Sambungan dari Iblis Diperintah menghadap Rasulullah
RASULULLAH SAW pun bersedia mengemukakan soalan dengan diperhati dan disaksikan oleh para sahabat yang ada bersama Baginda ketika itu. Keseluruhannya sebayak 34 soalan telah ditanyakan kepada Iblis oleh Rasulullah saw:
SOALAN 1.
“Wahai Iblis, siapakah yang menjadi sebesar-besar seteru engkau dan apa pandangan engkau terhadap aku?”
Jawab Iblis: “Tuan hamba adalah yang terlebih besar daripada seteru hamba yang terdapat di atas muka bumi ini.”
Mendengarkan jawapan itu, Nabi memandang tepat ke muka Iblis. Iblis jadi gementar kerana ketakutan. Kemudian Iblis berkata lagi: “Ya Khatamil ambia’ wal mursalin, sesungguhnya hamba dapat menyerupai sebarang rupa manusia, binatang dan lain-lain makhluk di muka bumi ini hinggakan suara pun tidak bersalahan.
“Namun demikian disebabkan ketinggian darjat tuan hamba, hamba tidak dapat menyerupai sifat tuan hamba kerana di tegah dan dilarang Allah. Sekiranya hamba berbuat demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu.
“Tugas hamba, menggoda dan mencabut iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir serta derhaka kepada Allah kerana dengan sebab tuan hamba yang bersungguh-sungguh memberi bimbingan dan nasihat kepada umat manusia dengan memasukkan beberapa pengajaran supaya mereka berpegang teguh kepada agama Islam.
“Oleh itu hamba bersungguh-sungguh pula menarik mereka kepada kekafiran, murtad dan munafik. Hamba akan menarik sekelian umat manusia yang beragama Islam supaya meninggalkan jalan lurus beralih kepada jalan yang salah. Dan hamba berharap agar mereka masuk ke dalam neraka bersama hamba dan kekal di dalamnya. Hamba juga akan menggoda orang kafir supaya kekal dengan kekafiran mereka dan menggoda orang Islam supaya menjadi kafir dan derhaka kepada Allah.”
SOALAN 2.
“Wahai Iblis, bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah?”
Jawab Iblis: “Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya satu kemajuan kepadaku apabila perempuan-perempuan merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki-lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya pula berbuat demikian hingga mengeluarkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.
“Dan ketahuilah bahawa hamba juga akan menggoda sekelian manusia supaya meninggalkan solat, leka dengan makan minum dan berbuat derhaka. Dan sesetengahnya pula hamba lalaikan dengan harta benda yang terdiri daripada emas, perak, rumah dan kebun ladang supaya hasilnya dibelanjakan pada pekerjaan yang diharamkan.
Seterusnya Iblis berkata: “Ketahuilah bahawa telah ramai lelaki dan perempuan yang terpesong iman mereka dan kemudian hamba kerahkan segala bala tentera hamba yang terdiri daripada jin, Iblis dan syaitan supaya menarik mereka itu kepada jalan kesesatan dan kebatilan.
“Demikian juga semasa mereka berada di dalam majlis temasya dan hiburan yang bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Maka di situlah hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah mereka hingga mereka sanggup meminum arak dan mengajak rakannya minum sama. Apabila mereka meminumnya, maka hilanglah kewarasan akal fikirannya serta hilanglah malunya. Kemudian hamba hulurkan tali kasih, cinta dan ghairah hingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar. Timbullah perasaan hasad dengki, perzinaan dan sebagainya. Dan apabila mereka sedar akan kesalahan, dosa dan maksiat yang telah mereka lakukan, lalu ingin bertaubat kepada Allah dan ingin melakukan ibadat, nescaya akan hamba halang dengan apa cara sekali pun supaya mereka bertangguh-tangguh untuk melakukan amal kebaikan dan kebajikan.
“Di samping itu hamba akan menggoda dengan lebih hebat lagi supaya melazimkan diri dengan maksiat kepada Allah, bahkan hamba akan menggoda supaya mereka mengambil isteri orang untuk melakukan perbuatan terkutuk.
“Sudah ramai di kalangan umat tuan hamba yang hamba sesatkan melalui jalan ini. Hamba akan perintahkan dari kalangan jin, syaitan dan Iblis menggoda serta menghasut manusia hingga mereka masuk ke dalam badan dan darah serta seluruh anggota mereka.
“Apabila mereka hasut bahagian hati, akan sentiasalah mereka bersifat riak, takbur, sombong dan membanggakan diri. Mereka merasa hairan akan diri mereka sendiri dan bertangguh-tangguh untuk melakukan amal ibadat.
“Dan apabila dihasut pada lidahnya, mereka akan sentiasa gemar berdusta, mencela, mencaci antara satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka siang dan malam, pagi dan petang tanpa jemu dan berputus asa.”
Bersambung ke bhg 2....
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan