SEMUA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa mendesak Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan para pengikutnya.
Naib Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak berkata, sudah tiba masanya bagi semua NGO tanpa mengira bangsa dan agama berganding bahu mendesak tindakan segera ke atas petualang-petualang yang berpotensi menyebabkan kerosakan terhadap negara ini.
Datin Reny Rahayu |
“Kini tiba masanya semua NGO menggembleng tenaga dalam memastikan kedaulatan dan kredibiliti negara terus terpelihara daripada anasir-anasir licik yang sentiasa mencari peluang untuk menjejaskan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Selasa.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin memberi kata dua kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa segera Ambiga atau bakal berdepan dengan tindakan luar jangkaan daripada pertubuhan itu.
Pada masa sama, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga menuntut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas ‘pelakon’ dalam video seks mirip Anwar Ibrahim serta mendakwa pihak yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.
Jelas Reny Rahayu, pihaknya yang terdiri daripada 500 NGO berbilang kaum dan agama turut menggesa kerajaan menghukum pihak yang menabur fitnah kononnya pihak polis bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.
“Kami akan sentiasa peka dan sensitif terhadap pihak yang mahu memutarbelitkan pemikiran rakyat serta merosakkan negara. Kami sebulat suara akan berjuang habis-habisan supaya agenda songsang mereka ini tidak akan tercapai,” ujarnya.
- Berita: UtusanOnline
SATU MELAYU:
Ada yang berpendapat kerajaan mengambil langak berlembut supaya mereka yang dia ats pagar memihak kepada BN pada PRU-13 nanti.
Bagaimanapun ada pula yang berpendapat, jika pihak berkuasa masih terus berlembut sedangkan puak ‘pengkhianat negara’ mengambil kesempatan melakukan pelbagai provokasi terhadap maruah orang Melayu, agama Islam dan instirusi Raja-raja Melayu, boleh menyebabkan para penyokong kerajaan jadi marah dan bertindak tidak menyokong BN.
Entahlah.... Tak tahu masa satu yang betul.
Berlembaut salah, berkeras pun salah. Maka semuanya jadi serba salah....
Yang penting, biarlah yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran....
Yang penting, biarlah yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan