Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 17 Ogos 2011

Kes Liwat Anwar-Saiful: Bekas KPN Enggan Ditemu Bual....

TEMU bual peguam yang mewakili Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada Rabu, hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit.

Peguam S.N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata sesi itu dihentikan apabila Musa membayangkan hasratnya untuk menggunakan haknya untuk tidak ditemu bual.

Pada 8 Ogos, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membenarkan pasukan peguam yang mewakili Anwar menemu bual saksi dengan syarat mendapat persetujuan mereka yang terlibat (para saksi) sebelum mereka memberi keterangan di mahkamah.

Pada Isnin pula, beliau memberitahu pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes itu bahawa tanpa mengambil kira hasil temu bual berkenaan, perbicaraan akan disambung pada 22 Ogos ini.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Mungkin TS Musa hanya akan menjelaskan atau menjawab soalan apabila beliau berada di mahkamah sebagai saksi kes. Dan kesaksiannya sudah tentulah untuk pihak pendakwa, bukan untuk jadi saksi pembela.

Mana mungkin seseorang yang jadi saksi pemdakwa, juga menjadi saksi di pihak pembela? Tak faham lerrr apa yang cuba dicari oleh para peguam Anwar dan Anwar itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog