah bersabda: Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Oleh yang demikian taat kepada ibu bapa itu amat menyakitkan mata hamba kerana ketaatan itu bertentangan dengan sifat derhaka.”
SOALAN 15:
“Wahai Iblis! Apakah yang merantai engkau?
Jawab Iblis: “ Orang-orang yang berniaga dengan betul dalam sukatannya, timbangannya, ukurannya dan tukarannya.”
SOALAN 16:
“Wahai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, bagaimana pula dengan keadaan diri engkau?”
Jawab Iblis: “Apabila bertemu antara dua orang umatmu di tengah perjalanan lalu memberi salam dan dijawab oleh sahabatnya, nescaya dada hamba seolah-olah pecah rasanya. Kemudian hamba akan meratap kerana kedua-duanya mendapat keampunan Allah apabila mereka berpisah.”
SOALAN 17:
“Wahai Iblis! Siapakah pula sahabat yang paling hampir dengan engkau?”
Iblis menjawab: “Orang yang paling rapat dengan aku adalah mereka yang suka meminum arak atau tuak atau candu apa saja yang memabukkan, kerana bahayanya boleh membawa kepada pecah-belah, perkelahian dan perceraian.
Bersambong ke Bhg. 5
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan