BAHAGIAN ini memaparkan lima dialog mengenai persoalan yang ditanyakan oleh Rasullah kepada Iblis laknatullah. Ianya merangkumi persoalan mengenai keutamaan Iblis menipu manusia, cara Iblis menganggu umat yang bersolat, keadaan Iblis apabila umat Islam membaca al-Quraan, mengenai manusia yang menyegarkan Iblis dan rahsia Iblis menngotorkan jasad manusia. Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi pedoman untuk kita semua. – Satu Melayu.
SOALAN 4:
“Wahai Iblis! Apakah yang menjadi keutamaan engkau dalam menipu manusia?”
Iblis menjawab: “Perkara yang menjadi keutamaan hamba dalam menipu umat mansuia ialah hamba akan palingkan imannya supaya mereka berpegang kepada ajaran yang salah dan menjadi kafir, sama ada melalui perkataan, hati, perbuatan dan tingkah laku mereka.
“Andai kata hamba tidak berjaya untuk berbuat demikian, maka hamba akan menggoda pula kepada jalan yang boleh mengurangkan pahala atas amalan mereka dan lama kelamaan mereka akhirnya akan terjerumus juga kepada kesesatan. Pasti mereka akan menurut kehendak hamba.
SOALAN 5:
“Wahai Iblis! Bagaimanakah keadaan engkau apabila umatku menunaikan solat?”
Iblis menjawab: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya masa itulah sebesar-besar kesusahan bagi aku. Gementerlah seluruh badan hamba dan lemahlah segala tulang sendi hamba. Sungguh pun begitu keadaan hamba, hamba tetap tidak berputus asa.
“Lalu hamba mengarahkan sekelian syaitan supaya menggoda orang yang hendak menunaikan solat. Setiap seorang manusia itu diawasi dan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan bagi melalaikan mereka menunaikan solat. Dan jika gagal juga melekukannya, mereka akan diganggu ketika solat dengan menimbulkan perasaan was-was di dalam hati.
“Syaitan akan bergantung dan berpaut pada anggota, supaya merasa malas untuk mengerjakan solat. Ada pula yang masuk dan tinggal di dalam hati untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dan was-was. Ada pula yang bergantung pada kelopak mata supaya mereka mengantuk dan ada setengahnya pula menganggu akal fikiran supaya leka dan lalai.
“Ada juga dikalangan mereka cuba sedaya upaya menimbulkan perasaan ragu-ragu tentang rakaat solat dan menimbulkan perasaan bimbang pada urusan dunia hingga menimbulkan rasa tergesa-gesa untuk menamatkan solat. Maksudnya, mereka akan melakukan solat dengan cepat hingga membaca ayat al-Quraan secara sambil lewa tanpa mengira hukum tajwid, tidak ada tomakninah semasa rukuk dan sujud. Dan juga tidak sempat berdoa selepas solat, sedangkan itulah masa yang terbaik untuk memohon keampunan, taufik dan hidayah daripada Allah.
“Di samping itu, ada di kalangan syaitan akan masuk ke dalam mata anak Adam yang sedang solat supaya tidak khusyuk, hilang roh solatnya, tidak hadhir hatinya dalam solat kerana orang yang sedang solat jika matanya memandang dan berpaling ke kiri dan kanan, atas dan bawah, maka tidaklah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya.
“Selain itu, ada pula syaitan yang akan masuk ke dalam telinga orang sedang solat supaya mereka mendengar orang bercakap atau bunyi-bunyian. Maka akan terganggulah juga khusyuk solatnya.
SOALAN 6:
“Wahai Iblis! Bagaimanakah perasaan engkau jika umatku membaca al-Quran dengan ikhlas semata-mata kerana Allah?”
Jawab Iblis: “Sesungguhnya apabila umatmu membaca al-Quran dengan ikhlas, semata-mata kerana Allah, nescaya hamba merasakan tubuh hamba seolah-olah terbakar dan bagaikan putus segala urat saraf pada jasad hamba. Maka larilah hamba sejauh mata memandang, kerana terlalu panas.
SOALAN 7:
“Wahai Iblis laknatullah! Siapakah yang akan mencahayakan muka engkau?”
Jawab Iblis: “Muka aku bercahaya dengan orang-orang yang melakukan dosa, orang-orang yang bersumpah palsu, orang-orang yang bersaksi palsu dan orang-orang yang mengingkari janji yang sudah dibuatnya.
SOALAN 8:
“Wahai Iblis! Apakah pula rahsia engkau terhadap umatku?”
Jawab Iblis: Yang menjadi rahsia yang paling besar bagi aku ialah apabila seseorang Muslim itu hendak pergi membuang air besar (ke tandas) tidak membaca doa pelindung daripada gangguan syaitan, nescaya hamba akan gosokkan ke seluruh anggota badannya dengan najis itu tanpa disedari olehnya.
Bersambung ke bhg. 4
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan